Bab 47

10.5K 319 1
                                    

Suasana di rumah yang sekarang berubah 180 darjah. Semua perabot tersusun rapi tetapi kekurangan seseorang membuatkan suasana berubah sekelip mata. Irdina hanya mampu meraup wajahnya. Tidak sampai  12 jam Nazran pergi, dia sudah rindu. Rindu.

Gelas yang berisi susu itu diteguk perlahan. Dia hanya termenung sahaja. Sunyi sahaja. Oh tidak, adakah aku akan lalui hari-hari sebegini sepanjang tiga hari?

Bunyi ringtones i phone Irdina berbunyi. Sah. Memang sah itu Nazran. Lamunan Irdina berhenti. Terus fokus Irdina beralih ke arah i phone yang terletak di atas meja.

Facetime with Nazran!

"Hello sayang!" Laung Nazran. Irdina segera menghadapkan mukanya di i phone itu.

"Waalaikumussalam, dah lupa adab-adab telefon orang ke?" Bunyinya sakarstik. Syabas Irdina.

"Assalamualaikum." Nazran mula menggaru kepala yang tidak gatal.

"Waalaikumussalam. How are you?"

"Fine, dah breakfast?" Giliran Nazran pula yang bertanya.

"Minum susu. Sayang tak ada selera lah."

"Makanlah sikit. Abang dah beli roti semalam. Ada dekat dalam kabinet tu. Sayang makan eh. Hari tu, beriya suruh abang jangan tinggal makanlah, apalah."

"Okay." Irdina mula menilik jamnya. Ah, sudah pukul 7:00 pagi. Matilah nak kalau lambat.

"Abang, sayang kena pergi kerja. Bye abang. Muuaaaah."

"Bye sayang!"

Perbualan dihentikan di situ. Irdina mula mencapai beg tangan di sofa lalu mengambil kunci kereta di meja.

Hari yang pasti akan jadi lambat.

~~~
Irdina menghempaskan badannya di kerusi. Sungguh, dia kesal dengan hari ini. Ketiadaan Nazran memberikan titik-titik gelap dalam hidup dia.

Baru sahaja tadi, dia dimarahi oleh pesakitnya kerana cuai. Dia sungguh kesal. Kenapa hari ini rasa macam ada yang tidak kena eh?

"It's okay, Dina. Patient yang marah awak tadi tak ada apa-apa." Muncul Iskandar di hadapan Irdina. Terkejut juga Irdina dibuatnya. Irdina segera membetulkan kedudukannya.

"Saya tak tahu macam mana saya boleh jadi careless macam tu." Irdina cuma menunduk malu.

"Setiap manusia pernah buat silap. Tak terkecuali dengan awak. Dari silap tulah kita boleh belajar supaya kita tak ulangi lagi kesilapan yang kita pernah buat." Iskandar memulakan sesi nasihat-menasihati.

"Tapi, kalau saya biarkan diri saya ni buat macam tu lagi, nyawa dia macam mana?"

"Satu je kunci. Teliti."

Kepalanya sudah runsing. Dirinya sekarang ni penuh dengan rasa bersalah. Macam mana mahu tebus kesalahannya? Oh tidak!

"Naz ada bagi tahu saya yang dia dekat Johor, kan?" Iskandar mahu menukar topik.

"Ya, dia outstation."

"So, awak okay ke duduk sorang-sorang? Nak saya suruh Hani temankan awak?"

"Takpe. Malam ni saya oncall."

"Baguslah kalau macam tu. If anything you want, just let us know. Kami sedia membantu awak." Alamak, macam slogan Kementerian Kesihatan Malaysia je!

"Take care of yourself. Awak tanggungjawab kita orang. Amanah kami."

"What do you mean?" Muka Irdina berubah pelik. Hampir 1001 soalan berada di kotak fikirannya. Apa ni?

"Nazran. Dia arahkan kita orang untuk jaga awak." Dengan sebaris ayat itu, Iskandar terus beredar dari bilik kerja Irdina.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now