Bab 43

10.4K 346 10
                                    

Hari kedua di kampung buat hubungan mereka lagi rapat selepas bekerja di pekan. Kampung Irdina boleh dikatakan moden tetapi tenang sahaja. Jika dinikmati dengan hati, pasti jiwa akan tenang.

Mereka semua duduk di pangkin yang tidak sampai tiga meter dari rumah Encik Adam. Duduk di situ juga nyaman sahaja. Udara yang dihidu pun kurang asap berbanding di bandar. Kampung semestinya tempat yang menarik untuk menenangkan jiwa selain pulau.

Mereka mengambil angin petang sambil menikmati buah mangga sambil mencicah kuah rojak. Kuah rojak ini dibeli oleh Izhar memandangkan dia mengidam mangga muda.

Nazran yang baru pertama kali merasa mangga muda itu rasa kagum dengan orang lain. Boleh makan sebegitu biarpun rasa masam. Tetapi tidak bagi Nazran. Mukanya berubah apabila makan makanan yang masam.

"Abang nak lagi?" Tanya Irdina. Sengaja mahu sakat padahal sudah tahu yang suaminya tidak gemar makan makanan yang masam.

"Tak nak." Jawab Nazran. Dia hanya menjeling. Kurang asam punya isteri. Dahlah masam. Dia bagi aku macam tu je.

"Kamu tak pandai makan ni ke Naz?" Soal Puan Iffah.

"Abang tak pandai makan pun. Dia tak suka benda masam. Mangga yang dah masak tu dia makan lah. Tapi kalau yang muda, hmm. Pandang jelah." Irdina pula yang mengambil alih untuk menjawab. Dia merangkul bahu Nazran.

"Tak biasa ibu." Jawab Nazran seraya senyum ke arah mak mertuanya.

"Amboi Iz, macam gaya orang mengandung je ibu tengok kamu makan mangga. Tak masam ke?" Tegur Puan Iffah.

"Hehehe, dah lama Iz nak makan. Dekat sana mana ada mangga macam ni. Semuanya jual yang dah masak." Jawab Izhar. Dia sambung makan kembali.

Encik Adam menuju ke arah pangkin itu dengan membawa sebesen buah rambutan. Musim buah lah katakan. Rambutan yang dibawanya merah tanda sudah masak.

"Hah, kalau kamu tak makan benda tu Naz, makan rambutan ni." Arah Encik Adam. Dia meletakkan besen itu di atas pangkin.

"Mana dapat ni ayah?" Tanya Isya.

"Orang jiran sebelah bagi tadi." Jawab Encik Adam. Baik sungguh jiran sebelah bagi. Satu besen pula tu.

Nazran mengambil sebiji rambutan. Dia membuka kulit tersebut lalu mengambil buahnya di dalam. Dia terus mengunyah buah itu dengan rasa yang manis dan masam. Rasanya bergabung sehinggakan dia terlupa yang semua orang memerhati dia.

"Nikmati sangat kau ni Naz." Semua orang gelak apabila Izhar berkata begitu. Lamunan Nazran terhenti. Terus dia tersengih.

"Abang Naz tak pernah makan buah yang local ke?" Tanya Isya.

"Jarang. Selalunya abang makan yang import je." Jawab Nazran.

"Buah import tu banyak lilin. Buah tempatan ni petik je terus segar. Kamu biasakan diri makan buah tempatan." Nasihat Puan Iffah. Nazran hanya mengangguk.

~~~
Malam-malam ni Isya berasa haus pulak. Jadi, dia mahu membuat air. Suis lampu di dapur dinyalakan.

Dia mengambil cawan lalu membancuh air teh. Kalau dia tak boleh tidur, mood belajarnya menguasai dirinya. Untuk mengelakkan dia mengantuk, dia akan buat air panas.

Sedang dia membancuh air, dia terlihat sesuatu di tingkapnya. Matanya kini fokus memerhati sesuatu. Seorang manusia yang menyorok di belakang pokok memerhati dia.

Perasaan takut menguasai diri. Jika dia terjah, takut bahaya pada dirinya. Jika dia biarkan, takut terkesan pada keluarganya. Dia mengambil keputusan untuk tidak terjah kepada orang itu kerana dia seorang perempuan.

Matanya kian fokus ke arah manusia itu sambil mengacau minuman untuk melarutkan gula. Tiba-tiba, tangan seseorang menyentuh bahunya.

"Arghhh!" Jerit Isya. Dia terkejut dengan orang yang memegang bahunya itu Irdina. Irdina yang membuat dia terkejut.

"Apa kak Dina ni? Terkejut tahu tak?!" Marah Isya.

"Yang kau tenung sampai nak tembus tingkap tu kenapa?" Soal Irdina.

"Isya rasa ada orang intip kita lah." Luahnya.

"Yelah tu. Perasaan kau je kot." Irdina tak percaya. Siapa sahaja yang mahu intip malam-malam macam ni?

"Cuba kak Dina perhatikan betul-betul." Isya menuding jari ke arah manusia di luar rumahnya.

Irdina cuba melihat seseorang itu. Matanya fokus mencari figura yang tidak dikenalinya. "Tak ada pun." Jawab Irdina.

Isya mengeluh.

"Dahlah. Isya nak masuk bilik." Isya meminta diri untuk masuk ke dalam. Irdina mula melakukan apa yang ditujui di dapur. Tekaknya haus.

