Bab 51

13.2K 409 27
                                    

Ruangan kecemasan dan trauma tidak pernah tidak sibuk. Encik Adam masih lagi dirawat. Puan Iffah, Nazran dan Irdina masih lagi tunggu di luar. Masing-masing berdoa agar Encik Adam kuat menempuhi kesakitan yang dialami.

Irdina terus menangis. Jarak antara kerusinya dan kerusi mereka agak jauh. Mereka tidak mahu rapat dengan Irdina. Hanya Nazran yang Puan Iffah mengaku anaknya.

Puan Iffah yang melihat Irdina menangis menyampah. Ini semua angkara Irdina. Dia penyebab suaminya terkena serangan jantung. Dia bangun dari kerusi.

"Hey, kau memang anak tak guna kan!" Tengking Puan Iffah. Bahu Irdina ditolak kasar. Irdina hanya menunduk.

"Anak yang tak kenang budi. Sia-sia jelah aku besarkan jadi orang. Apa yang kau buat ni memalukan kita orang. Kau sebagai anak dan isteri, jagalah maruah kau. Aku tak pernah ada anak macam kau." Marah Puan Iffah. Jarinya dituding di dahi Irdina.

Nazran yang melihatnya bangun menenangkan ibu mertuanya.

"Ibu, ni hospital. Jangan marah sangat. Nanti ibu stres." Nasihat Nazran.

"Memang aku stres. Aku stres dapat anak macam kau ni!" Tengking Puan Iffah.

Air mata Irdina berjujuran. Dia tidak mampu menahan lagi rasa kecil hatinya. Sampai hati kata begitu pada anak sendiri.

"Waris kepada Encik Adam?" Soal seorang doktor di situ. Doktor itu muncul untuk mencari ahli keluarga Encik Adam.

"Saya isteri dia." Kata Puan Iffah.

"Macam ni puan, kami berjaya selamatkan Encik Adam. Sekarang ni, Encik Adam dah melepasi tahap kritikal." Terang doktor itu.

Puan Iffah menadah tangan tanda rasa bersyukur. Syukur bahawa suaminya sudah selamat. Alhamdulillah.

"Boleh saya jumpa ayah saya?" Tanya Irdina pula.

"Boleh tapi jangan terlalu lama." Kata doktor itu sebelum pergi.

"Kau jangan nak berangan jumpa suami aku. Kau tak layak nak jumpa dia." Tengking Puan Iffah.

"Mulai hari ni, aku tak ada anak macam kau lagi. Aku tak pernah lahirkan perempuan yang bernama Irdina." Ungkap Puan Iffah. Dia berlalu pergi untuk melihat suaminya.

Irdina hanya mengeluh. Air matanya usah dikata. Mengalir deras di pipi. Tiada siapa yang mahu diseka bahkan dipujuk. Hatinya bagaikan terguris dengam pisau tajam beberapa kali. Seorang ibu perkatakan begitu kepada anak yang tidak bersalah.

"Lepas ni, kau tunggu je surat dari lawyer aku. Aku akan failkan penceraian." Kata Nazran.

"Ouh, selepas anak awak hidup dalam rahim saya?" Soal Irdina dengan sinis. Terkejut Nazran. Irdina tidak pernah memberitahunya sebelum ini.

"Apa kau cakap ni?"

"Jangan buat tak fahamlah Nazran."

"Entah anak siapa yang kau kandungkan. Lepastu suruh aku bertanggungjawab. Itu rancangan kau kan?" Nazran membuat spekulasi.

Pangg!!!

Irdina terus menampar muka Nazran. Dia tidak tahan dengan kata-kata Nazran. Jujur dia katakan, dia mahu siat-siat bibir Nazran dengan dawai besi.

"Awak boleh hina saya tapi awak tak boleh hina anak kita. Anak awak jugak!" Jerit Irdina.

"Prove it, Irdina."

"Saya akan buktikan, Nazran. Once dia dah keluar and saya akan buktikan." Janji Irdina. Itu janjinya.

"Aku takkan ceraikan kau sebab kau mengandung. Apa yang aku nak, kau pergi dari sini. I don't want to see your face anymore!" Tengking Nazran.

"Kalau itu yang awak nak, saya buat. Sebelum itu, saya nak minta maaf dekat awak dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan segala pemberian yang awak dah bagi dekat saya." Ucap Irdina.

