9 ❤

9.8K 987 0
                                    

Jung Yeon memilih bilik tetamu yang ada di tingkat bahawa sahaja. Dengan busana pengantin masih melekat pada tubuh, Jung Yeon mula mengemas bilik ini. Habuknya jangan kata. Tebal berinci-inci. Nampak sangat tidak pernah dikemaskan.

Katil ditepuk, bantal dikebas, lalu digantikan dengan cadar berwarna merah jambu berlawanan dengan putih. Kemudian, langsir tingkap diganti senada dengan warna cadar. Meja solek dibetulkan dan cermin dilapkan dengan kain lembab. Lantai disapu dan dimop. Walaupun bajunya agak sempit, namun tidak menganggu kelakuannya. Masih boleh berjalan lagi.

"Haihh..." keluhan lagi dan lagi. Punggung dihenyak di atas katil. Wajah dipandang dari cermin. Tiada seri walaupun baru berkahwin. Ah, lantak.

Jung Yeon bangun semula dari katil dan mula bergerak untuk mandi pula. Kemudian, dia akan keluar untuk mencari Jungkook. Walau apa pun yang berlaku, dia perlu memujuk suaminya itu semula dan menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now