Bab 52

14K 426 28
                                    

Lima tahun kemudian...

Irdina meletakkan carta pesakit di kaunter jururawat wad Obstetrik & Ginekologi (O&G). Kini, dia sudahpun mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar obstetrik dan ginekologi. Berkat kesungguhannya dan kesabaran menjadi seorang ibu membuatkan dia terus sukses dengan kehidupannya.

Dia kini ketua di jabaran O&G. Tiada sesiapa yang dapat dipertikaikan lagi. Usahanya untuk menyelamatkan nyawa si ibu dan si anak membuatkan dia kuat menempuhi hidupnya.

Pelipisnya dipicit. Penat kerana seharian dia berlari ke sana ke sini menyelaesaikan masalah dan kecemasan yang bakal datang iaitu si ibu mahu melahirkan anak. Tambahan pula, rengek dan ragam orang awam yang perlu dilayani. Sabar jelah.

"Kalau ye pun penat, cuba duduk." Kata Zariff. Dia menghulurkan air tin berperisan ice lemon tea yang baru dibelinya tadi. Irdina akur lalu mengambil air tin itu. Mereka keluar dari wad itu.

"Penat ke?" Soal Zariff.

"Mestilah. Penat layan ragam manusia. Tak campur lagi dengan patient saya yang tiba-tiba collape atau sawan." Keluh Irdina.

"Lumrah sebagai seorang doktor. Doktor akan terus bekerja dan selamatkan nyawa orang tak kira apa pun jadi. Sebab kita dah berikrar."

"Itu apa yang saya cuba lakukan. Semakin dah naik pangkat ni, makin besar pulak tanggungjawab saya." Kata Irdina. Dia membuka air tin itu lalu minum.

"Me too, sejak dah jadi peadiatrician ni banyak tanggungjawab saya. Kecomelan dia orang tu buat saya mahu teruskan kerja saya." Kata Zariff.

"How about Aira?" Soal Zariff. Cakap pasal kanak-kanak, teringat pula pada Aira.

Nur Aira binti Nazran. Anak kepada Irdina yang kini berusia lima tahun. Aira menjadi kekuatan Irdina apabila Irdina jatuh. Aira punca Irdina bangkit. Aira menjadi rapat dengan Zariff. Aira menganggap Zariff seperti papa kandungnya sendiri.

Empat tahun lepas,

Irdina menggendong bayi seberat 3.5 kg. Bayi yang comel itu ditenung. Cantik dan comel. Irdina mencium dahi bayi itu. Terasa lembut kulit bayi itu.

Bayi itu diiqamatkan oleh Zariff memandangkan dia seorang sahaja lelaki di situ. Terasa merdu suara Zariff. Saat itu, air matanya mengalir mengingati Nazran, ayah kepada bayi itu.

"Such a cute baby." Kata Zariff.

"Diwarisi dari papa dia. Mata dia, hidung dia, bibir dia. Semua ikut papa dia." Ditenung wajah bayi itu. Rasa sebak mula hadir dihati.

"Tapi, mata dia ikut awak." Irdina tersengih.

"Thank you Zariff." Ucap Irdina secara tiba-tiba.

"It's okay. Ni untuk anak angkat saya jugak."

"Kalau awak tak ada, saya mungkin akan bleeding dekat rumah. Thanks again." Zariff senyum garis.

"Welcome. Eh, awak nak letak nama anak awak apa?" Timbul idea untuk berbual selain asyik mengucap terima kasih.

"Nur Aira." Nama itu keluar sendiri dari mulut Irdina. Teringat dia akan nama yang diberi oleh Nazran. Jika anak perempuan, dia memberi nama Aira. Jika anak lelaki, dia memberi nama Hazran.

"Binti?" Teringin juga Zariff tahu siapa lelaki yang bertuah itu. Sebenarnya, dia sudah lama suka tetapi melihat keadaan Irdina yang sedang mengandung, terdetik di hatinya yang Irdina itu masih lagi isteri orang yang sah.

"Nur Aira binti Nazran." Terketar-ketar suara Irdina memberitahu Zariff. Air matanya terus mengalir mengenang apa yang lelaki bernama Nazran itu lakukan terhadap dia. Sungguh dia nekad mahu melupakannya.

Mr. Doktor I love youOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz