Bab 25

15.1K 469 3
                                    

Sudah seminggu hubungan Irdina dan Nazran pulih. Sudah seminggu jugak hubungan mereka semakin rapat. Semenjak dari hari itu, Nazran tidak gatal lagi. Bagus rancangan Irdina.

Hari ini, hari yang ditunggu-tunggu oleh Irdina kerana kawannya, Hani mahu bertandang di rumahnya bersama Iskandar. Memang beriya-riya Irdina masak.

Nazran yang melihat Irdina dengan apron pinknya sedang fokus mengacau masakan di dalam kuali itu berasa kesian dengannya. Struggle sangat nampaknya. Jadi, dengan kehadiran Nazran, dia menawarkan diri untuk menolong Irdina di dapur. Nazran menuju ke arah Irdina.

"Nak aku tolong?" Soal Nazran. Tangannya mengambil tisu gulung dan mengkoyakkannya. Dia mengelap muka Irdina yang membasahi peluh itu.

Irdina terpaku. Dia bagaikan patung yang tidak boleh bergerak. Haih, Nazran. Kenapa awak sweet sangat?

"Dah puas tengok muka aku? Tu, nanti masakan tu hangit. Kau nak kawan kau nanti kutuk masakan kau tak sedap?" Sindir Nazran. Pedas.

"Eleh. Macam tak ikhlas je awak lapkan peluh saya. Sepatutnya, awak cakaplah, penat ke masak ni? Nak saya masakkan? Awak penat ni, awak rehat dulu. Saya yang masakkan. Ada awak cakap macam tu? Lagi sindir saya adalah." Kata Irdina sambil mengacau masakannya.

Nazran mencapai mangkuk yang sederhana di kabinet bahagian bawah. Irdina pula berasa hairan dengan Nazran.

"Alololololo....... kesiannya dia. Meh sini, biar abang buat yee." Nazran mengambil sudip di tangan Irdina. Dia mengaut masakan di dalam kuali dan meletakkan di dalam mangkuk yang diambil tadi.

'Abang'? Sedap pulak dengar suara dia bahasakan diri dia abang. Hmmmmmm, abang.

"Awak bahasakan diri awak apa tadi? Saya kurang jelaslah." Uji Irdina.

"Aku bahasakan diri aku akulah. Kenapa?" Alah Nazran! Kenapa mulut ni ringan sangat nak cakap benda tu!

"Yeke? Saya dengar abang."

"Abang? Aku bahasakan diri aku akulah."

"Tapi saya dengar abang."

"Ya Allah, Dina! Aku bahasakan diri aku akulah." Nafi Nazran.

Sebenarnya, hasrat Nazran untuk menukar panggilan 'aku' kepada 'abang'. Nampaklah sopan sikit. Lagipun, dia suka Irdina memanggilnya abang.

Ting tong!

Bunyi loceng kedengaran menandakan Hani dan Iskandar sudah sampai. Nazran segera ke meja makan untuk menghidangkan lauk. Irdina pula hanya mengikuti ke mana Nazran pergi.

"Okay, saya nak pergi atas dulu. Nak pakai tudung ehh, abang." Usik Irdina. Dia bergegas naik tangga. Nazran bagaikan terpukau dengan panggilan abang tadi. Fuhhh. Selepas itu, dia terus ke pintu utama untuk menyambut tetamu masuk.

Pintu dikuak. Dia melihat figura dipintu utama. Kelihatan Iskandar dan Hani. Mereka ceria sahaja. Macam ada sesuatu je.

"Assalamualaikum, sahabat." Iskandar memberi salam. Loghat yang digunakan seperti pak arab yang mahu memberi salam.

"Waalaikumussalam. Aku ingatkan pak arab mana tadi." Sindir Nazran.

"Eh kau ni, lupa kawan ke apa? Akulah Iskandar." Balas Iskandar. Hani hanya tersengih. Melihat mereka yang memang masuk air. Tetapi, kalau di hospital jangan harap nak tengok muka mereka senyum sambil membuat kerja. Serius sungguh!

"Jomlah masuk." Pelawa Nazran.

Mereka membuka kasut lalu masuk ke dalam rumah banglo itu. Mereka menuju ke ruang tamu. Nazran mengambil tempat duduk di sebelah Iskandar manakala Hani mengambil tempat duduk di hadapan mereka.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now