#ADBY1

966 65 53
                                    

"Nama kamu?" Lelaki pertengahan usia yang gedik macam si Alif Syukri tu itu menyoal.

"HEI! Awak yang bertoncet dua ni siapa nama kamu?" Si Gadis bersanggul dua kiri dan kanan yang sedang berkhayal itu terpinga-pinga dengan soalan tersebut.

"I SAID YOUR NAME...NAMA AWAK?" Soalan tersebut diajukan semula oleh cikgu pondan tu sambil memetik jari.

"Owh...errr, na... nama sa... saya...." Akibat rasa gugup yang sukar dikawal dia seakan terlupa nama dia sendiri.

"Keep calm. Awak tak payah pressure sangat. Saya cuma tanya nama awak." Cikgu lelaki itu cuba menenangkan pelajar barunya yang nampak begitu gemuruh.

"El.... Ella... Eh... Eh..."

"Eh awak ni saya bukan suruh nyanyi lagu Rihanna."

"Ehhh bukan bukan" Si Gadis tersebut cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Habis segala kutu dekat dua toncet dia terbang. HAHA.

"Dah tu?Cepat saya dah lambat ni"

El... Eleanor... Fae... Faemiko Mo... Moshige..." Suara perlahan gadis itu masih ada unsur-unsur ketakutan.

Matanya mencuri pandang pada guru lelaki itu takut-takut. Dia nampak perkataan 'Sugoi' terpampang pada tanda nama di poket baju kemeja lelaki itu.

Dalam hati Fae be like 'sumpah arr nama cikgu ni Sugoi. HAHAHAHAHA maksud sugoi dalam jepun comel kan...atoto comel sungguh nama cikgu pondan ni.'

"Errr... Eleanor? Eleanor apa? Panjang beno mak kamu bagi nama. Tengok nama saya simple je 'Sugoi' comel macam pemilik nama tu" Waduh itu cikgu pondan sudah perasantan.

Fae hanya tersenyum senget sambil menggaru kepala yang tak gatal 'HEHE ye nama cikgu sedap sangat.'

"Eleanor Faemiko Moshige , sir! ulang Fae semula dengan lebih jelas.

"Okey, Eleanor..... pobenda nth belakang tu saya tak ingat dah!"Guru lelaki berkaca mata itu membetulkan letak cermin matanya sebelum menegakkan tubuhnya semula. "Mari saya tunjukkan kelas awak sekarang." Mereka berdua mula mengatur langkah menuju ke kelas baru Fae.

Fae menuruti langkah guru lelaki tersebut untuk menuju ke kelasnya. Hari ini adalah hari pertamanya di kolej ini. Kawasan luar kota yang jauh daripada keluarga dan tinggal bersama makcik yang membencinya.

Huh... itu hukuman kerana melanggar peraturan keluarga. 'Kau bernasib malang Fae... bisiknya pada diri sendiri.

Sebaik sahaja Fae masuk, kelas yang haru-biru dengan ragam pelajarnya tadi bertukar suasana. Semua senyap dan menupukan perhatian pada seorang pelajar baruyang masuk bersama Cikgu Sugoi. Seperti tadi, sekali lagi Fae memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.

"He... he... hello, my name is... Eleanor Faemiko Moshige. Call me Fae. Sejenak dia mengerling pada Cikgu Sugoi.

"Apa GE?" Seorang pelajar yang duduk di bahagian paling belakang kelas menyahut.

Cikgu Sugoi hanya mengendahkan soalan pelajar tersebut dan mengarahkan Fae meneruskan ucapannya melalui isyarat mata.

"Tunjuk sila beri ajar," sambungnya pantas sehingga tidak sedar yang ayatnya sudah terbalik. Dia menundukkan tubuh sembilan puluh darjah selama lebih kurang 5 saat sebagai tanda hormat kepada rakan-rakan barunya.

Semua pelajar di dalam kelas tersebut terpinga-pinga melihat gelagat pelajar baru tersebut. Begitu juga dengan Cikgu Sugoi. Guru lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Masing-masing ada tanggapan tersendiri terhadap pelajar baru itu.

"Polik lah pompuan tu...planet mana dia tinggal?"

