101 (Final) ❤

16.3K 772 76
                                    

Kemeriahan majlis perkahwinan Yejin sungguh menarik minat Jung Yeon dan Jungkook untuk menyertai kesibukan tersebut. Walaupun mereka masih dalam fasa 'honeymoon', tetapi merekalah orang kuat dalam majlis ini dalam membantu Puan Jeon. Majlis akan dilakukan di hotel, tetapi mereka bersiap-siap di rumah. Semua ini disebabkan tiada bilik kosong di hotel 5 bintang tersebut.

Lisa juga sama. Disebabkan dia berbakat dalam solekan, dia menjadi jurusolek Yejin. Kurang kos dan mudah.

Kini, Yejin di dalam bilik Jung Yeon dan Jungkook untuk bersolek kerana bilik Yejin penuh dengan barang-barang. Dia sudah siap disolek oleh Lisa dan hanya tunggu untuk bertolak ke hotel.

"Jungkook!" Jeritan Yejin menyebabkan adik lelakinya itu galak ketawa. Bayangkan, kegatalan tangan Jungkook menyebabkan bulu mata palsunya hampir jatuh dari mata.

"Kau memang dengki kakak kan?!"

"Okey, I'm sorry." Jungkook meminta maaf. Yejin membetulkan semula bulu mata palsunya. Majlis perkahwinan akan berlangsung satu jam lagi. Jungkook masih belum bersedia apa-apa. Masih selekeh memakai pakaian biasa.

"Pergi sana jauh-jauh! Sibuk je."

Jungkook melabuhkan punggung di birai katil kakaknya dengan perlahan. Kesan jahitan pada perut masih terasa sakit. Jung Yeon keluar dari tandas.

"Eh, kenapa masuk dalam?" Spontan soalan Jung Yeon keluar. Jungkook tersengih kecil. Yejin menggulingkan mata.

"Kakak pun tak tahu kenapa Jungkook segedik ni. Mengada sangat. Bagilah peluang kakak berdua dengan Jung Yeon. Ini tak! Sibuk ikut." Rungut Yejin, geram. Jung Yeon ketawa. Kepalanya tergeleng. Dia tahu, kenapa Jungkook macam ni. Lain macam pesen tu orang cakap.

Dia penat dan perlukan belaian. Tu je sebenarnya.

"Kak, Yeon rasa kakak kena turun sekarang. Mama cakap kena gerak awal kan?" Cadang Jung Yeon. Dia membantu kakaknya berdiri. Gaun ketat dan panjang ini sangat menyeksakan. Jungkook sekadar memerhati.

"Lisa mana? Kakak bergantung dekat dia je sekarang ni. Tengok ni, Yeon. Bulu mata palsu kakak jatuh. Tu, budak nakal tu buat." Rungutan comel Yejin menyebabkan Jungkook dan Jung Yeon ketawa. Dah nak kahwin pun masih comel lagi macam budak-budak, getus hati Jung Yeon.

Dia menghantar kakaknya keluar. Dia tidak menyertai rombongan itu sekali. Hanya Lisa yang turut serta menemani Yejin dan Puan Jeon. Dia dan Jungkook belum bersiap lagi.

"Apa tengok saya? Cepatlah bersiap." Arah Jung Yeon. Jungkook membaringkan tubuh perlahan-lahan. Nampak sangat pemalasnya tu.

"Saya penat. Badan saya sakit."

"Saya dah cakap, jangan buat kerja. Luka awak tu, bila-bila masa je." Tangan Jung Yeon menyentuh perlahan perut Jungkook. Melihat Jungkook mengaduh, Jung Yeon alihkan lagi tangannya.

"Sakit ya?"

"Ngilu."

"Dah sapu ubat?"

Jungkook geleng dan hanya menerima jelingam Jung Yeon.

"Saya tak boleh sapu sendiri, sayang. Tak nampak."

"Cermin ada.."

"Awak ada." Jungkook senyum. Jung Yeon menggelengkan kepalanya. Mengada tu tahap beruk pemalas sungguh!

"Jung Yeon,"

"Hmm?" Jung Yeon mengangkat kepala. Jungkook memandangnya. Tetapi tidak bercakap apa-apa.

"Apa panggil saya?"

"Saja..."

Jung Yeon mengesot sedikit untuk turun dari katil. Tetapi apabila terasa tangannya digenggam, Jung Yeon menoleh semula.

"Apa, Jung?"

"Saya cintakan awak."

Jung Yeon menahan senyum. Dia ni memang tau...

"Ya, saya tahu."

"Tak nak balas cinta saya?" Soal Jungkook. Jung Yeon tersenyum

"Sebelum awak cintakan saya, saya dah balas awak awal-awal dulu. Awak je yang tak nampak." Kata Jung Yeon. Dahi Jungkook berkerut.

"Yakah?"

Jung Yeon angguk. Tiba-tiba, dia bertindak berani mencium bibir Jungkook sekilas.

"Dah. Saya nak man..." gerak langkah Jung Yeon terhenti apabila wajahnya dipegang dan bibirnya dicium lagi sekali. Kali ini lebih lama dan lebih dalam. Tangan Jungkook mula naik ke pinggang dan sengaja tangan lelaki itu mengusap belakang tubuhnya. Bibir bawahnya terasa seperti digigit. Jung Yeon menyedari akan keterlanjuran itu, dia menahan dada Jungkook dan ciuman terlepas.

"Jungkook, no."

"You start."

"What me?"

Jungkook tersenyum nakal. Jung Yeon memutarkan bola mata. Tak tahulah dari mana Jungkook boleh tercemar begini. Gatal lebih dari miang keladi!

Tapi, tanpa miang keladi, tak adalah mereka bahagia.

Tak ada bahagia, tak adalah cinta. Tak ada cinta, tak adalah Jungkook dan Jung Yeon.

Tak ada Jungkook, tak adalah Jung Yeon dan tak ada Jung Yeon, tak adalah Jungkook.

TAMAT

------

Maaf sekali lagi sebab ending hambar! Ampun! Saya tak pandai habiskan cerita dengan baik. Apa apapun, terima kasih sebab baca fanfic Frust dari bab 1 sampailah bab yang ke 101 ni. Terima kasih sangat-sangat. Semoga lepas ni saya boleh teruskan lagi dan bagi kamu semua baca cerita2 saya.

Terima kasih sebab bagi #1 pada saya. Saya terharu dan tak tahu nak cakap macam mana.

Lagi satu, saya minta maaf kalau x balas semua komen. Bukannya saya tak nak balas, tapi saya dah tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi2 positif dan berkesan dari watak. Terima kasih sangat2.

Untuk fanfic versi kontot yang seterusnya, saya kasi... KIM TAEHYUNG.

Nak tahu tajuk? Emm.. okeylah saya bagitahu eah?

Cold-Hearted Bride

Saya tak jamin dia best sebab saya rasa jalan cerita dia pun agak pelik macam fanfic ni. CLICHE TU SANGAT! MALU!

Sekali lagi, terima kasih dan selamat malam semua!

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now