Bab 6

18.8K 612 2
                                    

Irdina pulang ke rumah pada pukul 6:00 petang. Dia memandu kereta menuju ke rumah sewanya. Kereta yang dipandu oleh Irdina sudah sampai dan memakir keretanya di sebelah kereta Hani.

Dia membuka pintu lalu masuk ke rumah. Irdina tercari-cari kelibat Hani tetapi tiada. Mungkin di bilik agaknya. Dia terus masuk ke biliknya.

Dia menghempaskan badannya di katil empuk itu. Badannya terasa penat disebabkan banyak kerja yang dilakukan. Tiba-tiba, ringtones i phonenya berkumandang. Irdina mengeluh. Dia mencari i phonenya di dalam handbagnya. Nama Puan Iffah tertera. Dia menekan punat hijau.

"Assalamualaikum ibu," Irdina memberi salam.

"Waalaikumussalam dina," Puan Iffah menjawab.

"Dina ada cuti ke hujung minggu ni?"

"Yup. Dina cuti. Kenapa ibu?"

"Ibu nak buat kenduri tahlil. Ibu dah lama tak buat dan ibu nak kenalkan kawan  lama ibu."

"Okay, ibu. Nanti Dina balik eh. Dina nak mandi ni. Nanti Dina call balik."

"Okay. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Irdina mematikan panggilan.

Dia terus mengambil tuala yang digantung lalu masuk ke bilik air.

~~~
"Betul ni tak nak pergi?" Soal Datin Najihah.

"Betul ma. Nanti Naz nak keluar dengan Is. Ada hal." Jawab Nazran.

"Kalau kamu ada hal, tak apalah. Biar mama dengan papa je yang pergi Sungai Petani." Kata Puan Najihah.

"Okay." kata Nazran.

"Kalau macam tu kami pergi dulu. Jaga diri. Assalamualaikum," kata Dato' Azhar.

"Waalaikumussalam." Jawab Nazran.

Dato' Azhar dan Datin Najihah masuk ke dalam perut kereta. Tidak sampai lima minit, kereta itu keluar dari rumah agam itu. Nazran melangkah masuk ke dalam rumah.

Macamlah aku tak tahu yang mama nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Nasib baik aku dah plan yang aku keluar dengan Is.

~~~
Perjalanan yang mengambil beberapa jam untuk ke Kedah. Dato' Azhar dan Datin Najihah sudah pun sampai ke destinasi yang ditujui iaitu Sungai Petani. Mereka pergi ke sebuah rumah batu di tengah sawah padi. Pemandu Dato' Azhar memakirkan kereta di tepi jalan. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke rumah batu itu. Terdapat tiga buah khemah kanopi yang menjadi tempat untuk tetamu menjamu selera.

Datin Najihah dan Dato' Azhar menuju ke dua orang yang menyalami tetamu yang lain.

"Assalamualaikum, Iffah," Datin Najihah memberi salam.

"Waalaikumussalam, Najihah. Sampai jugak kau," kata Puan Iffah.

"Mestilah sampai, kalau tak macam mana kami boleh berdiri di depan kau orang," gurau Datin Najihah.

"Jemputlah makan semua. Takkan nak berdiri je kan." Gurau Encik Adam.

Mereka berempat masuk ke dalam khemah lalu menuju ke buffet yang terdapat menu masakan kampung. Mereka mengambil pinggan dan menyenduk nasi.

