77 ❤

8.2K 695 14
                                    

"Sayang, hei." Tangan Jung Yeon dicapai dan ditarik tubuh itu masuk ke dalam pelukannya. Jung Yeon menangis. Belakang badan Jung Yeon diusap perlahan. Memujuk.

Sampai sahaja di rumah tadi, Jung Yeon melarikan diri darinya. Tak faham kenapa, tapi dia tetap cuba untuk memahami hati isterinya itu.

"Saya malu dengan awak. Saya malu sangat." Teresak-esak gadis ini menangis. Jungkook pejamkan mata. Rapat. Ya, dia sudah faham sekarang. Patutlah Jung Yeon pernah beritahu nama ibunya dan Puan Kim Yura mempunyai nama yang sama. Rupa-rupanya... memang mereka itu adalah orang yang sama.

"Dahlah, saya okey. Jangan menangislah, sayang."

"Tak! Awak masih tak faham. Saya malu sangat-sangat. Saya.. saya tak bayangkan langsung, perempuang yang awak cakap tu sebenarnya ibu saya. Sumpah! Saya tak expect benda tu berlaku. Saya..."

"Okey, let's stop here. Semua saya dah tahu. Ibu takkan kacau saya lagi. Okey, sayang? Ibu dah tak pedulikan saya. Dia tahu, saya menantu dia. Dah, jangan nangis." Pujuknya lagi. Tubuhnya bergoyang perlahan, cuba untuk memujuk hati kecewa Jung Yeon.

"Saya kecewa.. ada ibu macam tu. Saya kecewa." Makin kuat tangisan Jung Yeon. Jungkook meleraikan pelukan. Air mata yang mengalir diseka dengan ibu jari. Kemudian mata basah isterinya itu dicium perlahan. Ciumannya turun ke pipi dan berhenti pada bibir Jung Yeon. Lama mereka bercium dan tangisan Jung Yeon berhenti seketika.

"Saya cintakan awak. Jangan malu depan saya. Ibu tak tahu pasal kitakan? Buat apa nak malu?" Kata Jungkook usai melepaskan tautan bibirnya.

"Tapi awak suami saya. Dia cuba goda awak, goda suami anak dia sendiri. Dia sanggup naked depan awak tadi. Saya kecewa." Ujar Jung Yeon dengan esakan. Kepalanya menunduk. Masih menangis. Jungkook melepaskan nafas panjang. Sekali lagi tubuh itu dipeluknya.

"I'll make sure, ibu takkan kacau saya lagi. Sekarang ibu dah tahu awak isteri saya. So, awak kena jaga diri elok-elok. Dia buat apa yang dia nak.  Dan dia boleh cederakan awak. So, jaga diri, jangan terserempak dengan dia. Okey?" Pesan Jungkook. Nada suaranya cukup lembut, membelai telinga Jung Yeon.

Jung Yeon angguk. Air mata diseka dengan belakang tangan. Jungkook memegang pipinya.

"Stop crying."

"Hmm..."

"Mama nak datang nanti. Jangan nangis, okey?" Jungkook senyum. Jung Yeon mengangguk. Gadis itu berlalu ke biliknya. Jungkook mengeluh. Kepalanya tergeleng perlahan.

Kesian Jung Yeon. Terpaksa menanggung aib ibunya sendiri.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now