Bab 11

16.9K 626 2
                                    

Pagi lagi Irdina sudah buat morning round. Dia pergi ke kaunter jururawat. Dipegang fail pesakit untuk melihat tahap kesihatan pesakit.

"Doktor." Sapa jururawat yang bernama Amirah.

"Yup," balas Irdina sambil mendongak.

"Mana patner doktor tu?" Soal Amirah.

"Belum datang lagi kot," kata Irdina.

"Doktor tak rasa ke yang dr. Nazran tu suka dekat doktor?"

Apa benda yang dia cakap ni? Memang mustahillah kalau Nazran tu suka aku.

"Merepeklah awak ni. Lagipun saya tak ada perasaan dekat dia." Kata Irdina.

"Seriously doktor tak ada perasaan dekat dia? Semua staf perempuan dekat sini semua suka dia, malah ada yang sanggup jadi perigi cari timba."

"Tapi saya bukan perempuan jenis perigi cari timba, Amirah. Saya jenis lelaki yang mengaku  dulu yang suka saya bukan saya mengaku dulu."

"Tapikan doktor, takkan tak ada sikit pun doktor tak ada perasaan dekat dia?"

"Macam saya cakap tadi, saya tak ada perasaan dekat dia."

Amirah terdiam. Irdina pula fokus menyemak fail itu.

"Untung doktor, kan?" Kata Amirah secara tiba-tiba.

"Apa yang untung?" Soal Irdina dengan pelik.

"Doktor untunglah patner dengan dr. Nazran." Kata Amirah.

Eeeiii! Makin aku layan, makin menjadi-jadi kau eh, Amirah. Jerit Irdina dalam hati.

I phone kepunyaan Irdina menjerit meminta diangkat. Dia meminta diri dari Amirah kerana mahu menjawab panggilan itu. Irdina pergi ke kawasan yang tidak jauh dari kaunter jururawat itu. Dia melihat skrin telefonnya. Puan Iffah yang membuat panggilan. Dia menekan punat hijau.

"Assalamualaikum, Dina." Puan Iffah memberi salam.

"Waalaikumussalam, ibu. Ada apa call pagi-pagi ni?" Soal Irdina.

"Dina kerja ke sekarang ni?"

"Dina kerja sekarang ni."

"Dina boleh tak ambil cuti ke?"

"Rasanya tak bolehlah ibu. Lagipun ramai patient hari ni."

"Dina, tolong ibu please. Balik kampung. Kita ada benda nak bincang."

"Tapi Dina kerja ibu."

"Dina kena jugak cari jalan untuk balik kampung."

"Tapi ibu....."

Panggilan itu mati. Mesti Puan Iffah hang up dulu. Irdina mengeluh. Kenapa ibu tak faham kerja Dina?

Kedengaran Irdina mengeluh dapat didengar oleh Nazran. Nazran menegur Irdina.

"Kalau kau nak balik kampung, baliklah. Aku boleh gantikan tempat kau." Kata Nazran.

"Tapi kerja doktor....." kata-kata Irdina terhenti apabila Nazran memotong percakapan itu.

"Aku boleh handle sendiri." Kata Nazran. Dia cuba mahu meyakinkan Irdina.

Irdina meragui tawaran yang diberi oleh Nazran. Lately, mamat ni layan aku baik pulak.

"Thanks doktor. I'm sorry sebab susahkan doktor." Kata Irdina.

"It's okay. Hari ni hari kau. Mana tahu hari lain hari aku ke?" Kata Nazran.

Irdina mengangguk-angguk. Dia meminta diri untuk pulang ke kampung. Sebelum itu, dia perlu ke rumah untuk mengambil baju dan membuat pesanan melalui whatsapp untuk Hani.
~~~
Perjalanan mengambil masa beberapa jam itu membuatkan Irdina penat. Dia sudah sampai ke rumah orang tuanya. Terdapat kereta Audi A5 milik abangnya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now