Bab 23

13.8K 483 13
                                    

Hari minggu sudah pun tiba. Nazran dan Irdina masih lagi bersikap dingin. Irdina cuba untuk pujuk Nazran, tetapi tiada perubahan.

Irdina memulakan tugasnya ward round. Irdina mengemaskini carta pesakit yang berada di situ. Sedang dia merawat pesakit, dia melihat Nazran mengambil darah pesakit yang dalam lingkungan 20-an.

"Abang doktor nak ambil darah saya ke?" Soal gadis itu.

"Ya. Saya nak ambil darah awak. Awak tahan ya." Kata Nazran.

"Ambil je. Kalau abang doktor nak ambil satu beg darah saya pun saya tak kisah." Kata gadis itu. Memang nampak miang.

Irdina sebagai pemerhati berasa cemburu akan perlakuan Nazran. Kenapa dengan perempuan lain kau cakap elok-elok tapi dengan aku?

Apabila sudah habis prosedur ambil darah, Irdina pergi ke arah gadis itu. Tangannya digenggam kuat. Rasa nak tumbuk sahaja muka gadis itu.

"Excuse me, doktor. Can I ask you something. Saya tengok patient ni macam ada masalah." Sampuk Irdina apabila mereka berbual. Irdina menunjukkan carta pesakit itu.

Nazran hanya memerhati carta pesakit. Semuanya okey. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Semua keputusan darah, gula dalam darah, kadar degupan jantung, kepekatan darah dalam oksigen dan sebagainya semua dalam paras normal. Nazran hanya memandang Irdina. Memang sah macam cemburu ni. Memang nak jadi bahan untuk mengenakan dia tetapi egonya tinggi.

"Base on carta ni, patient okay je." Kata Nazran setelah memerhati carta pesakit.

"Ouh. Bukan apa doktor, saya cuma nak cornfirm je patient ni okay ke tak. Tu je." Kata Irdina.

"Belajar lima tahun pun tak tahu lagi condition pesakit. Apa yang awak belajar masa lima tahun dulu? Bercinta?" Perli gadis itu.

Irdina jeling tajam ke arah gadis itu. Eh kau ni, biarlah! Aku ni cuma nak jaga etika je ni. Kalau tak, memang mulut kau aku koyak-koyakkan!

"Excuse me, ini antara kami berdua sahaja. Anyway doktor, behave tau. Isteri doktor mengadu dekat saya yang ramai perempuan yang selalu nak try doktor. My advice is doktor ingatlah yang doktor dah bergelar suami. Assalamualaikum." Kata Irdina lalu meminta diri untuk beredar dari situ.

Muka gadis itu tiba-tiba menjadi kelat. Irdina menuju ke kaunter jururawat. Puas hati dia mengenakan perempuan itu. Memang patut pun kena. Dah miang sangat kot.

"Puas hati aku. Gatal lagi dengan suami orang. Si Nazran pun sama, ada ke patut layan dia macam tu. Aku ni isteri dia pun dia tak endahkan." Bebel Irdina.

"Apa yang kau bebelkan ni?" Soal Hani. Bertambah hairan apabila melihat Irdina bercakap berseorangan di kaunter jururawat.

"Tu haa. Patient tu nak je aku hempuk dengan fail ni." Marah Irdina.

"Dia buat apa dekat kau?"

"Dia tak buat apa-apa dekat aku."

"Habistu yang kau marah sangat ni kenapa?"

"Dia menggatal dengan Nazran. Yang Nazran pun satu, tak payahlah layan sangat."

"Okay. Aku faham. Ni kes cemburulah ni."

"Yes. Aku memang cemburu."

"Relaxlah Dina. Nazran tu cuma nak kena jaga etika. Tak payahlah nak cemburu sangat."

"Tapi masalahnya...." perbualan itu terhenti apabila Nazran mendekati mereka.

"Berborak je ke? Kerja dah siap ke?" Perli Nazran.

Irdina dan Hani sudah beredar dari situ apabila diperli oleh Nazran. Tinggallah Nazran di kaunter berseorangan. Memang tekaan Nazran tepat bahawa Irdina cemburu. Well, tengok jelah nanti perangai dia macam mana.

Mr. Doktor I love youWo Geschichten leben. Entdecke jetzt