Bab 48

10.1K 319 0
                                    

Cahaya malap menyedarkan Irdina dari tidurnya. Dia mula membuka matanya. Perlahan-lahan dia membuka, perubahan itu menyedarkan Hani yang berada di sebelahnya.

Tangannya cuba digerakkan setelah lama tidak bergerak. Terasa lenguh pula akibat selalu baring. Dia cuba untuk duduk.

"Dina, kau dah sedar?" Hani menolong Irdina untuk duduk.

"Soalan apa kau tanya ni? Dah jelas lagikan terang aku boleh duduk, mestilah aku dah sedar." Tempik Irdina. Hani menggaru kepala.

"Kau nak apa-apa tak? Aku ambilkan."

"Mana tudung aku?" Soal Irdina. Hani teringat lalu terus mengambil tudung Irdina di dalam almari di sebelah katil pesakit. Tudung itu dihulur oleh Irdina lalu dia memakainya.

"Hani." Panggil Irdina.

"Kenapa aku pengsan?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Irdina. Hani terkejut. Sepatutnya, dia yang tanya.

Hani tidak peduli dengan soalan itu. Dia menuang air ke dalam cawan lalu dihulurkan pada Irdina. Irdina mengambil cawan itu.

"Minum air ni dulu. Badan kau kurang air." Kata Hani. Irdina akur lalu meneguk rakus.

"Aku tanya ni, kau jawab jujur eh." Hani bersuara.

"Kenapa kau cakap macam tu? Peliknya."

"Kau serius tak tahu yang kau pregnant?" Hani keret ke arah Irdina. Bertambah dua kali ganda kehairanan Irdina terhadap Hani.

"Hah? Serius aku tak tahu aku pregnant." Sekejap. Apa?

"Aku pregnant?" Hani mengangguk.

"Aku pregnant?!" Ulang Irdina. Hani mencubit pipi Irdina. Kononnya mahu menyedarkan Irdina yang terkejut.

"Yelah. Berapa kali kau nak cakap." Perli Hani.

"Aku nak jadi mama. Yahoo!" Laung Irdina. Hani pula segan dapat kawan macam tu. Nasib baik kawan. Kenapalah haih. Orang tengok pun pelik.

"Ye kau nak jadi mama tapi tak payah nak menjerit macam kau sorang nak jadi mama." Seperti Hani memarah anak kecil.

Irdina hanya sengih seperti kerang busuk. Ya Allah, punya gembira tu tak tergambar rasanya. Aku rasa bersyukur sangat. Ada sesuatu bernyawa di dalam rahimku yang perlu aku jaga. Akan ku jaga amanah-Mu Ya Allah.

~~~
Hari sudah berginjak malam. Yang tadinya cerah, sekarang sudah gelap. Solat isya' sudah dia tunaikan tadi. Panjang doa dan hajatnya untuk memperhajatkan kepada Allah.

Ditambah dengan anugerah yang sangat bernilai ini, Irdina bertambah gembira sampai lupa nak makan. Kena ingatkan baru nak makan. Gembira sungguh dari siang tadi.

Cakap pasal siang, Irdina berbual dengan Hani sebelum Hani menjalankan tugasnya. Terus moodnya berubah 180 darjah.

"Suami aku tahu tak yang aku pengsan?" Tanya Irdina. Sejak kebelakangan ini, Nazran jarang menghubungi dia.

"Is dah cuba call suami kau tapi semua masuk peti suara. Aku pun dah cuba call guna phone kau tapi sama jugak." Muka Hani kehampaan.

"Dia sibuk kot." Irdina cuba menyedapkan hatinya.

"Dina, takkan sibuk sampai tak boleh nak angkat call orang." Sindir Hani.

"Dia ada banyak kes nak kena selesaikan." Balas Irdina.

"Okay, let's say, dia busy. Tapi busy takkan sampai satu hari dia tak bukak phone dia. Malam. Takkan dia tak bukak phone. Tak logiklah. Sekarang ni, manusia mana boleh hidup tanpa phone." Panjang Hani memberi syarahan. Irdina hanya mendengar. Dia pasrah. Agaknya, keturunan Hani ni ada dari puak makcik bawang kot.

"Entahlah. Dia busy sangat. Esok-esok aku call dia." Irdina senyum segaris. Hani hanya mengeluh.

Susah cakap dengan insan yang bernama Irdina ni. Degil sangat ya amat. Dah jadi mak budak pun degil lagi.

"Nak telefon ke tak?" Tanya Irdina sendiri. I phonenya digoyang-goyangkan. Kekeliruan melanda difikirannya.

Nak ke tak nak? Kalau aku tak bagitahu, nanti kata mengetepikan dia. Kalau bagitahu, tak best pulak bagitahu masa on the phone. Kalau boleh, berita ni biaralah dari mulut ke telinga.

"Maybe dia busy. Aku tak patut ganggu dia kot." Irdina bersuara. Dia segera meletakkan i phonenya di meja sebelah katil.

