Bab 2

22.7K 778 24
                                    

IRDINA tidak mengerlip mata apabila memandang Nazran. Dia seakan-akan terkaku di hadapan wajah jejaka itu.

"Ehem!" Nazran berdehem. Dia sengaja mahu menyedarkan gadis itu.

"Hai. I'm Nazran. You can call me Naz." Ucap Nazran.

"Hai saya Irdina. Just call me Dina." Ucap Irdina pula.

"Okay. Kalau macam tu Irdina boleh lah bekerjasama dengan Dr. Nazran. Naz kau tolong beri tunjuk ajar dekat Irdina. Dia masih baru lagi and kau janganlah nak naik angin sangat," kata Dr. Khairul.

"Dia masih baru lagi and kau janganlah nak naik angin sangat" apa maksud dia, Dina? Matilah nak dapat patner macam ni.

"Yes. Aku akan dengar cakap kau, Khai. Aku keluar dulu. Jom Dina," ajak Nazran.

Mereka keluar dari bilik Dr. Khairul. Irdina mengikut sahaja kelibat Nazran. Irdina dapat menghidu wangian perfume Boss dari balakang badan Nazran. Fuhh wanginya!

Irdina mengikut sahaja Nazran yang entah menuju ke mana. Dia teragak-agak mahu pergi ke mana. Nak pergi pusing satu hospital ke?

Mereka sudah sampai destinasi yang mereka tujui. Ops. Bukan mereka tetapi Nazran. Irdina melihat sekelilingnya. Terdapat sebuah bilik. Pintu bilik itu tertera nama Dr. Nazran bin Dato' Azhar. Ooo anak dato' rupanya. Patutlah.

Nazran memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam biliknya. Manakala Irdina masih tercegak bagai batu tunggul. Apalah masalah perempuan ni?

"Hey. Masuklah. Tercegat dekat pintu tu buat apa?!" Marah Nazran.

"Okay," Irdina akur dengan arahan Nazran.

Nazran membelek fail. Terdapat banyak fail di dalam satu rak. Fail yang berwarna biru. Terdapat banyak kertas di dalam fail itu. Dibeleknya beberapa kertas yang berada di tangan itu. Dia menjumpai kertas yang tercetak untuk jadual tugas Irdina. Dia memberi kertas itu kepada Irdina. Kertas itu bertukar tangan.

"So ni jadual kau. Aku nak kau patuh jadual kau," jawab Nazran.

Terangguk-angguk Irdina dibuatnya. Scary nya mamat ni!

"Kau akan bekerja dengan aku. Aku nak kau belajar tentang hospital ni. Oh ya, lupa. Aku tak suka orang yang lembap buat kerja. Aku jugak tak suka orang yang berlagak reti buat tapi tak pandai buat. And lagi satu, kalau kau ada apa-apa soalan, bagi tahu aku. Kita bekerja di hospital untuk selamatkan nyawa orang. Kita ibarat bermain dengan nyawa. Tersilap langkah, kau tahukan apa akibatnya," ucap Nazran dengan tegas.

"Baik Dr. Nazran. Saya akan akur dengan semua arahan doktor. Saya harap kita dapat bekerjasama." jawab Irdina.

"And lagi satu....."

Apahal lah mamat ni! Banyak sangat syarat kau.

"Kau jangan nak ngorat or try atau seumpamanya aku. Aku tak suka dan aku tak ingin." Jawab Nazran.

"Doktor, saya rasa doktor silap ni. Saya datang sini untuk bekerja and tolong orang dekat sini. Saya tak ada masa lah nak ngorat Dr. Nazran." Jawab Irdina.

Kau ingat aku nak try kau. Hello! Boleh muntah hijau aku dekat sini. Kang tak pasal-pasal aku yang masuk hospital masa first day kerja.

"Okay. Aku cuma nak remind kau je. Kot lah kau nak try aku kan. Maklumlah muka aku yang handsome lagi tampan ni memang jadi kegilaan ramai staff-staff hospital." Ucap Nazran.

Uwerk! Dia ingat aku nak sangat ke mempersuamikan kau. Mati hidup balik pun belum tentu aku terima.

"Baiklah Dr. Nazran. Saya akan akur semua perintah doktor boleh saya mulakan kerja saya?" Soal Irdina.

"You can go now," jawab Nazran.

Irdina mengatur keluar dari bilik itu. Tak sanggup dia nak dengar pujian diri sendiri dari Nazran.

Dah lah Dina. Daripada kau layan mamat tu, baik kau buat kerja kau. Lagipun takkan nak biarkan mamat tu rosakkan mood aku di pagi yang indah ini. Okay let's start your work, Dina!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now