42 ❤

10.5K 833 19
                                    

Subang yang melekat pada telinga kiri, Jungkook tanggalkan. Rokok yang sudah lama tidak disentuh, menjadi santapannya lewat malam ini. Wajah sedih Jung Yeon terbayang di ekor matanya. Dengan langkah yang lemah, mata yang sembam, gadis itu masuk ke dalam bilik usai sampai ke rumah tadi.

Jung Yeon senyap selepas dia memujuk tadi. Entah berjaya atau tidak, Jungkook tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia masih kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri. Menyesal gara-gara terlalu mengikut hati dan perasaan tanpa mendengar penjelasan isterinya terlebih dahulu tentang kes dahulu.

Rokok dikepit pada celah bibir, api mancis dicucuh perlahan, kemudian sekali sedutan, mampu mengeluarkan beribu-ribu bahan kimia dari asap tersebut. Mampu merosakkan paru-paru dan jantungnya. Mampu merosakkan anggota tubuh yang lain. Jung Yeon tidak tahu dia merokok dan jika isterinya itu tahu tentang ini, mungkin sudah lama dia dibebel.

Ah lantaklah. Yang penting dia boleh menghilangkan rasa stress dengan sedutan demi sedutan ini.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now