17 ❤

9.9K 920 20
                                    

Sekali lagi Jung Yeon ditemani dengan air mata. Bagaikan sudah menjadi rutin harian hidupnya dengan air mata begini. Pinggangnya sakit. Birat membulat pinggangnya tadi akibat terkena bucu meja. Tolakan Jungkook menyebabkan dia hilang keseimbangan badan.

Air mata diseka. Walaupun sakit, tetapi dia tetap tidak mahu mengalah. Jung Yeon keluar lagi dari biliknya sendiri dan naik ke atas untuk menjenguk Jungkook. Dia bimbang jika Jungkook tidak makan. Dari tengahari tadi, sehinggalah malam, Jungkook tidak keluar dari bilik. Risau juga dia.

Dengan air mata yang masih mengalir akibat rasa perasaan yang berbalam-balam, Jung Yeon masuk ke dalam bilik Jungkook sekali lagi. Pintu tidak berkunci. Jung Yeon menapak ke dalam sedikit. Baru selangkah dia masuk, sekali lagi kejadian yang tidak diduga menimpa.

PRANG!

Berderai gelas kaca mencium lantai akibat dibaling oleh Jungkook. Jung Yeon menganga. Kakinya terkena serpihan kaca tersebut dan mengalir darah pekat dari celah jari di antara ibu jari dan jari telunjuk.

"Selangkah lagi kau masuk, aku campak gelas lagi." Jungkook mengugut sambil memegang segelas air kosong yang sudah habis isinya. Jungkook minum.. atau buang, dia tidak pasti. Apa yang pasti, makanan masih lagi tidak luak.

"Saya minta maaf. Saya cuma masuk sebab..."

"Berhenti bercakap."

Jung Yeon senyap. Tetapi bibirnya bergetar-getar, tanda dia sedang menahan tangisan. Bimbang jika Jungkook menyakitinya lagi. Sakit pada kaki, dibiarkan. Dia tahu, serpihan kaca masih melekat pada telapak kakinya.

"Dengar sini, Jung Yeon. Aku tak nak kau buat benda yang aku tak suka. Jangan buat aku marah, kalau kau tak nak sakit. Aku tak suka sakitkan orang."

"Tapi saya sanggup sakit, kalau itu yang boleh buat awak maafkan saya." Ujar Jung Yeon, berani. Jungkook berpaling memandangnya, tajam. Jung Yeon membalas dengan mata yang berkaca-kaca.

"Sampai kau mati, aku takkan pernah maafkan kau." Kata Jungkook. Gelas kaca dihempas di atas dulang dan lelaki itu mula menyelimutkan diri. Jung Yeon mengundur. Air matanya jatuh semula.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now