Bab 21

16.4K 528 10
                                    

Sudah genap sebulan Nazran dan Irdina mendirikan rumah tangga. Sudah sebulan juga mereka tinggal di banglo itu. Sekarang ini, layanan mereka hanya sekadar kawan walaupun mereka suami isteri. Tiada perubahan.

Hari ini, mereka berada di rumah agam Dato' Azhar dan Datin Najihah. Pada hari ini, mereka ingin membuat satu majlis untuk meraikan ulangtahun pekahwinan yang ke-30 tahun. Majlis ini diadakan di kediaman rumah agam mereka. Sungguh mereka setia dengan pasangannya.

Masih ada sehari lagi persiapan untuk majlis itu.Segala persiapan seperti khemah kanopi, catering, dekorasi dan sebagainya telah pun dirancang dan hanya mahu dilaksanakan sahaja.

Begitu juga dengan Irdina yang sibuk mengemas rumah kerana kehadiran orang tuanya. Cadangan mereka ialah bermalam di di hotel untuk pergi ke majlis itu tetapi ditegah oleh Irdina. Katanya bermalam sahaja di rumah mereka. Namun orang tua Irdina bersetuju dengan cadangan Irdina.

Dimulai dengan ruang tamu, dapur dan bilik tetamu dikemas oleh Irdina dengan bersungguh-sungguh. Sedang Irdina berkemas, Nazran jadi pemerhati. semakin rimas pula Nazran melihat Irdina bersungguh-sungguh mengemas.

"Kau ni, tak penat ke? Daripada tadi aku tengok kau tak boleh duduk diam. Ibu dan ayah sahaja yang datang. Bukan orang lain pun." Nazran bersuara.

"Sebab ibu datanglah saya kena kemas. Kalau tak, memang awak kena tadah telinga dan dengar bebelan dia dari dia tinggal sini sampai dia balik." Balas Irdina.

"Takkanlah sampai macam tu sekali."

"Yup, dia memang suka membebel. Sampaikan sakit telinga saya mendengarnya."

"Masa dia membebel, ada kau menjawab?"

"Kadang-kadanglah. Kalau saya geram sangat."

"Patutlah pandai menjawab."

"Haaa?"

"Tak ada apa-apa."

"Eleh, kutuk sayalah tu. Ingat saya tak dengar." Jawab Irdina. Dia kembali melakukan tugasnya yang tergendala disebabkan layan Nazran.

~~~
Ting tong!

Bunyi loceng bergema di dalam banglo itu sebanyak dua kali menandakan ada tetamu. Irdina segera menyarung kardigan dan tudung untuk melihat tetamunya.

Dia membuka pintu. Ya, Puan Iffah dan Encik Adam berada di hadapannya. Irdina terus memeluk ibunya sehinggakan Puan Iffah tidak boleh bernafas.

"Eh dahlah tu. Sesak nafas dah ni." Tercungap-cungap Puan Iffah berkata sambil menepuk-nepuk belakang Irdina tanda untuk berhenti.

Irdina meleraikan pelukannya. Dia tersengih. Macam kerang busuk pun ada.

"Ibu, ayah jemputlah masuk." Pelawa Irdina. Mereka menuju ke ruang tamu di banglo itu.

"Mana Nazran?" Soal Encik Adam.

"Dia ada dekat bilik. Kejap eh, Dina panggil." Irdina meminta diri untuk menuju ke biliknya.

Pintu dikuak. Kelihatan Nazran baru sahaja keluar dari bilik air. Nazran mengangkat keningnya.

"Ibu dan ayah dah sampai. Dia orang dekat bawah."

Mereka keluar dari bilik itu. Irdina menurun tangga. Tidak sampai kakinya memijak lantai, Nazran menarik tangannya. Nasib baik tak jatuh.

"Sekejap." Nazran memperkemaskan pegangan tangannya dan Irdina.

"So depan ibu ayah, panggil a-bang, okay sayang." Kata Nazran.

Irdina sudah membuat mahu nak muntah. Bukan disebabkan panggilan abang tetapi panggilan sayang. Geli bulu telinga mendengarnya!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now