Bab 16

17.5K 575 11
                                    

Malam ini, Keluarga Irdina menerima seseorang untuk dijadikan sebagai ahli keluarga iaitu Nazran.

Makan malam dimasak oleh Puan Iffah dan dibantu oleh anaknya dan menantu perempuannya. Sangat riuh apabila mereka berjumpa.

Izhar, Nazran dan Encik Adam berbual-bual di ruang tamu. Nazran menceritakan latar belakangnya sedikit. Irdina yang melihat rasa Nazran dapat membiasakan dirinya dengan keluarga. Irdina tersenyum sendiri. Irdina pergi ke arah ruang tamu.

"Abang Iz, ayah. Jom makan. Kita orang dah siap masak." Pelawa Dina.

"Haih, ajak abang dengan ayah je ke? Lupa yang kau dah ada laki?" Perli Izhar.

Irdina menggaru kepalanya yang tak gatal. Nazran cuma tahan apabila Irdina diperli oleh abangnya.

"Lupa. Jom abang." Pelawa Irdina. Terasa awkward pulak panggil 'abang'.

Mereka bergerak menuju ke meja makan. Irdina mengambil tempat di sebelah Nazran. Irdina menyenduk nasi untuk Nazran. Selepas itu, Irdina mengambil lauk-pauk untuk dihidangkan untuk Nazran.

"Cukup?" Soal Irdina.

"Cukup sayang." Kata Nazran.

Apa? Dia panggil aku sayang. Arghhhhh! Jerit Irdina dalam hati.

"Ibu, terasa semut dah berjalan dekat atas mejalah." Perli Izhar.

"Ishh abang ni! Kalau tak sehari tak kacau Dina tak boleh ke?" Marah Irdina.

"Dah. Jangan bergaduh depan rezeki. Izhar, baca doa." Arah Puan Iffah.

Mereka manadah tangan untuk membaca doa. Usai membaca doa, mereka menjamu hidangan yang disediakan oleh Puan Iffah.

~~~
Kedengaran azan isya' sudah berkumandang. Irdina pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu. Usai mengambil wudhu, Irdina terus mengambil telekung yang tergantung lalu memakai.

Pintu dibuka oleh Nazran. Dia melihat Irdina yang sedang memebetulkan telekung di hadapan cermin.

"Nak solat isya' ke?" Soal Nazran.

"Yup."

"Okay. Kalau macam tu, tunggu aku. Kita isya' sama-sama." Kata Nazran.

Irdina membentangkan sejadah sambil menunggu Nazran. Lima minit kemudian, Nazran keluar dari bilik air lalu mengimamkan Irdina untuk solat isya'.

Usai solat isya', Irdina menyalam tangan Nazran. Tangan Nazran ditahan oleh Irdina apabila Nazran mahu bangun.

"Nazran."

"Yes."

"Saya tahu yang saya bukan pilihan hati awak dan kita kahwin atas aturan keluarga. Saya tahu jugak yang awak tak cintakan saya dan saya tak cintakan awak. Memang saya mengaku yang saya tak layak untuk jadi isteri awak tapi saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak. Dan saya akan buka hati saya untuk terima awak sebagai suami saya. Tolong bimbing saya sebagai isteri awak. Tolong tegur saya bila saya salah." Kata Irdina.

Nazran mengusap kepala Irdina yang berlapikkan telekung. Nazran tersenyum.

"Nazran."

"Yes."

"Izinkan saya jadi isteri yang terbaik untuk awak?" Ucap Irdina dengan penuh syahdu.

"Dan izinkan aku menjadi suami kau?" Soal Nazran.

Irdina mengangguk. Irdina memeluk tubuh lelakinya itu. Nazran hanya membiarkan sahaja perbuatan. Nazran tersenyum bahagia.

~~~
Di pagi hari, Irdina keluar pergi ke sawah padi. Dia mengatur langkah menuju ke jalan antara pemisah sawah padi. Dia berdiri ditengah-tengah sawah padi. Dia melihat padi-padi yang masih menghijau. Dia mencari ketenangan di situ. Tudung shawlnya yang diletakkan di bahu terjatuh lalu dia kembali meletakkan tudungnya di bahu.

Mr. Doktor I love youМесто, где живут истории. Откройте их для себя