"Bapak teruk BM dia tunggang- langgang. Macam ayam berkokok jadi menguek."

"Tak payah kot nak tunduk hormat lelama bagai dekat kita semua. Acah baik je kau. Over lah pompuan ni."

"Kamu boleh duduk kat tempat kosong sebelah Hwall tu," kata Cikgu Sugoi menghentikan soksek-soksek para pelajarnya ketika itu.

Mata Fae terarah pada tangan Cikgu Sugoi yang menuding ke arah hujung kelas. Dia nampak tempat duduk kosong di sebelah seorang pelajar lelaki yang membenam muka di meja dengan gaya tangannya yang dah serupa Superman sedang terbang.

'Hmmm dah terbang sampai mana lah tu. Huhh selamba badak dia tidur dalam kelas. Ingat ni sekolah bapak kau ke hah?! Langsung tak hormat cikgu kat depan.' Gumam Fae sendirian sambil melangkah pergi ke tempat duduk yang dimaksudkan.

Kelas berjalan lancar. Selepas suku masa pertama, Fae mengerling sekali lagi ke sebelah. Mamat tak guna tu still tido. Bukan men lena lagi.

'Budak ni tidur ke mati? Asal cikgu-cikgu yang masuk kelas ni macam tak kesah dengan pernagi setan dia ni?' Fae benar-benar tidak faham.

Kringgggggg!!!

Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat.

Mamat setan tu tiba-tiba tersedar. Dia menggeliat sepuasnya sebelum angkat muka.

Fae menjelingnya sepintas lalu.

'Sedau gak kau. Ingatkan kau nak membongkang sampai kiamat!'

"Kau siapa pompuan? soal lelaki itu tiba-tiba."

Fae pusing kepala mengadap mamat tersebut. Dia tergamam dengan wajah yang berkerut seribu. Biji mata Fae terbuntang memandang mamat yang baru bangkit dari beradu tu.

'OMAIGAD! Tak mungkin... betul ke apa yang aku nampak sekarang? Ternyata hantu itu memang wujud. Dia hidup balik wok? Impossible! Orang yang dah mati mati mana boleh hidup balik. Tapi... tapi dia memang sejibik... sangat-sangat!' Fae menampar pipi merahnya.

"WEY SETAN, JOM MAKAN!" pekik seorang pelajar lelaki dari lawang pintu.

Mamat setan itu memandang Fae dengan wajah pelik. Dia ignorekan je teman-teman yang memanggilnya tadi. Dia lebih tertarik untuk menyoal siasat gadis yang tiba-tiba sesat disebelahnya itu.

"Woi pompuan, kau ni siapa?" tanya Hwall kasar.

"Hah?" Fae kalut. Dia loading kejap sebab asyik terfikirkan wajah mamat tu sama dengan seseorang yang dikenalinya sebelum ini.

"Hwall, dia ni student baru kelas kita," sampuk seorang pelajar di hadapan Hwall.

"Siapa izinkan minah ni duduk kat sebelah aku?" soal Hwall pada Eric yang sedang khusyuk membuka bekalan makanannya di atas meja.

"Speak English if you want her to understand you."

Eric tidak menjawab pertanyaan Hwall, sebaliknya menjelaskan perkara yang sepatutnya kepada Hwall.

Hwall menjeling dingin pada Eric sebelum kembali ke arah Fae.

"Hey, girl... why are you looking at me like that huh?"

"Err.. errr... so... sorry." Fae masih gugup dan terkejut. Hanya itu yang mampu dilafazkan oleh mulutnya.

"Silly girl with the weird dress up," kata Hwall perlahan sebelum bangkit meninggalkan tempat duduknya.

Fae mengetap bibir. 'Dasar Jibake! Sopan sungguh sapaan kau. Sekarang aku mula percaya yang dia bukan Kevin aku yang mati dua tahun lalu. Mereka berdua jauh gila wok macam langit dengan bumi.'

Fae angkat punggung dan beredar meninggalkan kelas untuk ke kantin. Dalam hati masih meluap-luap marahnya terhadap si pelanduk dua serupa Kevin Pevensie, kekasihnya yang sudah berada di alam lain itu.

Thank you, Next💋

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now