Bab 62

15.4K 382 3
                                    

Kaki Irdina digoyangkan sambil membaca majalah sementara menunggu Aira membuat air untuknya. Santai sahaja hari ini memandangkan hujung minggu dan Irdina tidak kerja tetapi mogokkan hari itu jalan seperti biasa. Irdina masih lagi perang dingin dengan dua beranak tu.

"Air, sayang." Tegur Nazran sambil meletakkan air itu di atas meja. Televisyen dialih saluran yang dia berkenan.

"Dapur dah mop?" Soal Irdina tetapi dia tidak memalingkan muka ke arah Nazran.

"Dah."

"Sampah dah buang?"

"Dah."

"Pinggan mangkuk?"

"Dah, sayang. Dah kering pun tadi Aira lap." Jawab Nazran. Sejak dari peristiwa itu, Irdina mengenakan denda kepada mereka berdua untuk mengemas dapur setiap kali Irdina masak.

"Bagus. Lain kali, lepas masak terus jelah kemas dapur tu. Kan senang." Nasihat Irdina.

"Okay, sayang. Sayang tak habis lagi ke dengan perang dingin sayang tu?" Soal Nazran.

"Belum lagi." Jawab Irdina. Mukanya berubah serius.

"Sampai bila sayang nak mogok dengan abang?"

"Sampai bila-bila." Irdina menjawab selamba.

"Sayang pandang abang." Arah Nazran. Irdina tidak mahu mengikut bahkan dia menyelak majalah tersebut.

"Dina, pandang abang." Arah Nazran lagi sekali. Irdina menunjukkan keras kepalanya.

Ini tak boleh jadi. Nazran duduk menghadap Irdina yang tengah menyelak majalah tersebut. Nazran menarik dagu Irdina. Mata mereka bersatu. Bersatu selepas lima tahun berpisah. Mata Irdina walaupun hitam tetapi Nazran suka memandangnya. Walaupun bukan mata biru atau ungu, dia lebih sukakan mata Irdina berbanding mata orang lain. Matanya yang bulat.

Irdina melihat mata Nazran yang dilapisi dengan kaca mata. Biarpun silau kerana kaca mata Nazran memantulkan cahaya tetapi Irdina dapat melihat mata itu. Mata yang dirinduinya selama ini. Baru bersua dan mereka mahu menikmati tatapan tersebut.

Lama mereka menatap wajah masing-masing. Walaupun, wajah mereka semakin kedut tetapi cinta mereka semakin tegang dan terus tegang.

Ting!

Bunyi notifikasi mematikan renungan mereka. Mereka saling memalingkan muka ke arah lain kerana rasa malu. Irdina pula mengambil i phone untuk melihat apakah notifikasinya.

Just want to remember it,
Esok kita jumpa. Make sure awak sorang sebab saya nak bincang hal yang penting sangat. Antara hidup dengan mati :)

Irdina pelik dengan mesej itu. Antara hidup dengan mati? Kenapa ni? Ah, sudah. Esok jelah nanti dia bagitahu. Bukannya lusa. Irdina mahu mencari baju yang sesuai untuk esok.

"Sayang." Panggil Nazran. Irdina memalingkan wajahnya. Apahal rasa malu ni? Lutut pun lemah.

"Apa?"

"Nak pergi mana?"

Ah, sudah!

~~~
Baju blaus berwarna putih dipadankan dengan kain kembang bercorak geometri  diperagakan oleh Irdina. Wajahnya disolek nipis. Hanya memakai bedak kompak, menyikat kening, memakai maskara dan menyapu sedikit lipbam di bibir. Dia hanya mahu rupa yang semulajadi dan tak nak nampak pucat. Tudung shawl berjenama dUCk berwarna biru dililit dengan stail Vivy Yusuf. Tidak singkat dan tidak labuh. Beg berjenama Gucci itu diambil lalu dipakainya.

Hasil rupanya dilihat di cermin yang memantulkan imejnya. Cukup sempurna. Selepas itu, dia keluar dari bilik itu.

Memandangkan Nazran mahu keluar dengan Aira untuk membeli barang dapur yang habis, dia pun mengambil kesempatan untuk keluar juga. Dan dia mahu memberitahu hal sebenar kepada Zariff tentang suaminya yang sudah pulang ke pangkuannya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now