8 ❤

10.1K 1K 12
                                    

Jungkook tiba di rumahnya bersama Jung Yeon tepat jam 12 setengah malam. Selepas selesai berbincang di hotel tadi mengenai majlis resepsi, terus dia pulang. Tarikh sudah ditetapkan dan mereka berdua bersetuju sahaja dengan cadangan tarikh nenek mereka walaupun tempoh dua bulan itu agak lama.

Jungkook keluar dari kereta dan mencapai beg galas di belakang. Tanpa menoleh, dia terus menonong masuk ke dalam rumah. Jung Yeon masih terkial-kial untuk keluar dari perut kereta dengan baju yang agak ketat. Dia cuba menahan sebak di dada dengan layanan Jungkook terhadapnya. Beg tangan dan beg berisi baju diambil di belakang, kemudian dia masuk ke dalam rumah Jungkook.

Bukan kali pertama dia ke sini. Sudah kali yang ketiga. Tetapi kali ini, dia rasa seperti seorang mahkluk asing yang tidak pernah diizinkan kedatangannya.

"Carilah mana-mana bilik yang kau suka." Kata Jungkook sambil mencampakkan kunci kereta ke dalam bakul kunci. Kemudian dia bergerak ke tangga.

"Bilik awak?"

"Kenapa dengan bilik aku?"

"Bukan ke kita.. dah kahwin? And we should to..."

"No. Siapa cakap?" Jungkook pusingkan tubuh dengan wajah yang masam. Sedikit pun tiada senyuman. Jung Yeon menundukkan pandangannya sedikit.

"Sorry..."

"Kita memang dah kahwin. Tapi aku tak pernah rela dengan perkahwinan ni. Aku takkan pernah mengaku, kau isteri aku. Aku tak pernah ada isteri semurah ni. So... terpulanglah. Aku dengan hidup aku, dan aku tak nak kau ganggu hidup aku. Faham?" Selepas mendapat anggukan lemah Jung Yeon, segera Jungkook mendaki anak-anak tangga dan naik terus ke tingkat atas.

Jung Yeon pejamkan mata dan menahan nafas dalam beberapa saat. Kemudian dia celikkan kelopak mata dan mengalir sebutir dua air mata. Dia menangis.

"Saya teraniaya, Jungkook. Saya cintakan awak."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now