Bab 50

13.1K 348 5
                                    

Pintu rumah itu dibuka oleh Hani. Irdina hanya setia menunggu Hani membukanya. Beg bagasi sentiasa menjadi peneman di sebelahnya.

Apabila pintu dibuka, mereka masuk ke dalam. Irdina terus menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk itu. Beg tangannya diambil lalu dicapai i phonenya. Nama Nazran sentiasa menduduki carta pertama di call log. Nombor Nazran didail kembali.

"The number you have..." Irdina mematikan panggilan itu. Hanya suara operator sahaja. Dia mengeluh.

"Sudah-sudahlah tu call dia." Hani muncul dengan membawa dua cawan yang berisi air. Air itu dihidangkan untuk Irdina.

"Habistu, takkan aku nak biarkan benda ni macam tu je?" Suara Irdina bertukar marah.

"Dina, orang dah tak nak dekat kita, buat apa kita nak beriya sangat?" Nasihat Hani.

"Sebab aku cintakan dia. Aku sayang dia dan aku tak boleh hilang dia." Air mata Irdina mengalir di pipi. Cepat-cepat Hani menyeka air mata Irdina.

Hani mula merangkul bahu Irdina. Dipeluknya dengan erat. Irdina pula menyambut pelukannya dengan erat.

"Aku tahu, kau cuba untuk pertahankan rumah tangga kau dan aku tahu kau tak salah, kau tak buat semua benda tu. InsyaAllah, kalau kau tak buat, Allah akan tunjuk sebab Allah tu maha adil." Hani mengusap belakang Irdina.

"InsyaAllah." Ucap Irdina.

Mereka berpelukan sekali lagi. Habis bengkak mata Irdina disebabkan dia menangis seharian.

"Thank you so much Hani. Kau banyak tolong aku. Aku bersyukur dapat kawan macam kau. Thank you." Ucap Irdina. Hani sudah sebak.

"Kau janganlah cakap macam tu. Kau kawan aku. Susah senang, aku kena ada dengan kau. Itukan janji kita." Kata Hani.

Mereka senyum segaris tetapi masih merasakan sebak didada. Hanya insan yang bernama Hani sahaja di samping Irdina sekarang ini.

~~~
Lampu tidur di menerangi bilik tetamu di rumah Hani. Hanya kipas sahaja yang berpusing tetapi tidak dapat menyedarkan Irdina daripada termenung memikirkan masalah.

Masalah dengan petang tadi membuatkan dia runsing sehinggalah dia tidak dapat tidur malam. Dari manakah gambar-gambar dia dapat? Takkan aku buat macam tu. Aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki pun.

Irdina memeluk tubuhnya. Dia kini merindukan suaminya. Difikirannya cumalah Nazran. Dia makan apa, siapa masakkan dia?

Pintu bilik itu kedengaran dikuak. Siapa lagi kalau bukan Hani yang nak masuk. Hani melangkah ke katil lalu duduk dihadapan Irdina.

"Kau nangis lagi?" Soal Hani.

"Kau rasa?"

"Dahlah tu. Bukannya elok pun kalau asyik menangis je. Kandungan kau tu pun kena jaga. Kesian dekat dia." Irdina memegang perutnya. Baru dia sedar yang ada satu benih yang bernyawa di dalam rahimnya.

"Apa plan kau lepas ni?" Soal Hani.

"Aku rasa aku nak balik kampung. Nak bagitahu ibu aku yang aku pregnant."

"Okay jugak tu. At least, dia orang tahu, senang nanti." Irdina hanya mengangguk.

"Kau nak aku drive ke?" Hani seolah-olah mahu 'offer' dirinya. Lagipun dia kesian dengan Irdina.

"Tak payahlah susahkan diri kau. Lagipun, suami kau balik esok, kan? Nanti kau pergi, dia yang tercari-cari kau. Kau dah banyak berkorban untuk aku. Aki tak nak susahkan kau dah."

"Okay, tapi kau kena janji dengan aku yang kau kena jaga kandungan kau ni. Jangan buat perkara bodoh. Aku sayang anak angkat aku ni. Jangan kau apa-apakan dia."

"Anak aku kot, takkan aku nak buat perkara-perkara macam tu. Aku akan jaga dia macam aku jaga nyawa aku sendiri. Aku yang akan melindungi dia. Aku yang akan menjaga dia." Kata-kata itu buat Hani terasa sebak. Irdina pula rasa mahu nangis.

~~~
Halaman di rumah Puan Iffah dan Encik Adam seperti sediakala. Rumah yang dikelilingi padi menghijau. Sungguh nyaman rasanya.

Dia memakirkan keretanya dihalaman rumah. Selepas itu, dia keluar dari perut kereta. Udara segar dihirupnya.

