Bab 15

17.1K 596 5
                                    

Hari ini, irdina bakal diakad nikahkan oleh seorang lelaki yang tidak dia sangkakan yang lelaki itu menjadi suaminya iaitu Nazran.

Wajah disolek nipis oleh mak andam. Inai dijari jelas berwarna merah. Tudung dililit hanya sekali. Veil dipasang bagi menyempurnakan penampilan Irdina. Baju nikah yang tersarung begitu sesuai di tubuh Irdina.

 Baju nikah yang tersarung begitu sesuai di tubuh Irdina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Irdina membelek-belek tubuhnya di hadapan cermin. Dia melihat dirinya yang dihiasi oleh mak andam. Cantik. Pandai bakal mak mertuanya memilih.

Hani hanya memerhati gerak-geri Irdina. Haih. Untung kau Nazran. Dina dahlah cantik. Bijak pulak tu. Aku harap kau dapat hargai dia.

"Dina. Kau tak payahlah tengok cermin tu. Kau dah cantik dah. Lagi kau tengok cermin tu boleh pecah tau." Perli Hani.

"Eleh. Kau jealous lah tu tak dapat naik pelamin sama dentan aku. Hani, kalau kau nak bantuan dari aku. Aku boleh je tolong kau." Kata Irdina.

"Simpan jelah pertolongan kau tu eh." Kata Hani.

Pintu dibuka oleh  Puan Iffah membuatkan mereka terkejut.

"Dina, Hani. Rombongan pengantin lelaki dah sampai. Jom keluar." Kata Puan Iffah.

Irdina berdebar. Kali ini debarannya sangat hebat dan luar biasa keran sekejap lagi dia akan menjadi isteri kepada Nazran.

Mereka keluar dari bilik Irdina. Irdina berjalan perlahan-lahan menuju ke pelamin. Irdina duduk sambil membetulkan bajunya.Terdapat seseorang susuk tubuh lelaki yang memakai baju melayu putih menghadap tok kadi. Dia sangat mengenal susuk tubuh itu.

Usai membaca khutbah nikah. Encik Adam selaku wali yang akan mengambil tugas tok kadi. Encik Adam menghulurkan tangan untuk berjabat lalu Nazran membalasnya.

"Nazran bin Azhar."

"Ya saya."

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku, Irdina binti Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM 1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Irdina binti Adam dengan mas kahwinnya sebanyak RM 1000 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah"

Kedengaran saksi menyebut sah maka dengan sekali lafaz, Irdina menjadi isteri kepada Nazran. Terasa bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar. Irdina menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Nazran menoleh ke belakang untuk melihat wajah isterinya. Dia tersenyum lalu mengaminkan doanya.

Usai mengaminkan doa, Irdina dan Nazran menyalam ibu bapanya. Nazran pergi ke arah Irdina untuk upacara membatalkan air sembahyang. Irdina hanya berdiam sahaja. Dia terkaku. Nazran duduk disebelahnya. Nazran mengambil cincin dari kotak baldu untuk menyarungkan cincin itu ke jari Irdina.

Irdina hanya diam dan tidak menggerakkan anggota badan ditegur oleh Puan Iffah.

"Dina. Hulur jari dekat Nazran." Kata Puan Iffah.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now