Bab 42

10.4K 347 2
                                    

Seperti yang diaturkan oleh Puan Iffah, Izhar, Husna, Raisya, Nazran serta Irdina pulang ke kampung. Puan Iffah bercadang mahu berkumpul untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Yang paling teruja, Isya. Gembira sangat apabila adik beradiknya pulang. Yelah, setiap kali cuti sem mesti tiada orang. Hanya Puan Iffah dan Encik Adam.

Irdina, Isya, Husna serta Puan Iffah bergotong-royong untuk masak juadah tengah hari. Irdina teringin masakan kari ayam air tangan ibunya. Jadi, mereka bercadang untuk masak kari ayam, sayur campur, ikan goreng dan sambal belacan.

Irdina yang memotong sayur disergah oleh Husna, kakak iparnya. Terkejut Irdina dibuatnya. Nasib kakak ipar.

"Dina." Panggil Husna.

"Ya." Sahut Irdina.

"Akak dengar Naz dah tak kerja doktor lagi."

"Aah." Semua orang di dapur berhenti buat kerja. Kenyataan yang Irdina beri itu membuatkan semua orang terperanjat.

"Serius lah kak?" Soal Isya.

"Habis tu Nazran kerja apa?" Soal Puan Iffah pula.

"Dia ganti tempat papa dia." Kata Irdina.

Semua orang menyambung kerja kembali. Persoalan yang tertanya tadi sudah pun dijawab dengan jelas.

"Dulu, Naz kerja satu hospital dengan Dina, kan?" Soal Husna.

"Aah."

"Tak rindu ke tak kerja sama-sama?" sakat Isya.

"Buat apa nak rindu? Jumpa dekat rumah jugak kan?" Balas Irdina.

"Yelah tu. Entah-entah kak Dina call abang Nazran setiap jam." Isya membuat andaian.

"Kau ingat aku tak ada kerja. Ramai lagi patient yang nak aku kena kerja." Balas Irdina gaduh.

"Kak Dina tak takut ke kalau abang Nazran tu kena kacau dengan perempuan lain ke?" Hasut Isya.

"Tak takut pun." Irdina menjelirkan lidah. Isya mula geram. Irdina sudah gelak besar. Padan muka kau.

"Hesy kau orang ni, tak payah gaduh-gaduh. Macam budak kecil. Dah besar pun nak bergaduh lagi." Puan Iffah bersuara. Mereka menyambung kerja semula.

Suara Puan Iffah seperti sesuatu. Apabila kedengaran suara Puan Iffah, mesti diam. Air menitik pun takut nak menitik lagi. Sebab takut dengan suara dia.

~~~
"Aamin." Semua orang mengaminkan doa makan yang telah dibaca oleh Encik Adam. Semua orang mengambil makanan.

Masing-masing melayan orang yang tersayang. Husna melayan Izhar. Raisya sudah tidur. Jadi, senang mahu makan. Irdina pula melayan Nazran. Isya. Hmmm forever alone. Jodoh belum sampai lagi.

"Dina, nak ibu panggil baru nak balik?" Soal Puan Iffah. Tetapi suaranya seperti memerli.

"Hehehe, Dina busy dekat hospital, bu. Ramai patient." Kata Irdina seraya menjeling Nazran. Nazran pula terdiam.

"Hah, kamu Iz, kenapa tak balik? Apa dekat KLIA tu dah tak ada pilot nak ambil kerja kamu ke?" Perli Puan Iffah lagi. Kali ini, Izhar yang kena. Nasiblah kau Izhar.

"Iz fly dekat tempat yang jauh-jauh bu. Sorry." Izhar tersengih.

"Rajin-rajinlah kamu semua balik. Hah, kamu Izhar. Bawa balik si Raisya tu selalu. Ayah kamu ni, rindu sangat." Puan Iffah mula menyiku lengan Encik Adam.

"Saya pulak. Awak yang rindu kata saya." Balas Encik Adam.

Semua orang tergelak melihat gelagat Puan Iffah dan Encik Adam.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now