Bab 36

12.7K 396 5
                                    

Cawan ditolak supaya air daripada penapis air Coway dapat dikeluarkan. Air sejuk itu diminum rakus. Dahaga sangat. Fuh!

Maya terus ke ruang tamu. Puan Melissa, ibu kepada Maya baru sahaja balik Malaysia semalam. Terkejut Maya dibuatnya. Tengok-tengok, Puan Melissa sudah tercengang di hadapan kondominium Maya.

"Kenapa mummy balik tak bagitahu Maya?" Tanya Maya. Dia duduk di sebelah Puan Melissa.

"Mummy dapat berita yang Dato' Azhar meninggal. Tu yang mummy balik." Terang Puan Melissa.

"Hah?!" Terkejut Maya dibuatnya. Papa Nazran meninggal?

"Bila?"

"Seminggu yang lepas."

"Habistu, siapa yang gantikan tempat Dato' Azhar?" Soal Maya.

"Tak tahu pulak mama. Mungkin Nazran lah kot. Dia anak lelaki Dato' Azhar." Puan Melissa membuat andaian.

Apabila Maya dengar, dia sudah mula senyum sinis. Senyuman jahat tambahan pula ada makna.

"Maya, kenapa?" Tanya Puan Melissa. Semakin hari ditinggalkan, semakin meliar pula.

"Apa mummy ni?" Tanya Maya pula.

"Jangan cakap dekat mummy yang Maya nak buat something dekat Nazran." Puan Melissa membuat andaian.

"Pandai mummy teka." Senyuman Maya cukup jahat.

"Maya, tolonglah janngan buat benda-benda macam tu. Maya, please. Jaga reputasi mummy. Mummy tak nak Maya buat kecoh." Nasihat Puan Melissa.

"Mummy, Maya tak boleh duduk diam mummy. Maya buat ada sebab mummy."

"Sebab apa Maya?! Sebab nak rampas Nazran daripada isteri dia?!" Puan Melissa sudah naik angin. Amarahnya kini membuak-buak.

"Bukan sebab Nazran. Tapi sebab Irdina!" Jerit Maya.Puan Melissa terdiam.

Irdina. Perempuan yang ada kaitan dengan dia dan anaknya.

~~~
Irdina membuka langsir di biliknya. Kemudian dia membuka pintu kaca. Bagi udara dan cahaya masuk ke dalam rumahnya. Dia menghirup udara segar.

Kali ini dia memejamkan mata. Memandangkan angin bersepoi-sepoi di sini, jadi dia mahukan ketenangan. Dia mengosongkan fikirannya. Segala apa yang terjadi semuanya dia mahu padam di kotak fikirannya. Dia mahukan ketenangan sekarang ini.

Tangan seseorang memeluk pinggangnya dari belakang. Dagunya diletakkan di kepala Irdina. Dengan kesempatan itu, dia menghidu bauan rambutnya yang wangi.

Secara drastik, Irdina membuka mata. Dia menoleh ke belakang. Gerangan siapa lagi kalau bukan Nazran.

"Shhh. Pandang depan. Sambung apa yang sayang buat." Bisik Nazran. Irdina akur lalu melakukan apa yang dilakukan sebelum ini.

"Abang nak sayang tenang. Tenang dengan abang." Ucapnya dengan syahdu.

"Nak tenang macam mana kalau abang dah macam singa kelaparan. Asyik marah orang je." Rungut Irdina.

"Abang ingat abang sorang je yang boleh marah-marah? Dina tak boleh? Ingat Dina tak ada perasaan?" Marah Irdina.

"Abang tahu tak, setiap kali berlaku pasal Maya, abang terus naik angin. Abang tak rileks pun. Yang jadi mangsa sekarang ni Irdina tau. Bukan Maya." Sambung Irdina lagi.

"Dah puas luahkan?" Tanya Nazran.

"Apa abang ni?"

"Sayang, abang tahu yang sayang pendam dekat hati sayang tu lama kan. Abang tahu semua salah abang. Abang tak kawal kemarahan abang. Abang cuma nak kita macam dulu. Irdina yang suka manja-manja dengan abang. Abang rindu sayang yang macam tu."

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now