11 ❤

10K 1K 5
                                    

Dengan air mata yang mengalir deras, Jung Yeon melangkah pergi dari tingkat atas. Kakinya diatur menuju ke anak tangga untuk turun ke tingkat bawah. Perutnya yang tadi lapar, seakan-akan terus hilang selera makan. Niat hendak memujuk Jungkook, meluahkan apa yang dia rasa perlu diluah, namun semua itu sekadar rancangan.

Jungkook benar-benar marah dengannya. Silap dia juga kerana keluar pada malam itu. Bukan sengaja dia hendak terserempak dengan Wonwoo, bekas rakan sekolahnya yang memang liar sejak dulu. Tapi disebabkan dia terlihat Wonwoo mabuk dan melintasi jalan raya sesuka hati, dia terbuka hati hendak menolong.

Tetapi lelaki itu seakan sudah tersalah anggap bahawa Jung Yeon ialah teman wanita. Sedaya-upaya Jung Yeon untuk mengelak dari dipeluk dan dicium oleh lelai itu. Situasi itu berlarutan sehingga Wonwoo sendiri yang membawa Jung Yeon ke hotel yang hanya berada di sebelah bangunan kelab malam tersebut. Dan kebetulan pula, hotel itu ialah hotel cawangan keluarga Jeon dan pada malam itu, Jungkook diminta untuk ke hotel tersebut atas arahan ibunya.

Mereka bertembung, dan bermulalah salah faham tersebut.

Jungkook langsung tidak memberikan peluang kepada Jung Yeon untuk bercakap. Jung Yeon pula rasa dirinya salah seratus peratus. Jadi dia rasa terhimpit dengan situasi ini.

Jungkook tidak seperti ini pun sebelum ini. Dia ceria, penyabar dan lemah lembut. Namun selepas sahaja berlakunya perkara tersebut, sifat-sifatnya berubah. Pemarah, kasar, menyakitkan hati, dan sentiasa bermasam muka. Pedih hati Jung Yeon melihatnya.

Air mata diseka dengan belakang tangan. Dia berdiri di tengah-tengah ruang tamu ini. Nafasnya turun naik tanda dia berada di dalam keadaan yang cukup sesak.

"Saya tak pernah sangka, perkahwinan yang kita impikan selama ni, jadi macam ni. Maafkan saya, Jungkook."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now