41 ❤

10.8K 857 15
                                    

"Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau." Berdesing telinga Jungkook apabila Jung Yeon menyebut perkataan cerai. Berapi telinga rasanya. Tetapi diteguhkan hati supaya tidak meninggi suara atau menaikkannya sesuka hati seperti dahulu.

"Awak cakap awak sanggup buat apa je kan?"

"But not with cerai."

"Dah tak ada pilihan lain. Awak nak saya buat apa lagi? Melutut? Cium kaki awak supaya awak ceraikan saya. Macam tu?"

Jungkook memanah anak matanya tepat mengenai anak mata Jung Yeon. Paling benci dia mendengar topik perpisahan seperti ini. Entah kenapa, begitu keras hati Jung Yeon kali ini. Sukar dipagut semula.

"Aku tahu, aku salah. Aku selalu buat kau sakit. Tapi aku menyesal dengan semua tu. Maafkan aku..." tangan Jung Yeon cuba dicapai, tetapi gadis itu mengelak dan segera keluar dari perut lif apabila pintu lif terbuka.

"Jung Yeon!"

"Lepaskan saya, Jungkook!"

"Never! Aku takkan lepaskan kau..." rentapan tangan Jungkook semakin erat dan menyebabkan Jung Yeon terasa sakit pada pergelangan tangannya. Air mata bertakung. Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Dia tidak tahu hendak memilih jalan yang mana. Sama ada terus dengan egonya, atau pun biarkan sahaja begini sampai bila-bila.

"Jungkook... berhenti seksa saya..."

"Aku tak akan seksa kau lagi lepas ni. Aku cuma seksa kau dengan cinta aku. Just that."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now