Salam dilaung sebanyak tiga kali. Akhirnya, Puan Iffah yang menjawab salam.

"Seorang je ke, Naz?" Tanya Puan Iffah.

"Sorang je ibu."

"Dina tak ada ke?"

"Tak ada." Nazran senyum segaris. Puan Iffah sedikit hampa. Ingatkan Nazran datang dengan isterinya. Tetapi dia datang seorang diri. Dia menjadi pelik dengan perangai menantunya.

"Jomlah masuk. Ibu buatkan air." Pelawa Puan Iffah. Nazran terus masuk. Langkahnya menuju ke ruang tamu.

Dia duduk di sofa lalu melihat sekeliling rumah itu. Sebelum ini, dia masuk sahaja ke rumah itu, dia tidak rasa apa-apa. Sekarang, keadaan jadi lain. Dia seperti orang asing dan bukan menantu dan sebahagian daripada keluarga ini.

Lamunannya terhenti apabila kedengaran laungan salam. Dengar suara sudah cukup menggambarkan bahawa suara itu kepunyaan Irdina.

Irdina melangkah masuk. Semasa membuka kasut, dia perasan kasut itu milik Nazran. Keretanya pun terpakir di luar. Apa yang dia buat dekat sini?

Cepat-cepat langkahnya masuk ke dalam. Dia mencari kelibat Nazran. Di ruang tamu. Dia terus duduk di hadapan Nazran. Percaturan kehidupannya bakal bermula.

"What are you doing here?" Soal Irdina. Dia berlagak biasa.

"Rumah mak mertua aku. So, aku ada hak untuk datang." Jawab Nazran. Sinis.

"Listen here, kalau awak nak buat masalah dalam family saya, better awak tarik diri dulu." Ugut Irdina.

"Aku akan selesaikan masalah kau hari ni jugak. Tak kisahlah kau nak ugut aku macam mana sekalipun, aku akan selesaikan." Kata Nazran sinis.

"Eh, Dina. Kenapa balik tak bagitahu ibu? Kau orang ni, nak buat suprise ke?" Gurau Puan Iffah.

"Ayah ada ke bu?" Soal Nazran. Persoalan itu buat Irdina gementar.

"Dia pergi surau tadi. Kejap lagi baliklah tu." Kata Puan Iffah seraya menuangkan kopi o di dalam cawan.

"Assalamualaikum." Salam itu dijawab oleh penghuni rumah. Encik Adam terus duduk di sofa.

"Kau orang balik, asing-asing ke?" Irdina mengangguk.

"Kau orang ada masalah ke?" Encik Adam cuma membuat spekulasi. Tengok sahaja keadaan mereka yang seorang di timur, seorang di barat sudah dapat memberi makna yang cukup.

"Ada." Lantang suara Nazran. Irdina memandang Nazran.

"Sebelum tu, Naz minta maaf kalau apa yang Naz cakap ni lukakan mana-mana hati. Naz nak selesaikan masalah ni hari ni jugak sebelum masalah ni jadi besar." Jelas Nazran.

"Kamu nak cakap apa? Apa ni? Cuba kamu cakap terus terang." Kata Puan Iffah. Hatinya tidak puas apabila Nazran berkata begitu.

Nazran terus keluarkan gambar-gambar dari poketnya. Dia melemparkan di atas meja. Matanya membuang pandangan ke arah lain. Dia sakit mata melihat gambar-gambar seperti itu.

Encik Adam dan Puan Iffah saling berpandangan. Terbeliak mata mereka melihat gambar-gambar yang tidak senonoh itu. Terus Encik Adam mengurut dadanya yang kian sakit akibat terkejut.

"Apa yang kamu buat ni, Dina?" Soal Encik Adam sambil mengurut dadanya. Irdina terus pergi ke Encik Adam. Dia melutut.

"Ayah, tolong jangan percaya. Ni semua fitnah. Tolong percaya apa yang Dina cakap ni. Dina tak pernah buat semua ni." Nafi Irdina.

Encik Adam terus mengurut dadanya yang sakit. Dia tidak tahan lagi dengan sakit dada yang dia alami itu. Dia terus sandar di sofa. Penglihatannya kabur. Matanya terpejam.

"Abang!" Jerit Puan Iffah.

Nazran ke arah bapa mertuanya. Dia memeriksa nadi Encik Adam di lehernya. Dia memeriksa pernafasan Encik Adam.

"Dina, call ambulans sekarang!" Jerit Nazran meminta pertolongan.

Irdina terus mencapai i phonenya di dalam beg. Terus dia dail nombor kecemasan. Dihatinya berdoa agar ayahnya selamat.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now