Bab 37

11.2K 378 4
                                    

Dua bulan dan 29 hari sudah berlalu. Secara rasminya, Nazran sudah pun berhenti dari pegawai perubatan di Shah Alam Medical Centre.

Sudah tiga tahun dia bekerja di sini. Pelabagai dugaan dan cabaran yang diharungi bersama rakan-rakan dan staf hospital itu. Ada juga kenangan manis yang mesti disimpan diingatannya. Sungguh dia akan merindunya.

Nazran berjalan menuju ke wad O&G. Dia mahu menjalankan tugas. Kali ini, dia rasa sebak saja. Bukan seperti biasa. Dia meneruskan tugasnya.

Setelah selesai, dia keluar dari wad itu. Dia menuju ke kaunter jururawat utama untuk meletakkan kembali fail-fail yang diambil di wad tersebut. Setelah selesai, dia menghadap ke belakang.

"Suprise!" Laungan dari staf hospital itu membuatkan Nazran terkejut. Dia mengurut dadanya.

"Hari ni bukan birthday I lah. Kenapa sampai ada kek ni?" Tanya Nazran. Seorang staf wanita menatang kek. Seorang lagi memegang hadiah dan beberapa staf yang lain juga memegang juadah untuk membuat jamuan kecil-kecilan.

"Alah you ni. Memang lah bukan birthday you. Hari ni kan hari last day you dekat sini. So, kita orang nak sambut hari perpisahan you ni." Kata seorang doktor yang bernama Farha.

"Ya Dr. Nazran. Lagipun, Dr. Irdina yang rancang semua ni." Kata salah seorang jururawat itu.

Irdina yang memandang Nazran itu terus menoleh ke arah jururawat itu. Haih. Bocor rahsia betullah minah ni.

"Thanks Dina." Ucap Nazran lalu senyum ke arah isterinya.

"Jomlah kita makan. Lenguh pegang kek ni." Kata Farha. Mereka semua menuju ke arah meja yang disediakan. Juadah dan kek terus disusun untuk hidang. Pinggan kertas sudah pun diagihkan satu persatu untuk staf hospital tersebut.

"Cepatlah potong kek." Arah Irdina. Dia melihat orang lain yang menunggu kek itu sedang pun terliur. Kek red velvet. Yummy!

"Sayanglah potong." Katanya. Aik! Majlis perpisahan aku ke?

"Kenapa suruh wife you yang potong kan? You lah. Majlis you kan." Kata Farha. Irdina menyokong 100%. Majlis sendiri, potonglah sendiri.

Apabila memotong kek itu, masing-masing mengeluaekan telefon pintar untuk merakamkan kenangan manis pada hari ini. Yelah, Nazran si jejaka terhangat di hospital ini mahu berhenti. Stop! Bukan jejaka tapi suami orang.

Ramai dapat makan kek yang telah diagihkan oleh Farha. Semuanya muka happy. Kerja di hospital kadangkala memenatkan, kadangkala tak cukup makan. Bukan duit tak ada, tapi masa yang tak ada. Lagi-lagi bahagian Accident & Emergency (A&E). Memang kena tunggu turn nak pergi lunch lah jawabnya.

Juadah juga cukup-cukup makan yang ditempah oleh Irdina. Tidak lebih dan tidak kurang. Syukur, tidak membazir.

Iskandar muncul di hadapan Nazran. Terus dia memeluk Nazran. Nazran pula hairan. Tak pernah pula Nazran dapat kasih sayang sebegini daripada Iskandar.

Pelukan dileraikan.

"Lima tahun kita study sama. Dua tahun kita HO. Sekarang kita jadi MO." Ucapnya.

"Aku bukannya nak pergi jauh pun. Lagipun kita boleh jumpa kan." Pujuk Nazran.

"Tak sama Naz. Dulu kita boleh jumpa hari-hari. Tapi esok. Aku tak boleh hidup tanpa kau." Kali ini mengalahkan si Nazran tu nak pergi selama-lamanya pulak. Aduhai Iskandar.

"Tak sangka kau ni gay. Tak boleh hidup tanpa aku konon. Geli aku." Nazran ketawa terbahak-bahak.

"Aku lurus lagi lah. Kau ingat aku ni apa? Hey, kau ni!" Marah Iskandar setelah diusik oleh Nazran. Alamak dia ni! Tumbuk kang!