Dia menghulur tangan untuk menyalam tangan suaminya. Apakan daya, huluran tangan itu tidak disambut oleh Nazran.

"Saya akan akan pergi dari sini." Langkah Irdina bermula dari sini.

Di sini, saksi perpisahan mereka. Demi hati yang duka lara, Irdina nekad untuk tidak berjumpa dengan manusia-manusia yang melukakan hatinya. Disetiap langkahnya, dia mengambil keputusan agar dia mahu hidup sendiri.
Sebagai mana langkahnya keluar dari hospital ini, seperti itulah, luka dihatinya tersiat-siat.

~~~
Pintu diketuk mematikan perbualan Hani dan Iskandar. Cepat-cepat Hani melihat gerangan dibalik langsir. Ya, Irdina berada di situ.

Pintu cepat-cepat dibuka. Kelihatan tudung Irdina yang basah akibat air matanya. Tudungnya pun sudah senget-benget. Dia sudah tidak menghiraukan penampilannya sekarang ni. Tidak cukup dengan itu, beg tangannya juga tidak larat untuk diangkat. Dia tidak terdaya dengan semua itu.

"Dina, apa dah jadi dengan kau ni?" Soal Hani. Risau dia melihat keadaan Irdina seperti ini. Dia memegang lengan Irdina.

"Dia dah halau aku dari hidup dia." Hanya ungkapan ayat itu membuatkan hati Hani panas. Cukup panas. Hani merengus.

"Dah, jom kita masuk. Kau rehat dulu." Pelawa Hani.

Irdina akur lalu masuk ke dalam rumah besar itu. Ruang tamu menjadi sasarannya untuk berehat seketika. Dia melabuhkan punggungnya di sofa.

Hani datang dengan dua cawan air. Dia meletakkan cawan itu di atas meja. Irdina menjadi perhatiannya. Dia duduk di sebelah Irdina. Iskandar yang tiba-tiba muncul itu duduk di hadapan mereka.

"Cerita dekat aku apa yang jadi." Arah Hani.

"Ibu aku dah buang aku lepas apa Nazran dah bagitahu dekat dia orang. Semua orang dah buang aku. Apa lagi yang aku perlu buat untuk buktikan tu semua fitnah?! Aku dah penat dah hidup macam ni." Tengking Irdina.

"Kau ada kami, Dina. Kita orang tak buang kau lagi. Kita orang percayakan kau." Kata Hani yang mahu meyakinkan Irdina.

"Betul cakap Hani. Kita orang percayakan awak. Hani dah bagitahu semuanya pasal awak. Nazran tu memang melampau." Rengus Iskandar.

"Thanks sebab percayakan aku. Hanya kau orang peneman hidup aku sekarang ni." Irdina tersenyum segaris. Walaupun ahli keluarganya sudah buang dia tetapi kawannya lebih tahu apa yang terjadi.

Hani yang mendengarnya rasa mahu peluk. Dia memeluk Irdina. Hanya Irdina seorang sahaja kawannya dan menjadi perkara wajib sebagai kawan adalah saling mempercayai antara satu sama lain.

"Aku nak minta something dari kau orang boleh tak?" Soal Irdina. Hani dan Iskandar mengangguk serentak.

"Aku nak tumpang rumah kau semalam macam tu. Aku dah tak ada tempat tinggal." Dekat mana lagi dia boleh harap melainkan Hani dan Iskandar yang mereka kenal.

"Kau nak duduk sampai kau dah jumpa rumah pun tak apa." Kata Hani.

"Tak kot. Sehari je sebab esok aku nak gerak pergi Johor Bharu. Aku nak mulakan hidup baru dekat sana dengan anak aku." Hasrat Irdina yang mahu membawa diri. Itu bukan sahaja hasratnya tetapi arahan yang diperkatakan oleh Nazran sendiri.

"Awak nak pindah Johor?" Soal Iskandar.

"Aah. Tempat tu je yang mampu buat hati saya tenang. Memandangkan family saya tak nak tengok saya, saya pindahlah dekat sebelah selatan." Kata Irdina.

"Tapi, kau orang kena janji yang rahsiakan keberadaan aku. Aku cuma nak hidup aman dengan anak aku." Ini seperti wasiat daripada Irdina. Hani dan Iskandar mengangguk sahaja. Jika itu yang Irdina mahukan, mereka turutkan sahaja.

Semoga perjalanan yang bakal dibina oleh Irdina berjalan lancar.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now