Bab 57

15.4K 469 15
                                    

Sudah sebulan Nazran berulang berjumpa dengan anaknya, Aira di rumah pengasuhnya secara senyap. Sudah sebulan juga, dia melihat Irdina dari jauh. Itu sudah menjadi rutinnya untuk melihat dan memerhati keadaan mereka. Hubungannya dengan Aira semakin lama, semakin rapat. Senang betul mahu rapat dengan dia.

Jika Irdina oncall, Nazran akan meminta Nur untuk membawa Aira tinggal bersama dia tetapi secara senyap. Ragu-ragu juga Nur untuk memberi kebenaran tetapi apakan daya, kasih sayang ayah sama seperti kasih sayang ibu.

Hari ini, Nazran bercadang mahu mengambil Aira untuk berjumpa dengannya. Memandangkan pukul 2:00 petang, jadi dia mahu berjumpa sahaja. Dia tak mahu Irdina tahu mengenai ini.

Aira keluar dari pintu rumah Nur. Keterujaannya menggembirakan Nazran. Bersemangat keluar untuk bertemu dengan Nazran.

"Sayang, dah lama tak jumpa." Katanya seraya mencium ubun-ubun anaknya.

"Kenapa papa dah lama tak jumpa Aira. Aira rindu papa tau." Luah Aira.

"Papa ada banyak kerja. Sorry sayang."

"Papa." Panggil Aira.

"Ya sayang." Sahut Nazran. Dia mengusap kepala Aira.

"Betul ke, dulu papa kerja sampai tak boleh dapat cuti?" Tanya Aira dengan hairan.

"Kenapa Aira cakap macam tu?" Soal Nazran dengan pelik.

"Mama kata papa kerja jauh sampai papa tak dapat cuti untuk jumpa Aira. Betul ke?" Terang Aira.

"Ya. Papa kerja jauh sampai tak boleh cuti. Sekarang ni, papa dah berhenti kerja dekat situ. Papa kerja dekat tempat lain. Tempat kerja papa yang sekarang ni dekat dengan rumah Aira. So, senanglah papa nak jumpa Aira." Bohong Nazran.

I'm sorry sayang. Papa yang tinggalkan Aira atas kemarahan papa. Kalau papa buang ego papa, mungkin kita dapat bersama. Papa minta maaf. Rintih hatinya.

"Papa pindahlah rumah mama. Senang. Boleh jumpa Aira hari-hari." Cadang Aira.

Nazran hanya senyum. Kalaulah semudah itu, dia akan lakukan. Tetapi masa tidak memberi sedikit ruang untuk berfikir kembali semasa membuat keputusan dahulu. Kehidupannya hidup dalam kesan egonya sendiri.

Nazran terlihat sebuah kereta menuju ke rumah sebelahnya. Mungkin Irdina. Dia terus memeluk lalu mencium Aira.

"Papa ada kerja sayang. Papa pergi dulu. Dengar cakap mama." Pesan Nazran.

Nazran menuju ke arah keretanya. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah Aira. Aira membalas dengan melambai tangannya kembali.

Begitulah rutinnya. Jumpa anak kandung seperti jumpa anak angkat di pusat kebajikan. Dia kini menyesal dengan perbuatannya. Sampai sekarang rasa bersalah itu masih ada dan terus ada. Dia tidak dapat menutup kesalahannya.

~~~
Kesakitan konstraksi yang dialami oleh pesakit yang mahu beranak itu diperhati oleh Irdina. Dia melihat keadaan di mana si isteri menanggung kesakitan manakala si suami memujuk dan menenangkan si isteri supaya bersabar.

Dia bergelinang air mata. Jikalau itu yang dilalui bersama Nazran, pasti mereka bahagia. Jikalau Nazran berada di sampingnya ketika melahirkan Aira, pasti kehidupan Aira sempurna.

"Hey, kenapa menangis ni?" Zariff menerpa Irdina dari belakang. Melihat keadaan Irdina membuatkan dia risau.

"Tak ada apa-apa. Awak buat apa dekat sini?" Soal Irdina seraya mengesat air matanya yang berbaki di pipi.

"Saja. Jalan-jalan sambil tengok ragam manusia." Jawab Zariff. Tangannya diletakkan di dalam poket white coatnya.

"Saya pulak tengah tengok senario kehidupan."

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now