Bab 10

17.6K 662 8
                                    

Jam sudah menunjukkan 6:00 pagi. Nazran bangun dari tempat tidurnya lalu mengambil tuala di dalam almari untuk mandi. Setelah mandi, dia memakai baju dan terus solat. Usai solat, dia turun ke bawah. Dia menuju ke dapur untuk mengambil sebiji epal. Datin Najihah dibelakang Nazran menyergah Nazran dari belakang.

"Naz," kata Datin Najihah.

Nazran terkejut lalu mengurut dadanya.

"Mama ni. Janganlah kejutkan Nazran macam ni. Nasib baik tak kena heart attack lagi," kata Nazran.

"Apa-apalah kamu ni. Naz nak pergi mana hari ni?" Soal Datin Najihah.

"Tak ada ke mana."

"Okay. Kalau macam tu mama ada nak bincang sikit pasal kamu."

"Okay."

Perbualan itu terlerai di situ. Nazran pergi ke ruang tamu manakala Datin Najihah pergi ke dapur.
~~~
"Mama nak Naz kahwin," kata Datin Najihah.

"Tapi ma, Naz tak jumpa lagi pilihan hati Naz lagi," kata Nazran.

"Tapi mama dah ada calon menantu yang terbaik untuk Naz." Kata Datin Najihah.

"But Naz dah 26 tahun ma. Terlalu muda untuk jadi suami orang," kata Nazran.

"Itulah masa sesuai untuk kamu mendirikan rumah tangga. Takkan nak tunggu Naz dah tua. Naz nak jadi bujang terlajak ke?" Soal Datin Najihah.

Nazran sudah buntu. Dia sudah bagi bermacam-macam alasan. Tetapi tak guna juga. Nak tak nak, dia tetap akan jadi suami kepada orang yang tak dikenali.

"Siapa calon menantu yang mama suka sangat tu?" Soal Nazran. Sedikit baur perli di situ.

"Ni dia." Datin Najihah memberi telefon pintarnya kepada Nazran. Nazran melihat gambar seseorang di situ.

"Okay. I agree," kata Nazran.

Datin Najihah tersenyum bahagia. Tak lama lagi dia akan dapat menantu. Dia memeluk anak lelakinya itu.

~~~
Suasana sana di hospital begitu tenang seketika. Nazran berehat di bilik kerjanya. Dia baru melakukan CPR kepada pesakit yang kritikal itu. Akhirnya, pesakit itu meninggal dunia.

Nazran terfikir apa yang mamanya bincangkan semalam. Kahwin. Itu yang terfikir di dalam fikirannya. Mampukah dia menjadi seorang imam kepada bakal isterinya? Cukupkah ilmu di dadanya untuk menjadi ketua keluarga? Dan yang paling penting, mampukah dia bahagiakan wanita itu?Nazran mengeluh. Dia serabut.

Iskandar yang berjalan di hadapan bilik kerja Nazran terhenti apabila melihat Nazran menekup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia masuk ke dalam bilik Nazran.

"Haih panjang betul keluhan kau tu," perli Iskandar. Iskandar mengambil tempat di hadapan Nazran.

"Aku tengah serabutlah. Serabut dengan semua ni," kata Nazran.

"Okay, aku tahu kau tengah serabut. Mind to share with me?"

"Mama aku suruh kahwin."

Iskandar terkejut. Dia tahu yang Nazran tak membuka hatinya untuk mana-mana perempuan atas kejadian kisah silamnya.

"Setahu aku, kau tak ada girlfriend pun. Kau nak kahwin dengan siapa?"

"Pilihan mama aku."

"Kalau kau tak nak, kau cakap dengan mama kau yang kau tak nak. Easy."

"It's easy to you but it's hard to me. Kau pun tahu kan yang mama aku ada sakit jantung. Aku tak naklah bagi dia stres. Aku nak mama aku happy."

"Then, kau kahwin jelah."

"Persoalannya, mampu ke aku bahagiakan perempuan tu? Aku tak nak dia terseksa bila dia kahwin dengan aku." Kata Nazran.

Perbualan itu terhenti di situ. Iskandar meminta diri dari situ. Dia sudah terlambat kerana dia ada appoiment dengan pesakit.

~~~
Irdina berjalan menuju ke lif. Dia menekan punat anak panah ke bawah. Dia mahu ke cafe. Irdina membuka i phonenya. Aplikasi instagram dibuka. Dia scroll di ruangan utama instagram. Sedang dia scroll, dia ternampak satu post dari Nazran. Gambarnya yang sedang ootd dengan captionnya 'happy working'. Dia tersenyum. Haih, kenapa handsome dia terserlah? Tanpa dia sedar, pemilik gambar itu ada di sebelah.

"Aku tahulah kau tengok gambar aku tapi tak payahlah sampai tersenyum-senyum." Perli Nazran.

Irdina terkejut. Dia menoleh kepalanya ke kanan. Ya. Nazran berada di sebelah kanannya. Tapi macam mana dia tahu yang aku tengah tengok gambar dia eh? Mesti dia stalk aku ni.

"Err... mana ada saya tengok gambar doktor." Irdina menafikan.

"Ye ke? Habis tu kenapa berhenti scroll bila ternampak gambar aku?" Soal Nazran.

Irdina malu. Ya Allah. Macam mana boleh kantoi!

"Kau nak pergi lunch ke?" Soal Nazran.

"Yup." Jawab Irdina dengan pendek.

"Okay. Kalau macam tu aku belanja kau lunch ni." Kata Nazran.

Irdina terkaku. Biar betik mamat ni?

Pintu lif dibuka secara automatik. Mereka masuk ke dalam lif. Keadaan sunyi di situ. Irdina mencuri-curi pandang Nazran. Dia berasa pelik. Pintu lif dibuka menandakan mereka sudah sampai ke tingkat bawah. Irdina mengikut sahaja langkah Nazran. Nazran pergi ke arah meja yang kosong. Dia menuju ke arah situ. Sama seperti Irdina. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Irdina manakala Irdina mengambil tempat duduk di hadapan dia.

Nazran mengangkat tangan tanda mahu memesan makanan. Dia memesan nasi ayam dan jus epal. Sama seperti Irdina juga.

Irdina memandang Nazran dengan penuh tanda tanya. Dia mahu jawapan dari Nazran.

"Kenapa awak ajak saya lunch?" Soal Irdina.

"Tak ada apa-apa. Aku saja. Lagipun elokkan kalau rezeki dikongsi bersama." Kata Nazran.

Irdina tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dari Nazran.
Dia pelik. Selalunya tengking- tengking aku, bahan aku, tapi kali ni lain. He changed!

15 minit kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka berdua telah sampai. Mereka menjamu selera sambil melayan perasaan. Terasa awkward di situ. Mereka menjamu selera sehingga habis.

~~~
keep voting!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now