94 ❤

7.9K 592 21
                                    

"Pembedahan dah selesai dan sekarang suami puan masih koma. Kita tengok dulu keputusan malam ni. Kalau dia dah sedar, maknanya dia berjaya melepasi tahap kritikal dan koma dia. Dan kalau dia masih tak sedar, saya harap puan bersabar."

Terngiang-ngiang kata-kata doktor Jungkook pada pendengarannya beberapa minit tadi. Jungkook kini sedang dirawat di ICU dan Jung Yeon hanya melihat dari luar. Dia tidak dibenarkan masuk ke dalam.

"Jung Yeon, nah makan. Awak belum makankan?" Lisa muncul dari belakang sambil membawa bekas makanan. Gadis itu akan berkampung di hospital bersama Jung Yeon. Jimin tidak boleh berlama memandangkan dia lelaki dan tidak sesuai jika berada di sini bersama Jung Yeon dan Lisa. Dia pulang dan akan datang semula nanti.

"Hmm.. makanlah. Saya kenyang."

"Awak kenyang apa, Jung Yeon? Jangan tipu saya. Dari malam semalam awak tak makan, takkan malam ni tak makan juga? Awak mengandung, Jung Yeon." Lisa mula membebel. Jung Yeon senyap. Dia masih merenung Jungkook dari luar. Alat bantuan pernafasan masih menyokong Jungkook.

"Saya tak boleh makan kalau Jungkook masih macam ni. Dia sepatutnya dah sedar sekarang. Tapi.."

"Jung Yeon, kehendak Tuhan, kita tak tahu. Keajaiban pun kita tak pasti. Janganlah macam ni, Jung Yeon. Makan ya?"

Jung Yeon mengelap air mata. Lebam matanya kerana banyak menangis.

"Hmm.. saya ke toilet sekejap. Sakit perut." Jung Yeon meminta diri dahulu dan terus ke tandas. Dari tadi dia sakit perut tapi dia tahankan sahaja. Jung Yeon masuk ke dalam tandas cangkung seperti biasa. Tetapi, ketika dia membuang air, dia terasa sakit pada situ. Namun dia tidak langsung terfikir apa-apa. Dia selesai dan pam tandas macam biasa.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now