Terus Nazran gelak. Apakah? Patutnya sedih apabila sehari lagi dia tak ada di sini. Lain pula jadinya apabila Iskandar berkata begitu. Semoga menjadi kenangan untuk persahabatan mereka di sini.

~~~
Tali leher diikat dengan kemas. Irdina memakaikan tali leher itu. Kelihatan mereka di hadapan cermin. Jadi, Nazran boleh melihat tubuhnya dari pantulan cermin. Blazer pula disarungkan di tubuh Nazran. Lain pula rasanya. Selalu pakai kot putih je. Ni dah kena pakai blazer.

Irdina mula senyum ke arah suaminya. Tangan suaminya itu digenggam erat. Nazran membalas senyuman itu. Sangat manis. Semanis-manisnya bak gula (lagu comel pipi merah Dato' Sri Siti Nurhaliza).

"Doakan semuanya berjalan lancar." Nazran mahu menceriakan dirinya. Padahal, nervous satu badan. Tak pernah dia rasa macam ni. Exam professional untuk melayakkan dirinya menjadi doktor pun tidak gementar begini.

"Always, abang." Ucap Irdina. Senyumannya masih tidak lekang di pipi. Nak suami bersemangat punya pasal. Senyum satu jam pun tak apa. Biar lenguh segala otot pipi.

"Are you nervous?"

"Nervous gila ni sayang. Abang takutlah kalau abang tak boleh nak manage nanti." Kata Nazran dengan tidak yakin.

"Abang. Think positive please. Janganlah nak give up macam ni. Cepat sangat menyerah kalah. You have to be strong. Barulah Nazran."

Yelah Dina. Strong sangat. Kepala lutut macam nak longgar dah ni. Matilah nak. Apa-apa pun kena get ready Nazran. Bakal ada perjalanan liku-liku di pejabat itu dan hidup kau.

~~~
Banguna kali kedua Nazran jejakkan kakinya disini. Teringat dia akan kisah itu berlaku dimana Dato' Azhar mengalami hypoglasemia.

Pintu lif terbuka sendiri. Nazran masuk ke dalam. Di sebelahnya, Naurah. Nampak gembira saja. Mungkin selepas ini, bebanan kerja itu ringanlah sikit.

"Are you ready?" tanya Naurah.

"I'm ready." Kata Nazran.

Pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar. Naurah dan Nazran masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan semua staf Megah Holdings sudah pun berkumpul seperti mana yang sudah diarahkan.

Muka Nazran serius. Walaupun hatinya agak gementar. Semua mata memandang figura lelaki itu. Ada yang tergedik-gedik, ada yang kecut perut dan yang paling rare ada yang buat selamba je. Bos ni!

"Okay, guys. Ini Dr. Nazran bin Dato' Azhar. Meet your new Chief Executive Officer. Dia akan menggantikan Dato' Azhar. Diharap semua dapat mengajar Nazran. Any question?" Laung Naurah.

"Dr. Nazran memang ambil Phd dalam course buisness ke?" Seseorang menanyakan soalan itu.

"No, I tak ambil course tu. Before this, I'm a Medical officer. Now, I CEO Megah Holdings. So, I harap semua boleh bantu I dalam bidang ni." Nazran mengaharap begitu. Yelah. Dulu degil tak nak ambil jurusan perdagangan. Nak juga Sains tulen.

"Lagi?" Semua orang diam. Rasanya sudah jelas mereka tiada soalan yang hendak ditanya.

"Kalau macam tu, Go back to your place." Arah Naurah.

~~~
"Ni bilik Naz. So, kalau ada apa-apa yang tak kena, just tell Fazira." Kata Naurah.

Bilik yang luas seperti bilik tidur Nazran ditambah pula dengan tingkap yang membolehkan melighat suasana di luar. Susun atur kerusi, meja dan sofa pula. Pandai betul Interior Designer ni susun.

"Fazira? Who is she?" Siapakah dia? Takkan calon madu Irdina kot.

"Your PA. Bagitahu dia kalau Naz nak apa-apa." Kata Naurah. Nazran cuma mengangguk.

"I have to go. Naz buatlah macam office sendiri eh. Bye!" Dia meminta diri untuk keluar. Ada hal kot. Entahlah, malas Nazran nak fikir.

Dia pergi ke arah fail yang disusun ke di atas meja. Dia melihat sehelai demi sehelai fail itu. Alamak! Apakah?! Dia tak faham satu pun.

Apa benda ni? Aset? Aset aku tahulah. Aduh. Kenapalah benda ni ada dalam buisness bagai. Kenapa tak ada kiraan nadi manusia ke, carta pesakit ke? Aduhai, boleh ke aku pikul amanah ni? Macam mana ni? Alaaaaaaaaaaaa!

10K readers! sis hargai sangat. So, sis nak buat request. Comment apa yg korang suka dkt MDILY ni. Kalau comment cecah 30 comment, will be update next chapter. Comment cepat!

Oh ya, sis baca this story jugak. Siapa cik niqab? So, if you want to read this, check it out at W0rkDreamer

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now