Bab 38

11.1K 351 6
                                    

Jam tangan ditilik. Pukul 8:00 malam. Sudah malam dan perlu menghadap kesesakan di jalan raya.

Macam ni ke CEO bekerja? Susah bebenor rasanya. Aduh, habis berasap kepala otak aku.

"Faham, bos?" Tanya Fazira. Dia mahu mendapatkan kepastian dari apa yang diterangkan olehnya.

"Bolehlah jugak." Nazran hanya mengangguk.

"Can I ask you something?" Tanya Nazran. Fazira hanya mengangguk.

"Masa you belajar, you faham ke?" Nazran begitu hairan.

"Faham bos. Kenapa bos tanya?"

"I sebenarnya tak faham jugak. Tapi I buat-buat faham jelah."

"Habistu, yang saya terangkan faham ke tidak?" Haih dia ni. Tak faham jugak ke? Dah masuk tiga kali aku explain.

"Faham. Sikit. Entahlah. Ilmu perniagaan ni bukan minat I."

"Saya rasa apa yang bos belajar dulu lagi susah. Belajar dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bos tak penat ke?"

"Selera I. If I want it, I'll get it. Lagipun best apa study medik."

"Orang kata study medik ni tak ada life. Betul ke?"

"Hahahaha. Kalau kami ni mestilah ada life. Kalau tak, macam mana boleh hidup sekarang?" Gurau Nazran.

"Hahahaha. Okaylah bos, saya sambung kerja dulu." Fazira meminta diri. Dia keluar dari bilik itu.

Nazran hanya mampu termenung sahaja. Tak sampai seminggu kau kerja, kau dah rindu kerja lama. Nak kerja lama balik.

Huhu.

~~~
Irdina sudah menghidangkan masakan di atas meja makan. Mahu makan bersama dengan suaminya. Tidak sabar pula, mahu menyambut kepulangan suami.

Dia menilik jam. 8:15 malam. Dia hanya mampu menunggu. Cuba untuk husnuzon. Memang selalu balik lambat ke?

Sabar Dina. Cuba kau fikir positif. Alaa, kau tengok drama melayu. Hero semua balik malam. Biasalah tu. Sama macam laki kau jugak.

Dia terdengar pintu utama dikuak. Hah, Nazran lah tu. Dia lari terkedek-kedek menuju ke pintu. Mahu menyambut kepulangan suamilah katakan.

"Abang, kenapa balik lambat?" Tanya Irdina dengan bersuara manja.

"Jammed sayang." Jawab Nazran.

"How's your day? Okay tak dengan kerja baru?"

"Hmm, abang rasa jadi doktor lagi elok daripada CEO. Pening kepala abang." Luah Nazran.

"It's okay. Abang naik dulu. Mandi lepastu kita makan. Sayang masak favourite abang." Semangat betul Irdina mengajak Nazran. Yelah. Masak untuk suami, siapa yang tak happy?

Irdina mula membancuh air kordial oren. Selesai membancuh, dia membawa air dan cawan ke meja makan. Lalu dia menuang air itu.

15 minit kemudian, Nazran turun ke bawah. Tak sabar nak makan lettew. Dia duduk di meja makan. Nasi sudah dicedok. Lauk kegemarannya pula sudah terhidang di depan mata. Apa lagi? Doa. Makan. Nikmati.

"Okay tak?" Soal Irdina. Setiap kali masak, mesti ada soalan.

"As usual sayang. Rasa sedap. Abang tengah lapar. Memang kenalah time dia."

Saat itu, Irdina tersenyum. Rasa terubat rindunya pagi tadi. Tiada Nazran membuatkan hari-harinya menjadi gelap. Macam manalah kalau Nazran tiada nanti? Hmmm.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now