#ADBY46

177 33 18
                                    

Fae melangkah masuk ke dalam Wicked Wardrobe  @Book Man. Kakinya dihala menuju ke kaunter hadapan tempat kebiasaan lelaki tuan kedai berada. Dia menarik bangku milik lelaki tuan kedai yang sedang melayan pelanggan lantas duduk di situ. Tanpa mempedulikan lelaki tuan kedai, Fae merebahkan kepala di atas lengannya di atas meja kaunter. Lelaki tuan kedai mengerling sepintas lalu. Perbuatan anak gadis itu nampak tidak bersemangat hari ni. Selepas pelanggannya beredar keluar dari kedai barulah lelaki tuan kedai menegur.

"Nampak tak bersemangat je hari ni. Apa yang berlaku?" tanya lelaki tuan kedai kepada si gadis yang nampak bermuram durja pada petang itu. 

"Tak ada apa-apa... bosan," jawab Fae malas. 

Lelaki tuan kedai tersenyum pendek.

"Bosan sebab si pembuli tu tak ganggu hidup kamu lagi ke?" usik lelaki tuan kedai.

Serta-merta Fae angkat kepala. Ekor matanya menangkp senyuman nakal lelaki tuan kedai.

"Tok... tak kena buli dengan si jahat tahap the devil tu satu perkara yang paling best, bukannya perkara yang membosankanlah." Fae tarik muka muncung. Wajahnya dipalingkan dari memandang lelaki tuan kedai.

"Jadi kalau  bukan pasal Hwall, apa sebabnya Fae datang sini dengan muka masam tu?"

Fae terdiam. Tak tahu nak bagi jawapan apa kepada lelaki tuan kedaiyang sememangnya cukup masak dengan gelagat anak remaja zaman sekarang.

"Nah, ambil ni." Lelaki tuan kedai menghulurkan gagang telefon kepada Fae.

Fae mengerlingnya dengan persoalan di minda... bagi telefon nak suruh aku call siapa?

"Pergi call dia."

Hah! Tok nak suruh aku call si taiko tu? Gila! Tak ada kerja apa. Nak suruh aku masuk dalam mulut naga. Saja nak suruh aku cari pasal lah tu.

"Tak nak," jawab Fae pendek.

"Fae..." lelaki tuan kedai menarik tapak tangan Fae dan menyerahkan gagang telefon tersebut kepada gadis itu. "Call Hwall dan berterus-terang dengan dia."

"Apa maksud tok?" Fae merenung anak mata lelaki tuan kedai yang seperti sedang memaksudkan sesuatu.

"Daripada mencurigai sesuatu tanpa kepastian lebih baik berhubung terus dengan dia untuk tahu apa yang berlaku. Tak elok simpan perasaan cemburu lama-lama dalam hati."

"Apa tok ni... siapa yang cemburu? Nonsense!" Fae meletakkan semula gagang telefon tadi di atas meja kaunter. Dia bangkit dari bangku lantas meninggalkan lelaki tuan kedai. Tanpa mempedulikan lelaki tuan kedai, dia melangkah menuju ke port biasa Hwall melepak setiap hari. Di bilik persendiriannya di bahagian belakang Wicked Wardrobe @Book Man.

Seperti semalam keadaan ruang sempit itu tidak berubah. Itu tandanya Hwall tidak pernah menjejak kaki ke sini sejak beberapa hari. Huh! Fae mengeluh berat. Jauh di lubuk hatinya terasa sunyi tanpa kemunculan lelaki jelmaan Kevin itu.

Apa masalah aku ni? Kenapa aku datang ke sini setiap hari? Tunngu the devil aka si taiko jahat tu? Sebab susah nak nampak batang hidung dia lately ni. Since kakak Wendy muncul. Bosankah aku kerana tidak dibuli oleh lelaki itu? Heh, gila! Tak mungkin. Otak aku memang dah putus fius kalau nak sangat kena buli dengan Hwall.

Tapi pagi tadi aku nampak dia... mesra betul dengan kakak Wendy. Apa yang diorang berdua tengah buat pagi tadi? Kenapa diorang ignore aku? Agaknya sebab... aku bukan sebahagian daripada diorang berdua. Aku tak penting bagi diorang and tak de nilai pun dalam hati diorang Yelah aku sedar aku siapa, cuma bekas kekasih adik kakak Wendy and hamba kepada Hwall je. Aku... Aku... tak guna.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now