Bab 55

15.3K 396 19
                                    

Steteskop yang sentiasa ditemaninya itu digunakan untuk mendengar bunyi keadaan jantung pesakit. Selepas itu, dia mengambil lampu untuk memeriksa anak tekak.

"Demam sikit je ni. Tekak tu merah. Afiq, jangan lupa. Minum air banyak." Nasihat Zariff.

"Baik doktor. Afiq akan minum banyak-banyak." Kata Afiq dengan bersemangat.

"Macam mana doktor?" Kata seorang yang kelihatan risau. Dia memerangkap sebagai ibu Afiq.

"Demam. Biasalah, budak lepas aktif. Mesti penat. Saya bagi ubat. Saya harap puan dapat pantau anak puan." Kata Zariff sambil menulis perskripsi ubat untuk diberikan kepada ahli farmasi.

"Terima kasih doktor." Ucap wanita itu.

Mereka keluar dari biliknya. Zariff terus meraup wajahnya. Tugasnya bersama pesakit luar sudah selesai. Sekarang ini, dia mahu cari ketenangan.

~~~
Kafeteria. Memmandangkan dia belum lagi sarapan jadi dia memilih kafeteria sebagai tempat untuk mencari ketenangan. Dia membeli sepaket sandwich dan setin air kopi untuk dijadikan alas perut.

Dia melihat Irdina yang sedang termenung. Timbul rasa kesihan. Jadi, dia pergi ke meja Irdina untuk berbual. Alang-alang dia tidak buat apa-apa. Ini masanya Zariff.

"Hey, termenung tu jangan jauh sangat. Susah nak sedarkan orang." Perli Zariff. Lamunan Irdina terhenti di situ.

"What are you doing here? Bukan awak on duty ke pagi ni?"

"Kasi chance lah saya rehat. Ni pun saya baru breakfast. Awak kenapa duduk termenung dekat sini?"

"Tadi, patient saya lahirkan anak dia." Cerita Irdina.

"Wow, mesti comel, kan?" Puji Zariff. Bab kanak-kanak ni bagilah dekat dia. Sebab itu dia pakar kanak-kanak.

"Comel. Comel sangat. Tapi saya tak pasti hidup dia akan secomel." Kata Irdina. Wajahnya sudah muram.

"What do you mean?"

"Dia anak yatim piatu. Kecil lagi dah anak jadi anak yatim piatu. Tak ada ibu bapa. I feel sorry about him."

"Jangan risau sangat. Pusat kebajikan akan bagi dia perlindungan. It's okay. At least, dia ada tempat tinggal." Pujuk Zariff.

"You know what, kehidupan sebagai seorang yang sebatang kara ni susah. Contohnya, saya."

"Bukan awak masih lagi ada parents? Siblings?" Ini memeningkan. Korek lagi Zariff.

"Ya, parents saya ada lagi. Tapi, dia dah anggap saya mati dan tak nak mengaku sebagai anak."

Terkejut Zariff dibuatnya. Pasti ada kisah silam yang menghantui ibu bapa Irdina. Tapi apa?

"Bayangkan, saya terpaksa hidup berdikari. Berpijak pada kaki sendiri adalah menyakitkan." Sambung Irdina.

Zariff hanya mendiamkan diri. Dia tahu, dia tak perlu masuk campur dalam urusan kehidupan Irdina. Hanya Irdina sahaja yang berhak untuk memberitahu. Dia tak nak paksa dan tak nak menyoal sedemikian.

~~~
Kereta Iskandar dipakir di sebelah kereta Hani. Hani ada memberitahu Iskandar bahawa dia bermalam di rumah Irdina. Iskandar hanya biarkan. Daripada bersendirian, baik berteman.

Pintu rumah dikuak. Gerangan anaknya dicari dahulu. Anaknya dicium lalu dipeluk. Rindunya terlampau amat. Tiga hari bagaikan tiga tahun.

"Abang dah balik?" Hani muncul di hadapannya. Dia menurunkan anaknya yang telah didukung.

"Dah. Baru sampai." Jawab Iskandar.

"Rindunya abang dekat awak." Luah Iskandar.

"Kalau rindu, jangan pergi mana-mana."

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now