Bab 60

16.5K 419 5
                                    

Puan Iffah berjalan sambil melihat wajah anaknya dibingkai gambar yang tergantung di dinding. Gambar ketika Irdina konvokesyen di USM. Gambar di mana dia berjaya menamatkan pelajaran dan sekarang dia menjadi pakar O&G. Dia bangga akan pencapaian Irdina.

Dia kembali ke tempat duduk di mana Encik Adam, Izhar, Isya dan Maya duduk di ruang tamu. Semuanya diam seketika.

Dulang yang ditatang oleh Irdina dibawa dengan penuh cermat. Dia meletakkan di meja dna menuang sebelum diagihkan kepada tetamu-tetamunya. Terasa kekok padahal yang datang itu ialah keluarga kandungnya sendiri. Selepas dari peristiwa itu, Irdina lost contact dengan keluarganya.

"Kami datang ni, nak bincang pasal keluarga kita." Kata Puan Iffah. Dia menyatakan hasratnya untuk datang ke rumah Irdina.

"Saya ahli keluarga makcik?" Soal Irdina. Walaupun sakarstik, tetapi mereka semua menahan rasa.

"Dina, tolong dengar apa dia orang nak cakap." Tegur Nazran. Irdina diam.

"Aku minta maaf Dina. Ini semua salah aku. Sebab aku dendam dengan kau, hidup kau dah jadi macam ni." Kata Maya. Dia mahu mengaku akan silapnya. Rasa bersalah menjelma di mindanya.

"Kau kan dah cakap pasal gambar tu." Kata Irdina. Pelik pula bunyinya.

"Bukan sebab aku nakkan Nazran, aku buat semua tu. Bukan sebab tu?"

"Habistu sebab apa?"

"Aku kakak tiri kau." Kata Maya.

Irdina tersentak. Dia tidak percaya. Apakah yang terjadi? Kakak tiri? Hah? Apa ni?

"Kita sebenarnya adik beradik. Kalau kau nak tahu, mummy aku pernah berkahwin dengan ayah. Hasil dari perkahwinan tu, aku dilahirkan. Aku dengan mummy aku ditinggalkan oleh ayah masa aku umur tiga tahun." Kata Maya.

"Apa semua ni?" Soal Irdina yang lagi menambahkan kehairanan dibenak fikirannya. Sakit kepala memikirkannya.

"Maafkan ayah. Atas kekhilafan ayah, Dina yang tanggung semua benda ni. Ayah pernah berpoligami. Tapi ayah dah ceraikan Melissa, ibu tiri kamu. Ayah ceraikan atas arahan keluarga ibu tiri kamu." Kata Encik Adam.

Ketika itu, Encik Adam pernah berpisah dengan Puan Iffah yang baru sahaja lepas melahirkan Izhar selama tiga tahun. Encik Adam pergi ke kota London demi mencari rezekinya. Dia menggunakan bakat yang dia ada untuk menarik perhatian orang untuk memberikan projek kepadanya. Sehinggalah dia berjumpa dengan Puan Melissa, ibu kepada Maya. Dia bercinta dan tidak lama selepas itu mereka berkahwin secara senyap. Mereka berkahwin dan tidak sampai tiga bulan, Puan Melissa hamil. Sampailah Maya berumur tiga tahun, Encik Adam mengambil keputusan untuk menceraikan Puan Melissa atas kehendak ibu mertuanya. Perkahwinan yang tidak direstui menyebabkan perkahwinan itu tidak lama.

Setelah tiga tahun, Encik Adam mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Puan Iffah. Dia pulang ke Malaysia dengan perasaaan yang bersalah.

"Dari umur aku tiga tahun, aku dah start simpan dendam dekat keluarga kau sebab aku tengok ayah tinggalkan mummy aku macam tu je. Rupanya, itu rancangan nenek aku untuk pisahkan ayah dengan mummy aku."

"Dari situ aku dendam dengan kau. Ya, memang aku cintakan Nazran tapi aku dah lupakan dia. Tapi, bila kau yang kahwin dengan dia, rasa dendam aku dekat kau lagi bertambah. Lagi buat aku rasa nak balas dendam dekat kau." Sambung Maya.

Irdina ternganga. Dia terkejut dengan semua cerita itu. Dia tidak percaya akan cerita itu. Sungguh, hidupnya rasa tertipu dengan semua ini.

"Kenapa kau berdendam dengan aku?" Soal Irdina.

"Sebab aku tengok kau dengan keluarga kau boleh tersenyum sedangkan aku ni menderita tengok keluarga kau tersenyum. Aku jadi simpan dendam dekat kau. I'm sorry." Jawab Maya. Dia menundukkan kepalanya kerana malu dengan perbuatannya.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now