Bab 61

16.1K 400 1
                                    

Suasana di rumah sangat tenang tetapi sunyi. Sejak daripada peristiwa hari itu, Irdina berubah kepada riang menjadi pendiam. Sepatah orang tanya, sepatah dia jawab. Hmm.

Hani yang melihatnya dihadapan pun naik hairan dan risau. Nak kata datang bulan, tak jugak. Tapi, rasa macam something wrong somewhere.

Air di atas meja diambil lalu diminum untuk menghilangkan dahaga. Gerak-geri Irdina diperhatikan agar memberi respon bahawa dia ada dihadapannya sekarang.

"Kau ni, termenung kau memang mengalahkan perdana menteri termenung memikirkan masalah negara. Apasal ni?" Tegur Hani. Lamunan Irdina mati. Dia menoleh ke arah Hani setelah mendengar suara Hani.

"Besar masalah aku ni." Kata Irdina sambil mengangguk-angguk.

"Besar sangat ke? Apa? Masalah negara apa kau fikir sampai termenung jauh macam ni?"

"Nazran dah kembali dalam hidup aku." Kata Irdina.

"Okaylah tu, memang tu pun yang kau harapkan. Hubungan kau orang kan dah puloh sikit."

"Tapi ibu aku datang minta maaf." Sambung Irdina.

"Hah? Ibu kau datang? Habistu kau cakap apa?"

"Dia cuma minta maaf je. Aku tengking dia." Kata Irdina sekadar berbisik. Perkataan tengking itu disebut perlahan-lahan kerana dia malu dengan perbuatannya.

"What? Kau tengking ibu kau?" Terkejut Hani. Irdina yang dia kenal ialah Irdina yang masih lagi menerima orang lain dengan baik lagi-lagi keluarganya.

"Aku 'ter'tengking dia." Bunyi 'ter' itu dikuatkan sedikit.

"Aku tahu, aku ni tak ubah macam anak derhaka. Tapi aku rasa sakit hati gila bila dia orang senang-senang je datang rumah aku lepastu minta maaf. Macam tak ada apa-apa berlaku." Terang Irdina.

"Kau tahu tak, perkataan maaf tu bukan untuk kau?" Hani menguji minda Irdina. Dahi Irdina berkerut.

"Apasal pulak? Perkataan maaf tu ertinya meminta kemohonan kepada sesiapa sahaja yang dilakukan oleh pelaku."

"Ya, memang betul. Tapi anggapan aku, perkataan maaf tu bukan kepada untuk kau sebenarnya. Dia orang ucap perkataan maaf tu untuk diri dia orang sebab dia orang dah menyesal dengan perbuatan dia orang. Itu maksud aku, Dina." Terang Hani.

Memang tidak boleh dinafikan, apa yang Hani cuba sampaikan itu memang betul. Ada juga kena-mengena dengan adat kehidupan. Bukan senang untuk meminta maaf. Perlukan keikhlasan yang cukup untuk ungkapkan perkataan maaf itu sendiri.

"Dina, dah tiba masanya kau rendahkan ego kau untuk minta maaf dekat orang. Kau ucapkan maaf dekat dia orang. Aku takut nanti, kau menyesal." Nasihat Hani.

Irdina hanya diam. Malu dengan perbuatannya terhadap Puan Iffah. Sungguh, dia merasakan dirinya seperti anak derhaka.

~~~
Zariff hanya melihat Irdina yang hanya termenung sahaja. Entah apa yang difikirkan oleh Irdina. Dia memutuskan keputusan untuk pergi menegur Irdina.

Irdina yang berada di dalam bilik kerjanya itu termenung fail-fail pesakit di atas meja. Mukanya tidak bermaya bahkan pucat lesi sahaja.

"Tak buat ward round ke?" Tegur Zariff. Terkejut juga Irdina dibuatnya. Segera dia membetulkan kedudukan di atas kerusi yang empuk itu.

"Tak. Hari ni ada session dengan outpatient je. Come here. Duduk." Pelawa Irdina. Zariff pun apa lagi, pantang dipelawa mesti mahu buat. Dia duduk dihadapan Irdina.

"Mesti semua patient awak ibu mengandung, kan?" Teka Zariff. Irdina hanya mengangguk.

"Ya, ramai ibu mengandung. Biasalah, itukan kerja saya." Jawab Irdina.

Mr. Doktor I love youМесто, где живут истории. Откройте их для себя