Bab 12

17.5K 615 10
                                    

Pen dimain oleh jari-jemari Irdina. Memikirkan perkahwinannya lima bulan dari sekarang. Masa yang diberikan oleh ibu Irdina sebanyak dua minggu dan seminggu sudah pun berlalu. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Irdina mengeluh. Minggu lepas, rasanya beribu-ribu kali dia mengeluh disebabkan dia memikir tentang hal itu.

Hani pelik. Kenapa sekarang ni selalu menyendiri dan mengeluh? Hani bergerak menuju ke arah Irdina. Dia mengambil tempat duduk berhadapan Irdina.

"Aku tengok kau ni asyik mengeluh je. Kenapa?" Soal Hani.

"Aku streslah Hani." Kata Irdina.

"Stres. Apa yang membuatkan kau stres ni?" Prihatin Hani.

"Ibu aku suruh kahwin."

Hani terkejut. Dia mengukir senyuman. Alhamdulillah. Jodoh kau sampai awal Dina.

"Kahwin dengan siapa?"

"Kahwin dengan orang yang aku tak kenal."

Hani tetkejut. Tapi kali ini ditambah pula dengan mulutnya yang terbuka luas.

"Tak payah terkejut sangatlah. Tutup mulut kau tu. Nanti lalat masuk." Kata Irdina.

"Seriously? Kau tak kenal siapa orang yang kau nak kahwin tu?"

"Yup. Plus aku pun tak nak tahu siapa dia. Aku menyampah fikir pasal benda ni."

"Tapi perkara ni kau kena fikir jugak, Irdina. This is about your future." Kata Hani dengan serius.

"Aku dah fikir but aku tak ada jawapan tu. Kalau jawapan aku tak nak kahwin, ibu aku akan desak aku jugak untuk kahwin."

"Solat istikhararah dah?"

"Belum lagi."

"Kalau macam tu, kau solat dulu. Minta Allah petunjuk. I'm sure after kau solat, kau akan dapat jawapan. Jawapan itulah yang sangat tepat." Nasihat Hani.

Hani meminta diri untuk dia beredar dari situ. Tinggal Irdina keseorangan di meja kerjanya. Irdina mencapai beg telekung yang terletak di atas meja lalu pergi ke surau.

~~~
I phone Irdina berdering. Irdina menyeluk poket white coatnya. Nombor tertera ialah Puan Iffah. Punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum ibu," Irdina memberi salam.

"Waalaikumussalam," jawab Irdina.

"Dina balik pukul berapa?" Soal Puan Iffah.

"Pukul 6," jawab Irdina.

"Okay. Kalau macam tu, balik terus e pergi rumah abang kamu. Ibu ada dekat sini."

Irdina terkejut. Macam mana ibu desak aku. Tak naklah.

"Err.... ibu. Dina baru dapat info malam ni Dina....." kata-kata itu mati apabila Puan Iffah memotong percakapannya.

"No excuse, Dina. Ibu nak sebelum pukul 7:00, Dina dah sampai rumah abang kamu," arah Puan Iffah.

"Okay, ibu." Kata Irdina. Malas dia membantah lagi. Panggilan itu mati di situ. Dina mengeluh.

~~~
Irdina memandu di kawasan taman perumahan Izhar. Rasa nak bawa kereta ni selambat yang boleh. Tapi bila ingat arahan Puan Iffah, terus dia pecut. Malas nak dengar bebelan Puan iffah.

Irdina masuk ke halaman rumah Izhar. Rumah Izhar ialah rumah Semi-D dua tingkat. Tinggal bersama isteri dan anaknya. Terdapat satu buah kereta Audi A5. Dan semua ini hasil dari kejayaan dirinya sendiri.

Irdina keluar dari perut kereta. Dia munuju ke pintu rumah. Dia meberi salam. Salamnya dijawab oleh Husna, isteri Izhar. Irdina masuk ke rumah dan menuju ke ruang tamu. Puan Iffah, Encik Adam, Izhar, Isya duduk di situ. Penampilan mereka macam ada jemputan makan malam.

Mr. Doktor I love youOnde as histórias ganham vida. Descobre agora