Bab 65

25K 457 21
                                    

Lima bulan kemudian,

Majlis kesyukuran diadakan di rumah Irdina. Majlis ini sudah bermula selepas isya' tadi. Pelbagai makanan sudah dihidang oleh cateringa yang telah dipesan oleh Nazran.

Ramai juga para tetamu datang. Ada daripada mereka jiran tetangga, sahabat handai, rakan pekerja dan keluarga mereka. Mereka sudah pun menjamu selera.

Datin Najihah, Aqil, Naurah serta anak mereka, Hana Mardhiah duduk di ruang tamu. Puan Iffah, Encik Adam, Izhar, Husna serta anak anak mereka berbual-bual di ruang tamu. Lama tidak berjumpa, pasti banyak cerita yang mahu dibualkan.

"Dah lama tak jumpa kau orang." Datin Najihah hanya tersengih.

"Aku pun sama. Lama tak jumpa kau macam ni. Aku tak tahu pulak yang kita dah ada cucu." Datin Najihah mengusap kepala Aira.

"Aku pun sama. Pandai eh dia orang rahsiakan." Irdina dan Nazran cuma tersengih seperti kerang busuk.

"Saja nak buat surprise." Usik Nazran. Mereka semua gelak.

"Assalamualaikum." Muncul Isya di situ. Dia terus masuk ke dalam untuk menyalam.

Sampai sahaja giliran Irdina untuk disalam oleh Isya, terus sahaja Irdina menahan Isya dari melepaskan tangannya.

"Kenapa kau datang lambat?" Irdina menjengilkan matanya. Cukup pantang orang datang lambat ni. Isya hanya tersengih.

"Tadi Isya keluar dengan kawan tadi. Hal penting." Irdina melepaskan tangan Isya.

"Kawan? Hal penting? Apa yang penting sangat sampai kenduri aku kau datang lambat?" Marah Irdina.

"Sekejaplah. Nak tunjuk ni." Isya keluar dari rumah itu. Dia mahu mencari seseorang yang dibawanya tadi.

"Okay, ibu saya dah tunggu tu." Lelaki itu mengekori Isya dari belakang. Isya masuk kembali ke dalam rumah.

Ramai yang menanti di ruang tamu. Isya pula tersenyum riang. Eksaited nak tunjuk sesuatu. Lelaki itu menonjolkan dirinya.

"Zariff?" Dahi Irdina berkerut. Nazran pula sudah tersenyum.

"Kak Dina kenal ke?"

"Apasal pulak aku tak kenal? Dia nikan kawan aku." Kecil punya dunia, akhirnya Zariff sudah menemui pasangan yang sering dicarinya selama ini. Penantiannya selama lima bulan akhirnya mereka sebulat suara untuk bersatu sebagai suami isteri.

"Awak dengan adik saya? Suka sama suka?"

"Apa Kak Dina ni? Kita orang kawan jelah." Nafi Isya. Mereka semua pecah ketawa.

"Apa salahnya? Dah boleh kahwin, kan? Hah Nazran! Pergi panggil tok kadi." Usik Izhar.

Mereka semua gelak. Isya hanya tersipu malu. Zariff pula menggaru kepala tak gatal.

"Jomlah. Zariff duduk." Usik Nazran pula. Zariff menggeleng kepala.

~~~
Pelamin yang sudah dihiasi oleh perancang perkahwinan itu indah dipandang. Segala hantaran sudah tersusun di tepi dinding. Bantal bulat sudah disusun.

Kehadiran pengantin lelaki dan sekeluarga sudah duduk di dalam rumah. Zariff duduk di bantal bulat menghadap tok kadi. Debaran di dada usah dikata. Rasa nak meletup jantung pun ada.

Melihat kehadiran Isya yang menuju ke pelamin membuatkan Zariff terkejut. Dia segera menenangkan dirinya. Sungguh cantik Isya dipadankan dengan gaun putih beserta dengan bunga tangan. Solekannya pula cukup sekadar menaikkan seri wajah dan tak perlu tebal.

Isya duduk di pelamin yang dihiasi bunga itu. Dia mengemaskan gaunnya supaya tampil selesa. Tangannya dipegang oleh Puan Iffah yang menemaninya di pelamin.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now