Bab 44

10.2K 384 6
                                    

Ini merupakan hari terakhir keluarga Irdina berkumpul di kampungnya. Pejam celik, pejam celik, dah nak balik. Sungguh pantas masa berlari.

Irdina dan Nazran sudah berada di ruang tamu untuk menunggu kedua-dua orang tua Irdina. Sementara itu, mereka menonton televisyen.

Datang pula Izhar dan Husna serta Raisya, anak mereka. Izhar berjalan sambil menarik bagasi mereka ke ruang tamu.

"Nak balik dah?" Tanya Izhar. Dia duduk di sebelah Nazran.

"Nak balik lah. Esok nak kerja" jawab Irdina.

"Dina, nak tanya sikit boleh tak?" Suara Izhar seakan-akan berbisik.

"Uishh, sejak bila pulak lelaki yang bernama Izhar ni mintak izin nak tanya ni?" Perli Irdina. Izhar memincingkan matanya.

"Apa simptom-simptom orang pregnant?" Nazran menoleh ke arah abang iparnya.

"Bukan ke abang dah ada pengalaman dulu? Raisya tu datang dari mana pulak?"

"Masa Raisya dulu cuma muntah-muntah, pening kepala. Yang orang panggil morning sickness. Apatah?" Izhar mula mengingati kembali.

"So, abang tengok Kak Husna ada simptom-simptom apa?" Tanya Irdina.

"Dia suka tidur, malas, nak makan je. Lepastu abang tengok lately ni, dia ada lah jugak demam sikit." Terang Izhar.

"Macam hormon orang mengandung je. Kalau macam tu, buatlah UPT test." Sampuk Nazran.

"Ada ke orang perempuan mengandung macam tu?" Izhar pelik. Ada ke orang macam tu?

"Bersepah dekat hospital macam tu bang. Cuma abang je tak tahu." Balas Irdina.

"Okaylah, nanti abang try." Kata Izhar.

Ibu bapa mereka muncul di ruang tamu. Kelihatan sedikit kecewa apabila hari ini hari terakhir anak mereka di sini. Jika masa boleh diputarkan kembali, pasti mereka akan melambat-lambatkan aktiviti untuk menikmati di setiap kenangan yang tercipta.

Anak-anak serta menantu Puan Iffah dan Encik Adam menyalam tangan mereka. Ada yang berpelukan dan ada yang bercium. Ah, lepas ni tak dapat nak jumpa lagi.

"Hah, nanti dekat sana, ingatlah ibu dekat sini. Balik sini selalu." Pesan Puan Iffah.

"Ya ibu. Takkanlah anak-anak ibu yang ibu sayang ni lupa ibu." Nada Izhar seperti membodek. Puan Iffah menggeleng kepala. Bapak orang pun perangai macam anak orang.

Masing-masing masuk ke dalam kereta masing-masing. Ada yang nak balik ke Universiti dan ada yang nak balik ke rumah masing-masing.

Tidak sampai sepuluh minit, halaman rumah Puan Iffah dan Encik Adam yang dahulunya dipenuhi dengan kereta kini tiada lagi.

~~~
Irdina melihat Nazran yang sedang fokus dengan pemanduannya. Tangan distereng dan mata setia menghadap ke hadapan. Sesekali dia menoleh ke cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memerhati.

Irdina mengeluh bosan. Ya, hidupnya kini bosan. Mahu melayari instagram, hmmm. Mahu bermain facebook, err. Cerita politik tak habis-habis. Tak pelah. Tengok Nazran pun jadilah.

"Kenapa sayang pandang abang macam tu?" Nazran bersuara. Irdina menzahir rasa lega. Ada orang nak layan aku lah.

"Bosanlah." Keluh Irdina. Kini, pandangannya menghadap ke hadapan.

"Yelah tu bosan. Bukan ke sayang nak suruh abang ni berborak dengan sayang?" Kening sebelah Nazran diangkat persis Ziana Zain.

"Abang ni, pandailah baca fikiran sayang." Kagum Irdina dibuatnya. Macam tahu-tahu je.

Mr. Doktor I love youOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz