38 ❤

11.1K 912 9
                                    

Sampai sahaja di rumah, Jung Yeon keluar dari kereta dan menonong masuk ke dalam rumah. Bilik dituju.

"Jung Yeon," Jungkook memanggil. Jung Yeon berhenti berjalan dan toleh ke belakang.

"Apa?"

"Tolong masakkan apa-apa. Aku lapar." Lelaki itu terus mendaki anak tangga usai melemparkan kata-katanya. Jung Yeon terpinga-pinga buat seketika. Tetapi dia menuju ke bilik dan membersihkan diri terlebih dahulu. Selesai mandi dan berehat dalam 40 minit, Jung Yeon keluar bilik. Dapur menjadi lokasinya.

"Dulu, puas aku masak. Dia tak nak makan. Sekarang, sibuk pulak." Rungut Jung Yeon dalam diam. Walaupun dia marah, geram, sakit hati, tetapi dia tetap melakukan tugasnya memasak. Ringkas dan mudah.

15 minit juga dia bertungkus lumus di dapur. Sehinggalah dia selesai menghidangnya di atas meja. Nafas lega dihembus. Tangga dipandang. Kosong.

Jung Yeon mengelap tangan dengan tuala sebelum bergerak ke tangga. Dilihat tingkat atas.

"Mana dia..." perlahan-lahan kaki menapak ke anak tangga pertama. Kemudian kedua, ketiga, sehinggalah dia tiba di tingkat atas. Namun, baru sahaja dia hendak mengetuk pintu bilik Jungkook, lelaki itu sudah keluar dahulu.

"Apa?" Dia tanya.

"Err.. makanan dah... dah siap. Ha..."

"Sorry aku lambat. Tertidur." Katanya. Jung Yeon mengangguk lambat-lambat. Sungguh! Jungkook nampak pelik sangat.

"Dah makan?" Tiba-tiba Jungkook menanya. Jung Yeon agak blur seketika. Dia turun tangga sedikit laju tetapi Jungkook bertindak menyamakan langkah kaki mereka.

"Err.. belum."

"Jom makan." Jungkook meraih tangan Jung Yeon dan dibawa isterinya itu ke meja makan.

"Jungkook, saya tak nak makan." Tangan direntap. Jungkook agak terkesima seketika. Namun dia anggukkan kepala sahaja.

"Okey."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now