72 ❤

7.4K 681 34
                                    

"Auww penatnya." Keluh Jung Yeon seraya menghempas punggung di atas kerusi tanda kepenatan. Jungkook tersenyum manis. Dia duduk bersebelahan dengan Jung Yeon. Restoran Cina ini sangat mengancam seleranya untuk makan.

"Kesian dia penat." Kepala Jung Yeon diusap lembut. Jung Yeon senyum. Tangan Jungkook dialihkan.

"Janganlah. Malu orang nampak." Jung Yeon tidak memandang Jungkook. Walaupun lelaki ini memang susah hendak romantik tahap potong kaki, tapi bila dah romantik, memang potong kepala terus.

"Orang nampak, diorang tahu kita tengah bercinta." Kata Jungkook. Jung Yeon tergelak. Perut Jungkook disiku perlahan.

"Geli dengar. Saya nak pergi toilet kejap. Nak muntah." Senda Jung Yeon kemudian bangun. Jungkook naikkan kening.

"Aik? Terus mengandung ke?"

"Hoi!" Jung Yeon menepuk bahu suaminya kuat. Jungkook ketawa mengekek. Suka mengenakan isterinya sendiri. Dia membiarkan sahaja Jung Yeon ke tandas sementara dia membuat pesanan makanan di kaunter. Setelah selesai, dia kembali ke tempat duduknya semula. Namun, dia terlihat tempat duduknya sudah diduduki oleh seorang wanita.

"Excuse me, this is my pla..."

"Hi, darling."

"P.. puan Yura."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now