Bab 28

13K 436 3
                                    

Sakit kepala Irdina sudah pun berkurangan. Irdina membuka matanya. Terasa lega sedikit. Irdina melihat sekelilingnya. Terdapat tangan yang melingkari pinggangnya. Rupa-rupanya Nazran. Dia dapat mendengar dengkuran halus daripada Nazran. Mesti penat sangat.

Irdina mengejutkan Nazran. Sudah pukul 7:00 malam. Mahu membuat persiapan untuk solat maghrib.

"Abang.... abang...." kejut Irdina.

Nazran membuka matanya. Benda pertama yang dia lihat ialah Irdina. Dia tersenyum sendiri.

"Sayang, dah hilang sakit kepala?" Soal Nazran yang prihatin terhadap isterinya.

"Dah lega. Alhamdulillah. Abang mandi dulu. Dah nak maghrib ni." Kata Irdina.

Nazran mengangguk. Dia bangun dari pembaringannya. Dibukanya bagasi milik dia untuk mengambil tuala lalu pergi ke bilik air.

~~~
Usai sahaja solat Maghrib, Irdina terus menyiapkan dirinya dan suaminya. Selepas itu, Irdina ke dapur untuk menolong apa yang patut.

Irdina mengambil tray untuk mengisi lauk-pauk. Kerja itu dilakukan oleh Irdina dan Isya. Usai sahaja, mengisi. Isya membawa keluar tray itu untuk disusun di buffet.

Sebaik sahaja sudah susun, Isya kembali ke dalam untuk meminta sesuatu.

"Kak Dina, senduk untuk seduk lauk mana?" Soal Isya.

"Bukan kau dah ambil ke?"

"Mana Isya ambil. Pergi carilah." Arah Isya.

Irdina segera pergi mencari senduk itu di kabinet bawah.

"Sayang cari apa?" Soal Nazran. Dia melihat Irdina begitu fokus mencari sesuatu.

"Cari senduk. Abang tolong boleh tak?" Soal Irdina.

Nazran mengangguk lalu mencari di mana senduk. Nazran mencari di kabinet atas manakala Irdina mencari di kabinet bawah. Puas mereka cari, tiba-tiba kedengaran suara.

"Kau orang cari apa?" Soal Puan Iffah.

"Cari senduk. Ibu letak dekat mana?" Soal Irdina.

"Ibu letak dekat atas meja tu. Haih kau orang ni." Kata Puan Iffah.

Irdina mengeluh. Puas mereka mencari, rupanya sudah ada di depan mata. Isya dari tadi tak habis gelak.

"Kau dah nampak kenapa tak bagitahu?!" Marah Irdina.

"Saja. Anyway, sweet lah kau orang ni." Puji Isya.

Rahang Irdina bergerak kerana menhan geram. Haih, buat penat aku je. Baru je mandi dah mandi balik. Mandi peluh.

Irdina pusing menghadap Nazran. Nazran mengambil tisu lalu mengelap muka Irdina yang peluh membasahi. Perlahan-lahan Nazran mengusap mukanya. Kemudian, dia membetulkan tudung Irdina yang senget akibat daripada perkara tadi.

"Kan cantik isteri abang ni. Muka tu tak payah masam mencuka sangat." Pujuk Nazran.

Irdina mula senyum. Senyuman yang paling ikhlas diberikan untuk suaminya. Nazran membalas dengan senyuman yang palin ikhlas.

Izhar menuju ke dapur. Niatnya mahu tengok apa lagi yang tidak siap. Dia melihat dua figura yang sedang berkasih sayang di dapurnya.

"Dina, kalau kau nak berkasih sayang pun dekat biliklah." Usik Izhar. Terus seornag ke singki, seorang ke meja makan.

"Mana ada. Abang ni, suka kacau Dina." Nafi Irdina. Nazran gelak sahaja dengan penafian daripada Irdina.

Izhar terus keluar dari dapur. Malas mahu gaduh. Terus sahaja mahu melayan tetamu.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now