Bab 9

16.5K 613 6
                                    

"Kahwin Ma?" Soal Nazran.

"Yelah. Kalau kamu kahwin makan, pakai semua dijaga." Kata Datin Najihah.

"But I'm not ready," kata Nazran.

"Sampai bila kamu nak ready? Ni mesti ingat lagi pasal Maya,kan?" Soal Datin Najihah.

"Once Naz dah ready untuk nikah. By the way, benda ni tak ada kena mengena dengan Maya. Maya dah tak ada dalam kamus hidup Naz. Naz dah kenyang. Naz nak naik atas," seleranya terbantut apabila mendengar nama Maya. Nazran meminta diri untuk menuju ke biliknya. Kenapa dalam banyak-banyak nama, Maya jugak nak disebut?! Why!

~~~
Hari ini, Irdina tersenyum riang kerana dia ternampak kereta kepunyaan Nazran dipakir di tempat letak kereta. Yeay! Dia ada.

Irdina menuju ke arah biliknya. White coatnya dipakai. Dia mengambil i phonenya di dalam handbagnya lalu keluar dari bilik itu. Seperti biasa, Irdina akan memulakan tugasnya iaitu morning round. Dia menuju ke arah makcik dalam lingkungan umur separuh abad. Fail di atas meja hadapan katil diambil dan dibaca. Dia meneliti apa yang dicatat oleh doktor lain.

"Assalamualaikum puan," Irdina memberi salam.

"Waalaikumussalam doktor." Jawab pesakit itu.

Puan Mastura. Pesakit yang diagnos ialah endrometriosis.

"Macam mana keadaan puan hari ini?" Soal Irdina.

"Alhamdulillah ,doktor. Feeling better." Kata Puan Mastura.

"Kalau macam tu, petang ni boleh discharge, okay?" Kata Irdina.

"Okay doktor. Terima kasih," ucap Puan Mastura.

"Sama-sama," kata Irdina. Dia pergi dari situ. Dia ternampak Nazran yang sedang buat morning round juga. Dia tersenyum sendiri.

Eh Dina! Kau dah suka dia ke? Monolog Irdina sendiri.

"Aku tak suka dia dan aku takkan suka dia," kata Irdina.

"Suka siapa?" Tegur Nazran.

Alamak! Matilah nak. Macam mana kalau dia bahan aku? Tak nak! Kenapa mulut ni ringan sangat cakap benda tu?

"Suka? Suka siapa?" Soal Irdina yang berpura-pura tidak faham.

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik kenapa? Kau ada cakap yang kau tak suka." Kata Nazran.

"Doktor salah dengar kot. Saya tak cakap apa-apa pun." Kata Irdina.

Nazran memandang Irdina dengan pandangan tajam. Irdina mengalihkan pandangan. Dia takut. Nazran berlalu pergi meninggalkan Irdina. Fuhh. Mati aku kalau dia tahu yang aku tengah cakap pasal dia.

~~~
Hujung minggu sudah tiba. Irdina merancang untuk keluar pergi ke Mid Valley. Yeay. Setelah penat bekerja, ini adalah reward untuk dia. Malangnya Hani tidak dapat ikut kerana kerja.

Tiba di Mid Valley, irdina menuju ke basement. Beberapa kali dia pusing di basement itu akhirnya dapat juga satu kotak parking. Dia memakirkan keretanya. Setelah selesai memakirkan kereta, dia menutup enjin kereta lalu keluar dari perut kereta dan menguci pintu.

Dia menuju ke lobi. Punat naik ditekan. Tiga minit kemudian, pintu lif terbuka secara automatik. Dia masuk ke dalam lif.

Setibanya di tingkat dua, dia berjalan di situ dan melihat beberapa kedai. Dia memandang ke arah kedai sambil berjalan. Bukkk! Tanpa dia sedari, dia melanggar seseorang. Habis beg kertas kepunyaan seseorang itu jatuh berselerak.

"Sorry. Saya tak sengaja," kata Irdina sambil menolong seseorang itu mengambil beg kertas yang berselerak di lantai. Selesai dia menolong seseorang itu....

"Terima kasih cik sebab tolong saya," kata Datin Najihah.

Irdina terkejut. Datin Najihah yang dia jumpa tempoh hari di Sungai Petani, kampungnya.

"Aunty Najihah," kata Irdina.

"Eh Dina. Jumpa lagi kita eh," kata Datin Najihah.

"Aunty buat apa dekat sini?" Soal Irdina.

"Ni shopping sikit. Dah lama tak shopping," kata Datin Najihah.

"Ouh. By the way aunty, I'm so sorry. It's my fault." Kata Irdina.

"Tak apalah. Dina tak sengaja, kan? Lagipun aunty okay." Kata Datin Najihah.

Irdina tersengih.

"Jom Dina. Aunty belanja makan," ajak Datin Najihah.

"Jom, aunty," kata Irdina.

Mereka berjalan beriringan masuk ke restoran Johnny yang menyajikan makanan steamboat. Mereka mengambil pesanan. Irdina memilih makanan untuk dimasak steamboat.

"Aunty sihat?" Soal Irdina.

"Alhamdulillah, sihat. Cuma biasalah orang tua. Adalah sakit-sakit sikit," jawab Datin Najihah.

"Dina macam mana? Kerja okay?" Soal Datin Najihah.

"Okay. Kerja pun okay." Jawab Irdina.

"Dina, aunty nak tanya sikit tapi aunty curious je."

"Aunty nak tanya apa?"

"Dina dah ada yang special tak?"

"Ada."

"Siapa?"

"Ibu, ayah, abang izhar," Irdina berhenti bercakap apabila Datin Najihah menyampuk.

"Tu bukan maksud aunty, Dina. Maksud aunty, someone special yang dah ada dekat hati Dina."

"Ouh. Belum lagi aunty."

"Ouh. Okay."

"Kenapa aunty tanya?"

"Saja je. Kan aunty cakap yang aunty cuma curious je," kata Datin Najihah.

Bahan yang dihidang telah pun sampai. Irdina menghidupkan dapur elektrik lalu memasukkan bahan-bahan yang telah dipesan tadi. Mereka menunggu steamboat itu mendidih. Setelah mendidih, Irdina menyenduk steamboat itu untuk Datin Najihah dan dia. Mereka menikmati makanan sambil berbual-bual kosong.

~~~
Korang rasa kenapa Datin Najihah tanya macam tu dekat Irdina? Sis rasa korang dah tahu. Tapi bagi yang tak tahu lagi. Tunggu bab seterusnya. Keep vote!

Mr. Doktor I love youOù les histoires vivent. Découvrez maintenant