Bab 27

14K 436 2
                                    

Suasana di Langkawi tenang. Pantai di situ sungguh indah apabila ditatap dengan mata dan hati. Apabila mata melihat suasana yang sangat cantik, terbit di hati rasa tenang.

Begitu juga Nazran, yang selalu menatap wajah Irdina. Sama ada dia tidur, selepas solat, di hospital dan sebagainya. Tidak pernah jemu melihat wajahnya. Bukan nak kata wajah wanita di luar sana tidak cantik tetapi apabila memandang Irdina, auranya sangat menarik perhatian. Tambah pula, dia senyum. Cair seperti ais.

Irdina yang mahu memilih coklat-coklat untuk dibawa balik pun hairan. Masih sempurna wajahnya tetapi kenapa perlu ditenung sebegitu? Pelbagai soalan bermain di minda Irdina. Nazran yang memegang bakul itu ditampar dilengannya oleh Irdina.

"Auchh! Sakit sayang. Kenapa buat abang macam tu?" Soal Nazran sambil mengusap kulitnya yang ditampar itu.

"Abang ni, dari sayang bersiap dekat bilik tadi sampai sekarang asyik tenung  sayang je. Nasib baik abang fokus drive tadi." Kata Irdina. Risau dengan suaminya.

"Sayang, sayang ada pakai skincare apa-apa ke?" Soal Nazran secara tiba-tiba.

"Soalan apa ni abang? Dah nyata lagikan jelas, sayang tak pakai apa-apa pun." Kata Irdina. Ya, memang dia tak pakai apa-apa pun. Cuma cleanser sahaja dari Cethapil. Itu sahaja. Bukan tidak pernah cuba beberapa produk tapi kulitnya akan menjadi merah dan bahang.

"Entahlah sayang. Rasa macam tak puas tengok muka sayang. Sayang macam ada aura tau. Bila abang tak tengok muka sayang, abang rasa abang dah rindu dah." Jelas Nazran.

"Apa yang abang merepek ni. Tak ada aura apa-apa pun." Nafi Irdina.

"Mungkin aura cinta sayang. Mungkin." Kata Nazran sambil mengurut dagunya tanda berfikir.

Irdina secara spontan senyum. Okay, dia ingat balik matlamat dia datang sini. Mahu borong semua coklat. Irdina mengambil bungkusan coklat di rak lalu memasukkan ke dalam bakul. Mahu memberi kepada keluarga dan rakat terdekat sebagai cenderamata. Nampaklah ingat sikit dekat dia orang. (#doneriak). Lagipun Irdina memang sukakan coklat. Zaman universiti, setiap minggu mesti makan coklat. Kalau terdesak sangat, pergi saja seven eleven.

"Banyaknya sayang ambil coklat ni. Siapa nak makan?" Soal Nazran. Patutlah bakul yang dipegangnya berat.

"Sayang." Jawab Irdina. Mulut Nazran ternganga.

"Tak adalah sayang nak makan banyak tu. Ni nanti nak bagi Hani, mama, ibu. Nanti dia orang terasa pulak bila kita pergi Langkawi tak bagi apa-apa." Sambung Irdina.

"Tu, tak nak borong pinggan mangkuk ke?" Perli Nazran sambil menudingkan jari ke arah rak yang diisi pinggan mangkuk.

"Abang nak belanja ke?" Soal Irdina. Sinis.

"Okay je. Tapi tiap hari kita makan pasir je. Okay tak?"

"Okay jugak tu. At least, dapatlah jugak sayang merasa susah dengan abang. Apa orang kata? Susah senang bersama-sama." Kata Irdina.
~~~

Selepas membeli-belah, Irdina dan Nazran balik ke bilik untuk merehatkan diri. Esok hari mereka balik. Jadi, mereka ganti balik tidur yang tidak cukup terdahulu disebabkan oncall. Penat sungguh jadi doktor ni.

Irdina mencapai i phonenya di atas meja solek. Puan Iffah yang memanggilnya. Dia menyentuh tanda mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, ibu. Ibu apa khabar?" Soal Irdina dengan prihatin.

"Waalaikumussalam. Sihat. Dina macam mana? Happy ke honeymoon dekat Langkawi?" Soal Puan Iffah.

"Ibu ni, ada ke honeymoon? Kita orang cuti jelah." Kata Irdina.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now