Bab 39

11.2K 351 4
                                    

Sudah tiga bulan Nazran memegang jawatan sebagai ketua pengarah eksekutif di Megah Holdings. Selama tiga bulan juga, dia bertungkus lumus mempelajari dalam ilmu perniagaan. Stres tu memang ada.

Walaupun dia bengang kerana selalu lupa pasal ilmu bisnes tetapi dia tidak mudah putus asa untuk mengingati ilmu yang dipelajari.

Irdina menjadi tulang belakang Nazran. Kala Nazran jatuh, Irdina datang membawa semangat untuknya. Dia juga bersyukur yang Irdina menjadi isterinya. Dia isteri, sahabat, pendengar setia, tulang belakang, pengarang hati dan lebih dari itu. Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik perancang.

Dia juga mempunyai kakak yang sanggup datang ke rumahnya tengah malam semata-mata untuk mengajar tentang bisnes. Tengah berbadan dua lagi.

~~~
Waktu sudah melonjak pukul 3:00 petang. Dia meregangkan badannya kerana duduk lama. Melihat carta pesakit itu membuatkan dia mengantuk. Ah sudah! Semalam oncall. Jadi, dia terpaksa mengorbankan masa tidurnya pagi tadi untuk mengulangkaji tentang penyakit yang selalu dialami oleh wanita.

Dia mula melangkah untuk keluar dari bilik kerjanya. Dia mahu mengambil angin untuk menghilangkan stres. Kerja seorang doktor memang memenatkan kerana ia akan belajar. Walaupun selepas memegang ijazah tetap akan belajar dan terus belajar mengenai manusia.

Melihat pemandangan yang sangat indah di taman itu membuatkan dia tenang. Dia juga mahu relaks dan tenang. Kepalanya sudah berat.

Baaa!!!

Datang seseorang menyergahnya dari belakang. Itu membuatkan dia terkejut. Pantas dia mengurut dadanya. Tersedu-sedan dia menahan rasa terkejut.

Nazran.

"What are you doing here?" Satu baris ayat keluar dari mulut Irdina.

"Saja." Jawab Nazran selamba.

"Saja? Mana boleh saja-saja. Abang ponteng kerja ke?"

"Sayang ni. Ada ke macam tu? Even abang ni bos tapi abang tak adalah sampai macam tu. Abang seorang pekerja dengan baik. Sayang je tak tau." Ujarnya dengan bangga dan mengharapkan pujian dari isterinya.

"Yelah tu. Cakaplah betul-betul, abang buat apa dekat sini?"

"Abang jumpa Iskandar tadi. Lepastu abang nak balik. Abang nampak sayang dekat taman sorang-sorang. So, abang pergilah sini." Terang Nazran.

"Sayang buat apa dekat sini?" Nazran menyoal.

"Sayang stres so sayang nak ambil angin dekat sini."

"You know how much I miss you, sayang?" Tiba-tiba Nazran mengungkapkan kata-kata begitu.

"Kita duduk serumah, kan? Abang duduk dekat rumah jiran ke sampai rindu Dina?" Gurau Irdina.

"Ish sayang ni, sayang ni tak fahamlah maksud abang." Rungut Nazran.

"Sayang fahamlah. Sayang pun rindu abang. Tiga bulan abang tak ada, sendu hospital ni." Luah Irdina.

"Hah, tu maksudnya 'betapa pentingnya' abang dekat hospital ni. Tengok, bukan sayang je yang rindu dekat abang, satu hospital rindu abang." Bangga betul budak si Nazran ni. Cili kang.

"Tolong jangan perasan boleh tak? Semenjak abang tukar kerja ni, selalu perasan kan? Ish!" Rungut Irdina pula.

"Yelah. Abang janji dah tak perasan lagi." Dia menilik jam di tangan 3:15 petang. Hah! Nak balik ofis.

"Sayang, abang balik ofis dulu eh? Dah pukul 3:15 ni." Kata Nazran. Irdina mengangguk.

"Sayang pun nak naik wad."

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now