~~~
Nazran baru sahaja keluar dari tandas setelah membuang hajatnya. Dia melihat di katilnya. Irdina tiada. Mungkin di dapur untuk minum air.

Dia terus ke katil. Tetapi, langkahnya terhenti apabila dia melihat seseorang itu memerhati di tingkap bilik itu. Dia terus perhati dengan manusia itu.

Wajahanya cuba dicam. Tetapi lelaki itu memakai topeng. Berkulit gelap dan tinggi 189 cm. Itu adalah anggaran Nazran. Dia cuba untuk menyimpan memori itu.

Pintu dikuak tidak dihiraukan. Irdina terus ke arah Nazran setelah melihat Nazran asyik berdiri melihat sesuatu.

"Abang. Pandang apa tu?" Tegur Irdina. Nazran terus menoleh ke arah Irdina.

"Tu haa. Abang pandang someone..." apabila dipandang kembali, terus manusia itu hilang. Sekelip mata.

"Mana pergi dia tu?" Nazran menyoal diri sendiri.

"Imaginasi abang je kot. Mana ada sesiapa pun." Kata Irdina setelah menoleh ke arah tingkap.

"Jomlah tidur. Esok nak balik dah." Ajak Irdina. Nazran akur lalu dia terus baring. Lampu bilik dimatikan.

Siapa lelaki itu? Apa yang dia buat? Kenapa perlu intip rumah ni? Apa motif dia?

~~~
Maya terus tergelak apabila meminum air minuman yang haram. Muzik serta lampu neon itu menghiasi keadaan di kelab malam. Dia minum untuk menghiburkan dirinya.

Semua orang begitu rancak menari. Ada yang menari seorang, ada yang menari berpasangan. Dan juga ada yang menari ketika mabuk. Muzik yang kuat itu membuatkan mereka terhibur.

Melihat keadaan itu sahaja membuatkan Maya tak nak menari. Dia sungguh kesal dengan lelaki. Lelaki banyak menghancurkan hatinya.

Dia hanya bermain telefon sambil meneguk bir yang sudah dipesan. John di sebelahnya melayan seorang perempuan yang merangkap pelayan di kelab malam itu.

"John, kau dah buat ke apa yang aku suruh?" Tanya Maya.

"Dah. Budak aku yang intip. Kejap lagi dapatlah apa yang kau nak." Balas John.

"Bagus John. Lepas ni, kita ada plan. Plan menghancurkan masa depan Irdina. Perempuan yang buat aku sengsara dari dulu lagi." Kata Maya.

"Kau nak buat dia sampai bercerai ke apa?" John melepaskan pelayan itu. Kata-kata Maya menarik perhatian dia.

"Kalau boleh, seluruh keluarga Irdina. Aku tak nak tengok keturunan dia ada dekat bumi ni." Kata Maya. Senyuman jahatnya tidak lekang dibibirnya.

"Apa salah dia sampai kau nak buat macam tu?" John bertanya.

"Secret. Kau tak boleh tahu. Hanya aku je yang tahu. Kerja kau sekarang ni, hanya dengar dan bertindak atas arahan aku." Kata Maya.

John tersenyum sinis. Tidak kisahlah dia tak dapat tahu sekalipun, janji hidupnya dibanjiri dengan duit. Duit sahajalah harta yang perlu dicari. Dan duit sahaja yang mampu beri kebahagiaan pada dirinya. Itu anggapan dia.

Bosan-bosan ni, sis sambung balik. Btw, sis nak exam next week. Doakan result sis straight A+! Semoga dengan A+ itu dapat sis curahkan sikit ilmu dalam cerita ni. Sambil membaca sambil dapat ilmu. Vote dah cecah 1K! Thank you!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now