Bab 31

12.3K 392 1
                                    

Ikan sambal yang sudah dimasak oleh Irdina dan Datin Najihah. Irdina mnghidangkan hidangan itu di atas meja. Sementara itu, orang gaji di rumah agam Dato' Azhar menyusun pinggan dan cawan di atas meja.

Dato' Azhar yang baru sahaja turun dari tangga itu menghidu masakan yang sudah lama diidam. Dia duduk di kerusi meja makan.

"Sedapnya lauk hari ni." Puji Dato' Azhar.

"Belum rasa lagi dah cakap sedap." Kata Datin Najihah.

"Kalau dah bau sedap, rasa nanti mesti sedap." Kata Dato' Azhar.

Nazran yang baru sahaja turun bawah itu pergi ke arah meja makan. Bunyi macam seronok saja. Dia melihat dua orang figura di situ.

"Sedapnya mama." Puji Nazran. Dia melihat masakan yang dihidangkan oleh mamanya. Kelihatan ikan sambal. Sekejap! Ikan? Riak wajah Nazran bertukar muram.

"Seriously ma? Ikan?" Soal Nazran.

Irdina yang baru keluar dari dapur dengan membawa semangkuk ayam masak merah untuk suaminya. Dia tahu yang suaminya kurang makan ikan tetapi ayam, jangan cakaplah. Nazran memang hantu ayam. Jadi, Irdina sudah masak untuk Nazran.

"Yang ni untuk Naz." Kata Datin Najihah. Mangkuk itu bertukar tangan lalu Datin Najihah meletakkan di atas meja.

"Untunglah Naz. Ada orang caring pasal Naz." Kata Datin Najihah yang berbaur sindir.

"Mestilah ma. Diakan isteri Naz. Dah nama pun isteri." Kata Nazran lalu dia merangkul bahu isterinya, Irdina.

"Papa dah lapar ni. Jom makan." Ajak Dato' Azhar.

Nazran mengetuai bacaan doa makan. Usai doa, mereka mula menyenduk lauk-pauk yang sudah dimasak oleh Datin Najihah dan Irdina. Dato' Azhar pula menikmati masakan isterinya iaitu sambal ikan. Tidak tahu kenapa dia mengidam.

Fokus Nazran makan masakan Irdina. Sedap sungguh kot. Hantu ayam. Hari-hari lauk ayam pun tak apa. Langsung tidak kenal erti jemu betul Nazran ni.

Dato' Azhar menyuap nasi bersama lauk tersebut. Sedang dia telan, tiba-tiba dia rasa sesak nafas. Dia tahankan juga supaya keluarganya tidak mengesyak apa-apa. Semakin lama semakin tidak tahan. Dia memegang dadanya. Dia mengerang kesakitan.

"Papa."Irdina yang menyedarinya terus menyedarkan mereka tentang keadaan bapa mertuanya. Nazran terus memaling ke arah Dato' Azhar. Begitu juga dengan Datin Najihah. Semua orang berkumpul di kerusi Dato' Azhar.

"Papa. Papa okay ke?" Tanya Nazran. Dato' Azhar tidak berkata apa-apa.

"Dina! Ambil steteskop dekat bilik abang." Arah Nazran. Irdina terus ke bilik mereka.

Tidak sampai dua minit, Irdina kembali dengan steteskop di tangannya. Nazran terus memakainya dan melekapkan steteskop di dada Dato' Azhar. Bunyi itu membuatkan Nazran berasa risau dengan keadaan papanya.

"Call ambulance." Arah Nazran lagi. Irdina mencapai i phonenya dan memanggil nombor ambulan Shah Alam Medical Centre.

~~~
"Doktor, ada patient!" Jerit jururawat itu.

Iskandar yang baru sahaja duduk terus berlari keluar menuju ke ambulan. Ada pesakit baharu. Dia menolong pintu ambulan dari belakang. Kelihatan Nazran, kawan baiknya. Dia sungguh terkejut. Hampir tiga saat dia terkejut, dia tersedar dan terus menarik strecher untuk dibawa ke bilik kecemasan.

Nazran terpaksa duduk di luar. Dia berharap sangat papanya dalam keadaan baik. Dia duduk sandar di kerusi yang disediakan. Sementara menunggu, dia membuat panggilan terhadap kakaknya, Naurah.

"Assalamualaikum Naz."

"Waalaikumussalam."

"Ada apa call kak Naurah ni?"

"Naz ada dekat emergency room."

"Naz, akak tahulah kau tu doktor. Dah memang kau kerja dekat hospital."

"Naurah binti Dato' Azhar. Papa dekat emergency room. Naz tak main-main. Better akak pergi SAMC sekarang. Now!" Nazran meletakkan panggilan itu. Orang tengah serius, dia main-main.

Nazran mula terkenang papanya. Dari dahulu lagi, dia diberi kasih sayang dan didikan yang cukup. Dato' Azhar sangat bermakna di dalam hidup Nazran. Ada pernah sekali, Nazran gagal dalam ujian tetapi Dato' Azhar memberi sokongan. Dia tidak cepat melatah apabila melihat keputusan ujian bulanan Nazran sebaliknya dia menasihati Nazran. Cukup besar pengorbanannya sebagai seorang ayah.

Irdina dan Datin Najihah berjalan menuju ke Nazran yang sedang termenung. Datin Najihah terus duduk di sebelah Nazran.

"Macam mana papa?" Soal Irdina. Pertanyaan itu tidak dijawab. Air mata Datin Najihah mengalir deras di pipi. Irdina duduk di sebelah ibu mertuanya. Dia merangkul bahu Datin Najihah tanda memujuk. Dia mungkin takut akan kehilangan suaminya yang tersayang.

Ya Allah, kau selamatkanlah suamiku Ya Allah. Engkau sahaja yang dapat menyembuhkan suami aku.

