Bab 53

13.8K 382 22
                                    

Hari ini, seperti biasa rutin Irdina pada hujung minggu, menyiapkan Aira dan keluar joging. Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti itu bersama dengan anaknya.

"Aira, are you ready?" Soal Irdina. Mereka sudah selesai memanaskan badan.

"Yes, mama! Jom lari!" Jerit Aira. Mereka mula berlari.

Mereka berlari beriringan mengelilingi taman itu. Penat jugalah kejar budak kecil itu. Aktif sungguh Aira. Mungkin Aira sudah kumpul kekuatan semasa Irdina sibuk dan sekarang dia lepaskan segala kekuatan dia.

Sedang Irdina berlari, kakinya bagaikan terseliuh akibat terlanggar batu. Dia mengerang kesakitan. Larian Aira kian berhenti sebaliknya pergi ke arah mamanya untuk melihat keadaan mamanya.

"Mama, mama kenapa?" Soal Aira.

"Kaki mama. Sakit." Irdina mengerang sakit.

"Habistu, Aira nak buat apa?" Dengan umur lima tahun, Aira mungkin tidak dapat bertindak dengan waras.

"Aira jangan pergi mana-mana eh. Duduk sini." Arah Irdina. Dahlah kakinya sakit. Jika Aira hilang, mahu terpatah tulang kakinya.

"What's wrong?" Soal Zariff. Dia tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Irdina lega.

Zariff mula memeriksa pergelangan kaki Irdina. Melihat keadaan itu membuatkan dia rasa yang kaki Irdina terseliuh. Dia segera mendapatkan peti kecemasan.

Dia kembali semula dengan peti kecemasannya. Nasib baiklah dia sudah tersimpan sedia ada di dalam keretanya. Kalau tidak, mungkin kaki Irdina bertambah parah.

Kaki Irdina sudah tersedia dibalut oleh Zariff. Kemas juga balutannya. Buat masa ini, kakinya tidak dapat digerak-gerakkan kerana sakit sangat. Dia cumah boleh duduk di situ dan menikmati pemandangan sahaja. Hancur rancangannya yang mahu joging. Itulah Dina. Menternak lemak kau tahu pulak. Joging, hmmm. Hampeh.

"Thank you sebab tolong saya." Ucap Irdina.

"Welcome. Nasib baiklah saya ada. Kalau tak, mungkin melarat kaki awak ni." Zariff membuat spekulasi.

"Uncle, kaki mama nanti tak ada apa-apa, kan?" Soal Aira. Risaunya pada mamanya kini bertambah dengan kejadian terseliuh kaki.

"Tak ada apa-apa. Cakap dengan mama, jangan banyak bergerak. Aira kena jadi pembantu mama. Aira kena dengar cakap mama. Kaki mama sakit." Nasihat Zariff.

"Okay, uncle. Aira janji takkan nakal lagi." Aira menunduk malu.

"Good girl. Nanti uncle belanja ais krim." Kata Zariff. Riak wajah Aira mula berubah bila sebut pasal ais krim.

"Jangan manjakan sangat Aira tu. Awak cakap macam tu, dua tiga hari nanti nakal jugak." Kata Irdina. Dia seakan-akan memperlekehkan anaknya.

"Apa pulak? Saya ikhlas nak belanja dia. Dina, memanglah nak bermanja tu ada tempatnya tapi janganlah sampai tak bertempat. Dia kanak-kanak lagi. Dia ada hak untuk bebas." Nasihat Zariff.

"I know but saya nak dia berdisiplin." Balas Irdina.

"Listen here, orang akan memilih kasih sayang daripada miliknya sendiri sebab kasih sayang tu boleh buat mereka bahagia. Cuba awak manjakan dia dengan kasih sayang." Sambung Zariff.

"I'll try my best." Kata Irdina.

~~~
Hari yang membosankan buat Irdina. Hanya duduk di bilik sahaja. Tidak boleh bergerak. Hanya Aira yang menemaninya.

Aira yang tidur di sebelahnya ditilik wajah anaknya itu. Dari hujung dahi hingga ke bawah dagu. Rupa parasnya tidak ubah seperti Nazran.

Tiba-tiba dia yeringatkan Nazran. Lelaki yang pernah muncul dalam hidup dia, lelaki yang bertakhta di hatinya dan lelaki yang sempat dia berikan kasih sayang terhadapnya. Jika difikirkan kembali, dia masih lagi isterinya dan Nazran tidak pernah menceraikannya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now