~~~
Megah Holdings di cawangan Johor tidaklah terlalu besar tetapi cukup untuk menjadi cawangan kedua di Johor Bharu. Bangunannya hampir mencecah 20 tingkat dan Nazran melakukan kerjanya di bilik yang disediakan khas.

Nazran menguak pintu biliknya. Tempat duduk yang diduduknya semalam dihenyakkan punggungnya. Dia terus menyambung tugasnya yang tergendala semalam kerana mengantuk.

Melihat meja Nazran, serabutnya tak terucap. Fail yang terbuka dengan kertas. Cawan kopi yang diminum semalam habis kering dan tidak dibasuh lagi. Cepat-cepat dia mengemas mejanya untuk menyelesakan dirinya membuat kerjanya.

Sedang dia mengemas, terdapat sampul surat yang berwarna coklat berada di bawah fail. Semalam, sampul itu tidak kelihatan pun. Tetapi, hari ini sampul itu ada di atas mejanya.

Nazran Bin Azhar

Dengan pantas, Nazran membuka sampul itu. Sedang dia mengoyakkan lipatan sampul yang telah digam, pintunya kedengaran dikuak.

"Bos, sorry. Saya tak perasan bos dah sampai." Fazira meminta diri dahulu. Sebenarnya, dia main terjah masuk je. Tak tahu pula Nazran sampai awal di sini.

"Sekejap," langkah Fazira terhenti.

"Siapa yang bagi sampul ni?" Tanya Nazran sambil menunjukkan sampul itu. Fazira garu kepala yang tidak gatal.

"Sampul tu tadi, ada despacth yang bagi. Nama bos yang ada dekat situ jadi saya letak dekat bilik bos." Terang Fazira. Nazran mengangguk.

"Ada apa-apa ke bos?" Tanya Fazira sebelum dia keluar dari situ.

"Nothing. You can go now." Fazira keluar setelah mendengar ayat itu.

Jarang pulak dapt sampul berkaitan dengan peribadi ni. Selalunya berkaitan dengan syarikat. Nazran kembali membuka sampul itu.

"Ya Allah!"

~~~
Teruk kali ini dimarah oleh Dr. Jarjit, ketua di bahagian yang menjaga doktor pelatih. Semenjak ni, asyik kena marah dengan dia je.

Melihat Irdina di katil membuatkan Dr. Jarjit meraup wajahnya. Irdina yang sepatutnya ditugaskan untuk oncall tiba-tiba tugas itu diberi kepada orang lain.

"You tak cukup makan ke sampai pengsan macam ni?" Dr. Jarjit menyoal.

"Saya penat masa tu." Kata Irdina sambil tertunduk malu. Malu kot kena marah dengan doktor senior. Nak terserempak pun macam kena terserempak dengan pembunuh. Jelingan maut dia, menyeramkan.

"Dr. Irdina, you yang merawat tapi sekarang ni you yang terbalik. You pulak yang sakit. Siapa nak cover semua kerja you?"

"Biar saya yang cover nanti, doktor." Jawab Irdina.

"You mengandung. You ingat, you boleh buat ke?" Dr. Jarjit sudah mempertikaikan Irdina. Takkanlah alasan aku pregnant tu tak boleh kerja?

"Ye doktor. Saya akan ganti balik kerja-kerja saya." Kata Irdina.

Dr. Jarjit keluar dari wad itu. Habis kepalanya digeleng-geleng. Pening memikirkan Irdina.

Irdina pula melihat kepulangan Dr. Jarjit. Soalan tadi buat dia nak berhenti kerja. Tak nak dah buat kerja-kerja ni. Dia boleh ke lalui semua ni? Dahlah pregnant Dina oii!

Pelipisnya dipicit. Mana nak fikirkan pasal kerja, mana nak fikirkan pasal suami. Ya Allah stresnya hanya Kau yang tahu. Bantulah aku Ya Allah.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now