~~~
Dato' Azhar terlentang di katil Intensive Care Unit (ICU). Nazran duduk di sisi Dato' Azhar. Cardiac monitor sentiasa didengari jelas. Normal saline sudah di drop melalui branula. Matanya terpejam daripada tadi.

Air mata Nazran terus mengalir. Air mata seorang lelaki tidak dapat keluar melainkan hanya bila perlu. Dan kali ini, dia perlukan air mata itu untuk menunjukkan kasih sayang seorang anak. Apakan daya, hanya setubuh manusia yang sentiasa terpejam dan tidak bergerak.

Irdina melihat suaminya begitu sayang kepada papanya. Dia tidak pernah melihat Nazran sebegitu. Dia terus membatalkan niat untuk memberi makanan yang dipegang ini kepada Nazran. Kali terakhir dia makan pada waktu tengah hari dan sekarang pada waktu malam. Mungkin Nazran mahukan privasi untuk berbicara dari hati ke hati.

"Papa, please. Jangan tinggalkan Nazran." Ucap Nazran lalu secara automatik air matanya deras mengalir.

"Naz perlu balas jasa papa. Naz nak papa tengok Naz graduate jadi consultant ortopedik. Papa tolong buka mata."

Nazran menyeka air matanya. Dia menatap wajah Dato' Azhar. Lelaki inilah yang menjadi papanya. Lelaki inilah yang mendidik dia. Lelaki inilah yang sentiasa memberi sokongan.

"Papa kena kuat. Papa kena lawan penyakit papa. Papa tolong Naz untuk sedarkan diri papa. Naz, nak balas jasa papa."

Dia ke bilik air di dalam wad itu. Dia mahu mengambil air wudhu. Selepas itu, dia membuka aplikasi Muslim Pro. Dia membuka surah Yassin lalu membacanya. Semoga Allah sembuhkan papa.

~~~
Sudah tiga hari Dato' Azhar terbaring di ICU. Bergilir-gilir Nazran dan Naurah menjaganya. Kadang-kadang Irdina membantu Nazran untuk menjaga Dato' Azhar.

Tiada perubahan yang berlaku pada Dato' Azhar. Matanya tertutup dan terus menutup. Langsung tiada pergerakan atau perubahan positif terhadap dirinya.

Iskandar yang melihat kawannya itu berasa simpati atas apa yang terjadi. Dia sudah menjalankan kerjanya sebagai seorang doktor untuk merawat pesakit. Cuma perlu berserah kepada Tuhan sahaja.

"How is he?" Soal Irdina.

"Tiada perubahan." Kata Iskandar.

"Saya simpati atas apa yang terjadi pada keluarga awak, Dina." Ucapnya.

"Semua ni terjadi sebab takdir. Tak cepat dan tak lambat. Tepat pada masanya. Saya tak jangka pun semua ni terjadi." Kata Irdina.

"Saya harap awak sekeluarga tabah mengahadapi ujian." Kata Iskandar sebelum pergi untuk melakukan tugasnya.

Takdir itu telah disusun oleh Allah. Perancangannya yang sangat hebat. Dia yang menciptakan segala yang ada di bumi ini. Dia juga berhak untuk aturkan kehidupan kita. Setiap manusia tidak boleh menyalahkan takdir. Melainkan menerimanya dengan hati yang redha. Setiap perancangan yang Allah susun, pasti ada hikmah yang kita perolehi. Dan takdir disusuli dengan ujian. Ujian yang membuatkan kita sabar dan terus tabah mengahadapi ujian. Menjadi kita sebagai manusia untuk meminta pertolongan kepada Allah. Disetiap ujian yang dilalui, pasti ada hikmah yang diperolehi.

~~~
Oh guys! Dato' Azhar koma! Apa yg akan jadi? Nazran pula bagaimana? Tercapai ke impian dia?

Thanks for 6k readers! Nah hadiah 🌻🌻🌸🌸🌷🌷

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now