Bab 17

17.3K 500 6
                                    

Irdina melihat gaun sandingnya yang ditempah khas dari butik kesukaan mamanya. Cantik sangat. Rasa tak sabar mula menjelma. Irdina menyentuh segala perincian di gaun itu. Manik dan lace disentuh.

Nazran yang datang mula mencucuk pinggan Irdina membuatkan Irdina yang leka itu terkejut.

"Abang! Apa ni?" Soal Irdina.

"Kau panggil aku apa tadi?" Soal Nazran pula.

"Sa... saya panggil awak Nazranlah. Nama awak." Kata Irdina sambil cover percakapan dia tadi.

"No, kau tak panggil nama aku. Kau panggil aku abang, kan?" Soal Nazran.

"Abang? Sorry saya nak panggil awak abang. Kitakan dah janji yang kita panggil mesra depan parents kita je." Kata Irdina.

"Dina, aku tak pekak lagi tau. Aku dengar kau panggil aku abang. Anyway, kalau kau nak teruskan panggil aku dengan panggilan abang pun tak pe."

"Awak tak marah?"

Nazran menggelengkan kepalanya. Irdina tersenyum dan sambung melihat gaun sanding tadi.

Thanks hubby. Panggilan abang tu sesuai untuk awak. Rasa nak cium pulak. Eh Dina! Control please jangan gatal. Monolog Irdina.

Tanpa dia sedar, satu ciuman telah hinggap di pipinya. Oh no! Dia cium aku ke? Macam tahu-tahu je aku nak cium dia

Irdina memegang bekas ciuman dari Nazran. Dia mula blushing. Jantungnya berdebar-debar. Kali kedua ciuman itu hinggap dimukanya.

"Tak sabar nak bersanding dengan aku ke?" Soal Nazran.

"Tak, cuma saya nervous sikit." Kata Irdina.

"Kenapa nak nervous?"

"Sebab saya akan bersanding dengan awak."

"Habistu, sekarang ni tak nervous ke bila tengok muka aku?"

"Nervous plus setiap kali tenung muka awak, jantung saya berdebar." Luah Irdina.

"Really?"

Nazran mula memeluk pinggang Irdina. Sudah! Perangai gatal dah keluar dah. Irdina cuma mendiamkan diri. Terasa sangat tenang bila Nazran melakukan sebegitu. Irdina menatap wajah Nazran. Dia merasakan yang dia bertuah memiliki Nazran walaupun tiada perasaan cinta berputik.

Nazran, akanku pupuk rasa cinta ini hanya untuk kamu sahaja. Akanku buka hati ini hanya untuk kamu. Akanku sayang kamu seperti nyawa aku. Aku harap kau lelaki yang menduduki carta teratas dihati aku selepas ayah dan abang. Monolog Irdina.

~~~
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Seperti biasa, Irdina mengejutkan suaminya untuk mengerjakan solat subuh. Selepas solat subuh, suaminya menyambung tidur. Irdina keluar dari biliknya untuk menolong Datin Najihah menyediakan sarapan. Irdina menuju ke dapur. Kelihatan ibu mertuanya dan bibik berada di dapur.

"Selamat pagi mama." Sapa Irdina.

"Selamat pagi menantu mama. Mana anak mama?" Soal Datin Najihah.

"Tidur lagi. Penat agaknya. Mama masak apa?" Soal Irdina.

"Nasi lemak. Mama teringin nak rasa sambal nasi lemak Dina. Bolehkan Dina?" Soal Datin Najihah dengan niat mahu menguji menantunya.

"Boleh ma. Apa salahnya. Dina sediakan bahan dulu eh." Kata Irdina.

Irdina pergi ke arah peti sejuk lalu mencari bahan. Seadang dia mencari bahan, Datin Najihah hanya memerhati sahaja. Not bad menantu aku ni.

Selesai masak sambal nasi lemak, Irdina mengambil mangkuk yang sesuai untuk menghidangkan sambal yang dimasak olehnya. Sedang Irdina menyenduk sambal yang dimasak, Datin Najihah menegah Irdina.

Mr. Doktor I love youजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें