Bab 34

12.1K 374 8
                                    

Nazran berjalan ke arah bahagian biskut.  Setiap malam, perutnya selalu berbunyi minta untuk diisi. Dikesempatan ini, dia mahu memilih jenis biskut yang dia mahukan.

Rak itu sangat tinggi. Nazran terpaksa mendongak ke atas. Dia mengundur ke belakang untuk melihat jenama biskut. Kebelakang, kebelakang dqn kebelakang. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang wanita.

"Sorry, miss. My bad." Ucapnya. Namun gadis itu menunduk saja.

Apabila gadis itu menunjuk wajahnya, Nazran bagaikan tidak percaya. Patutlah gadis ini terserempak dengan Nazran buat kali ketiga?

"Maya." Hanya itu nama yang disebut oleh Nazran. Jarinya megenggam sehingga menjadi buku lima. Kenapa dalam banyak-banyak orang, aku jumpa kau?

"Yes, I am. Kenapa? Terkejut?" Soal Maya. Saja mahu bermain dengan api. Nazran senyum sinis.

"Kenapa you ada dekat sini?" Soal Nazran.

"For your information, ni tempat awam. I nak datang sekali pun I punya hak. And you siapa nak halang I  untuk I datang ke sini?"

"You know what, apa yang you cakap ni sikit pun I tak percaya, Maya. You ada muslihat, kan?"

"Sesuka hati you je tuduh I! You ingat you boleh ugut I?!" Bentak Maya.

"I tak tuduh. Sebaliknya you memang ada plan pun, kan? Ingat Maya, sekali you sentuh isteri I, I takkan biarkan you hidup aman." Ugut Nazran.

"Ouh, you nak ugut I. I boleh jeritlah Naz. You ingat I takut dengan ugutan you?"

"You nak jerit dan jeritan you tu tak ada motif. Come on, Maya. Taktik lama."

"Motif I ialah you cabul I." Kata Maya dengan selamba. Selamba badak dia je fitnah Nazran.

"You nak cakap I cabul you? Maya, I tak rasa orang yang dengar jeritan you tu percaya dekat you. Berdasarkan pengalaman I dengan you, I pun tak percayakan you."

"Remember, sekali you kacau Irdina, hidup you takkan aman sampai bila-bila." Ugut Nazran sekali lagi.

~~~
Irdina mencari di mana Nazran berada. Telefon tak diangkat. Whatsapp tak dijawab. Kalau nak pergi mana-mana tu cakaplah. Dah satu kerja nak pergi cari lagi.

Dia teringat kembali yang Nazran mahu ke bahagian biskut. Pantas dia menuju ke situ.

Dia ternampak dua figura yang saling bergaduh. Jelas kedengaran suara Nazran.

Remember, sekali you kacau Irdina, hidup you takkan aman sampai bila-bila." Ugut Nazran.

Nazran menoleh ke arah Irdina. Irdina yang tidak tahu apa-apa terus dijeling oleh Nazran.

"Jom kita balik." Kata Nazran dengan suara yang mendatar. Angin kus kus sudah sampai. Terus Irdina menolak troli yang diisi barang.

~~~
Selesai membayar, mereka terus bergerak di basement. Hanya Irdina sahaja yang mengisi barang di dalam bonet. Tak gentleman langsung Nazran ni!

Terus Irdina masuk ke dalam kereta setelah mendengar bunyi enjin kereta. Nazran menolak brek dan menekan pedal minyak.

Di dalam kereta, hanya sunyi sahaja. Radio pun langsung tidak dibuka. Irdina mula bosan. Mahu menanyakan apa yang terjadi pun muka Nazran sudah berkerut seribu. Stres betul.

"Aduh! Jammed pulak." Keluh Nazran.

"Hey dia ni, nak ke kiri bagilah signal!" Tengking Nazran.

"Signal kau ke kiri tapi ke kanan. Baik tak payah pakai signal!" Maki Nazran.

Haih, kalau ikut mood dia. Pasti aku dah sakit jantung. Haih, perlu ke nak maki orang.

Pelbagai ragam orang di atas jalan. Itu pun boleh menyumbang kepada kemalangan. Apabila mengambil lesen, tolonglah belajar dan fahamkan.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now