19 ❤

9.7K 893 0
                                    

"Sakitnya... auww..." diselangi dengan tangisan, Jung Yeon menyuci luka pada telapak kakinya sendiri. Menangis sendiri, meraung sendiri. Jika dulu, Jungkook pasti akan risau dengan keadaannya ini. Sekarang, tidak. Pandang pun dah tak sudi, lagikan hendak bertegur sapa.

Kakinya berbalut-balut. Dengan sisa kudrat yang ada, Jung Yeon berbaring di atas sofa ruang tamu. Penat. Letih. Esok dia perlu bangun awal dan masak untuk sarapan pagi Jungkook.

-

Jungkook tersedar dari tidurnya. Perutnya terasa perit. Perlahan-lahan dia bangun dan bergerak ke muka pintu. Dia menuruni anak-anak tangga. Ketika dia tiba di tingkat bawah, matanya terjatuh kepada sekujur tubuh isterinya yang berbaring di atas sofa, dengan kaki tergantung.

Jungkook sekadar memandang sekilas. Kaki yang berbalut itu langsung tidak membuatkan dia rasa simpati atas perbuatannya sendiri. Dia terus melangkah ke dapur untuk minum kerana dahaga.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now