Usai Datin Najihah dan Dato' Azhar mengambil makanan, mereka duduk di tempat yang disediakan.

~~~
Irdina mengambil bekas yang berisi kuih karipap. Dia keluar dan membawa bekas itu ke buffet untuk menambah kuih karipap yang telah habis. Disusun kuih karipap itu dengan kemas. Semasa dia hampir selesai menyusun kuih karipap, Puan Iffah memanggilnya. Irdina pergi ke arah meja makan yang terdapat empat orang. Dua orang selain dari ibu dan ayahnya tidak dikenali.

"Ya, ibu," sahut Irdina.

"Dina, kenalkan Datin Najihah dan Dato' Azhar." Puan Iffah memperkenalkan.

"Apa khabar dato', datin?" Soal Irdina.

"Khabar baik. Dina tak payahlah panggil dato' datin. Panggil aunty dengan uncle je," kata Datin Najihah.

"Okay aunty," balas Irdina.

"Dina kerja apa?" Soal Datin Najihah.

"Kerja doktor, aunty," jawab Irdina.

"Ouh anak aunty pun kerja doktor jugak. Sebenarnya, anak aunty datang sini tapi dia ada hal pulak," kata Datin Najihah.

"Ouh, tak apa. Mungkin dia ada hal yang lagi mustahak. Aunty datang ni pun kami dah bersyukur aunty," kata Irdina.

"Dina duduk dekat mana?" Soal Dato' Azhar.

"Dina duduk dekat Shah Alam, uncle," balas Irdina.

"Rumah kami pun dekat Shah Alam. Kalau Dina free, Dina pergilah rumah kami," pelawa Dato' Azhar.

"Insyaallah, uncle. Kalau Dina ada masa, Dina datang. Eh, uncle aunty duduklah dulu. Dina nak pergi dapur. Nak tolong apa yang patut," kata Irdina.

Mereka berdua mengangguk. Irdina pergi ke dapur. Dia melihat sekeliling di dapur. Apa nak buat eh? Dia melihat ke arah sinki dapur. Terdapat pinggan dan mangkuk yang kotor di sinki. Dia melipat lengan baju hingga ke paras siku untuk lengan baju itu basah. Dia mengambil span di dalam bekas yang berisi air sabun dan mengelap pinggan yang kotor.

"Kak Dina!" Sergah Isya

Isya merupakan adik Irdina dan anak bongsu Puan Iffah dan Encik Adam. Sekarang ini dia sedang melanjutkan pelajaran di Uitm Seri Iskandar, Perak dalam jurusan sains pergigian. Sekarang ini, dia cuti semester.

"Isya, kau kenapa sergah aku macam ni!? Nasib baik tak baling pinggan ni." Kata Irdina dengan marah.

"Sorrylah kak Dina. Saja je Isya nak buat kak Dina tetkejut. Barulah ada suprise sikit."

"Suprise apanya! Kalau aku dapat heart attack siap kau. Kau derma jantung kau dekat aku."

"Ala kak Dina ni, janganlah serius sangat. Isya nak tanya boleh?"

"Apa kau nak tanya?"

"Siapa makcik dengan pakcik dekat luar yang kak Dina sembang tu?"

"Ouh. Dia orang tu bukan sebarang pakcik makcik. Dia orang tu Dato' Azhar dengan Datin Najihah."

"Dato' datin? Sejak bila ayah ada kawan dato' datin?"

"Kau ni macam tak tahu pulak ayah kerja apa. Ayahkan arkitek. Maybe tu client dia lepastu jadi kawan." Irdina mengagak.

"Ya Allah, kau orang borak dekat sini? Jomlah pergi depan. Aunty Najihah dah nak balik tu," kata Puan Iffah.

Mereka bergegas keluar dari rumah. Irdina membetulkan lengan bajunya yang dilipat tadi. Dia pergi ke arah Datin Najihah dan Dato' Azhar.

"Balik terus ke atau bermalam di sini?" Soal Encik Adam.

"Bermalamlah kot. Kalau teruska perjalanan, penat dekat atas jalan je," kata Dato' Azhar.

"Kalau macam tu, bermalam je dekat sini," pelawa Encik Adam.

"Eh, tak apa. Lagipun wife aku dah booking hotel dah," tolak Dato' Azhar.

"Kami balik dulu ya? Nanti kalau ada masa lapang, jemputlah ke rumah kami." Pelawa Datin Najihah.

"Insyaallah. Kalau kami ke Shah Alam, kami datang rumah kau orang." Kata Puan Iffah.

Mereka bersalaman sesama mereka. Dato' Azhar dan Datin Najihah berjalan beiringan ke arah kereta. Mereka masuk ke dalam perut kereta.
Kereta yang dinaiki oleh mereka bergerak. Bunyi hon kedengaran tanda mereka mengucapkan selamat tinggal.

~~~
Fuh. Sampai jugak bab 6. Just wait untuk new chapter.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now