16 ❤

9.9K 931 17
                                    

Dengan pakaian kerja yang masih belum tertanggal dari tubuh, Jung Yeon mengerah peluh di dapur untuk memasak. Cukuplah bubur kosong dan lauk dua jenis buat Jungkook alas perut. Air kosong dengan air rebusan lemon turut dihidangkan di atas dulang ini. Perlahan-lahan dia angkat dan bawa ke tingkat atas.

Pintu bilik Jungkook dipulas perlahan, dan jelas sekali sekujur tubuh suaminya sedang baring berselubung di atas katil.

"Jungkook?" Dia menyeru perlahan sambil meletakkan dulang yang penuh itu di atas kabinet lampu katil.

"Awak tidur ke?" Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di birai katil lelaki ini. Walaupun terasa gerun jika Jungkook melenting, tetapi dia cuba sedaya upaya untuk beranikan diri.

Selimut yang menyelimuti tubuh itu ditarik ke bawah. Bahu Jungkook yang terdedah, disentuh. Namun belum panas lagi tangannya di situ, sudah ditepis terlebih dahulu.

"Siapa suruh kau masuk dalam bilik aku?" Jungkook menyoal tanpa memandang Jung Yeon. Masih membelakangi isterinya sendiri.

"Saya hantar awak makanan. Makanlah. Baru perut awak tak sakit. Hmm?" Pujuk Jung Yeon. Tangannya menyentuh tubuh itu, namun sekali lagi ditepis. Dan kali ini tepisannya agak kuat sehingga tubuh Jung Yeon bagaikan tertolak ke bawah. Cepat-cepat Jung Yeon memaut cadar. Bimbang tersandung ke bawah.

"Aku tak nak makan."

"Habis macam mana nak sihat?"

"Bukan urusan kau pun lah. Tolong jangan sibuk hal aku, buat hal kau sendiri." Jungkook menolak selimut ke tepi, dan berkira mahu turun dari katil. Jung Yeon pantas berdiri. Dia mendekati lelaki ini dan pantas meragut tangan itu. Bantu untuk berjalan. Tetapi satu perkara yang tidak dijangka terjadi.

Tubuh Jung Yeon ditolak Jungkook menyebabkan tubuh itu terhumban ke meja lampu lagi satu. Jatuh segala barang yang ada di atasnya.

"Auuw..." pinggang yang terkena pada bucu meja disentuh dan ditekan kuat. Sakit.

"Jangan kacau aku." Jungkook masuk ke dalam tandas.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now